View: 2632|Reply: 5
|
Cerpen:Dirimu Sebahagian Diriku Bahagian Dua
[Copy link]
|
|
Ting Tong! Ting Tong!
Bunyi loceng kedengaran. Aku tekan sekali lagi kerana tidak dapat jawapan daripada orang dalam. Penat je datang sini. Aku dapat tekan loceng pintu sebab pagar dia terbuka. Jadi jangan tertanya-tanya macam mana aku boleh tekan loceng pintu dia.
Ting Tong! Ting Tong!
Tak ada. Hmm. tak apelah. Bukan rezeki aku nak ketemu Mas semula. Aku memusingkan badan. Kemudian aku terdengar bunyi pintu dibuka.
'' Edi? '' sapa satu suara lelaki. Aku memusingkan badanku dan terpacak seorang lelaki sedang berdiri dimuka pintuku, Kulitnya putih tetapi wujud jerawat kecil dimukanya yang kasar. Kening lebat. Badan tegap dan sedikit tinggi daripadaku. Beda bangat.
Aku senyum.
'' Ya, kau , Farid? '' tanyaku padanya. Jari telunjukku menunding padanya.
'' Yup. Kau apa khabar? Heh maaflah dalam mesej tu aku tak tanya khabar kau .
Ehehehe. ' kata dia sambil menumbuk lengan kananku. Aku terus membalas tumbukan ke lengan kirinya .
'' Sihat. Takpe. Semua dah ada ke? ''
'' Dah. Cuma kau je lambat. Majlis dah bermula dah. Kau nampak lainla. Dulu masa sekolah lain. '' ujarnya lagi. Kali ini dia sengih.
'' Takdelah. Sama je aku ni. Tapi kau aku tengok..woooo makin kacak. Patutlah Mas dah lekat kat kau. hehehe '' aku ketawa kecil. Aku cuit bahu dia. Macam nak tumbuk je muka dia ni.
'' Hahaha. Tahu takpe. Eh mehlah masuk. Aku bawa kau jumpa Mas. Mesti dia hepi tengok kau nanti. '' ajak Farid serta menarik tangan aku ke dalam rumahnya. Aku hanya mengikut. Harap Mas dan aku menjadi kawan semula. Kawan biasa pun jadilah.
Aku lihat terdapat meja besar di tengah-tengah ruang tamu yang luas tu. Wujud pelbagai hidangan snek dan kuih di atasnya. Makanan berat seperti nasi dagang, spaggeti tidak terkecuali.
Semua yang sedang berbual berhenti. Mereka semua memandangku. Ada 10 orang dihadapan aku. 6 lelaki 4 perempuan termasuk Mas. Aku seperti penjenayah dipandang mereka untuk seketika. Janggal rasanya.
Aku senyum. Pada semua orang. Mas. Gadis itu. Nampak jelita dan berbeda sekali.
Mula-mula aku tak tahu mana satu Mas tapi bila aku terpandang seorang gadis yang tinggi, langsing, berkulit langsat serta mempunyai tahi lalat di lehernya, aku tahu itu ialah Mas. Ya, sebab tahi lalat tu.
Mas sangat-sangat berbeda.
'' Kawan-kawan semua, ini Edi! Kawan sekelas kita! '' Farid memperkenalkan aku kepada semua. Mereka mula mengulum senyuman. Tampaknya mereka masih ingat aku. Semuanya nampak berbeda sekali dari segi wajah terutamanya.
Nampak matang. Nampak hensem. Nampak cantik.
Mas tidak mengulum senyuman kepadaku. Tak apelah, aku tak rasa dia hepi jumpa aku.
Setelah sesi borak dan tanya khabar dengan rakan-rakan sekelasku, aku terus duduk di kerusi yang disediakan dan makan makanan yang terhidang di atas meja. Mas agak tidak ikhlas hendak menjabat tanganku semasa sesi borak tadi.
'' Hi Mas.. kau apa khabar? Kau nampak lain lah. .'' tanyaku pada Mas. Ahh, aku rasa macam nak peluk je dia ni. Rindu sudah dilepaskan. Wangi badannya menusuk ke dalam lubang hidungku. Stim jap aku.
'' Baik. err . aku nak masuk dapur jap. Kau makan lah dulu .'' ucap Mas selepas menjabat pantas tanganku. Aku agak terkilan.
'' Sorry Edi. Mas tu period . Sebab tu jadi begitu. ' kata Farid yang menyaksikan perbualan kami tadi.
'' Okay. . '' aku hanya menjawab ringkas. Aku agak terkilan. Namun perasaan itu tidak terpamer di riak wajahku. Aku cuba senyum. Aku memandang ke arah Farid saat dia berkata.
'' Edi, aku tahu semuanya. Aku harap kau tak terasa dengan perbuatan dia. Maafkan dia k? '
'' Kau tahu? '
'' Ya, sebab itu aku bawa kau ke majlis reunion ni. Sebab aku nak kau berbaik dengan dia semula. Tapi hampeh. By the way, kau dah ada girlfriend ? '' soalnya.
'' Takde. Aku tak mahu kena reject lah dengan girl. Dahlah aku ni tak hensem. Wallet nipis. '' jawabku sambil merenung mata Farid.
'' Ed, kau hensem. Cuma kau perlu simpan janggut dan misai. Baru hensem? Hehehe''
'' Takde makna aku nak simpan. ahaha. . ''
'' Okaylah. Aku nak pergi dapur. Nak cakap dengan tunang aku. Kau makan apa-apa yang patut okay? And nanti aku nak kau nyanyi untuk rakan sekelas kita? '' kata Farid lalu aku mengangguk. Gulp, kena nyanyi pulakkkkkk,. .
'' Guys! '' jerit Farid pada rakan-rakan. Semua orang berhenti berbual dan berkaroeke.
Semua mata tertumpu padanya.
'' Malam ini, Edi akan menyanyi kan lagu untuk kita semua! Sebagai penutup majlis ini . '' kata Farid sambil melirik matanya ke arah aku. Aku yang duduk di kerusi hanya membuat riak wajah tenang. Farid ni saja je nak kenakan aku, mentang-mentang aku penyanyi Utub.
Farid memberikan aku gitar. Ada mikrofon dihadapanku. Ceh, aku rasa macam kat stage kat konsert aku sendiri je. . ehehe
Semua orang senyum kecuali Mas. Dia merenung tajam ke arahku. Benci sangatkah dia pada aku? Aku merenung matanya. I miss those eyes. I miss you. .
'' Terima kasih Farid. Aku tak expect nak nyanyi untuk korang semua sebab aku ingat just makan dan have fun. rupanya Farid kenakan aku. ahaha. ''
Semua orang ketawa kecil. Kecuali Mas. Riaknya tegang. Dimanakah senyuman mu sayang? Senyumlah untukkku sayang. Sejak aku kesini, payah aku nak tengok dia senyum untuk aku. Senyum untuk orang adalah dan ya, dia tak bercakap dengan aku pun sepanjang aku mentekedarah tadi. Pandang setengah mata pun takmo.
Aku mengalih pandangan ke semua orang . Aku berdehem kecil.
'' Malam ini, aku nak persembahkan satu lagu. Lagu ni lagu lama actually. Lagu ni bertajuk. '' You're my everything ''' '' ''
Semua orang bertepuk tangan kecuali Mas. Dia kini memeluk tubuh. Merenung tajam ke mataku. Tampak Farid seperti bercakap dengan dia semasa aku berucap tadi.
Mungkin memujuk untuk tidak berkelakuan sebegitu denganku agaknya.
'' Edi, aku minta maaf pasal Mas tadi okay. By the way, lagu tadi memang best eh suara kau. Kau dah hantar rakaman lagu kat syarikat rakaman muzik? '' tanya Farid di muka pintu. Semua orang beransur pulang termasuk Mas. Sempat aku menghantarnya ke pagar dengan pandangan mataku sahaja. Mas tampak bosan mendengar nyanyianku tadi. Mungkin tak sedap bagi dia kot.
'' Kau ni merepeklah, mana ada aku hantar rakaman . tapi thanks untuk pujian tu dan thanks untuk reunion ni. Ingat juga kau kat aku ea ''
'' Hehe. Of cozlah. Kau kan best friend Mas. Ermmm bak no fon. Senang nak ajak lepak . ''
'' Hai Mas. ' kataku didalam talian. Aku tahu, aku tak patut kol dia tapi aku rindu nak dengar suara dia. Aku hepi gila bila jumpa dia semalam.
'' Sapa ni? '' tanya dia . Merdunya suara dia. Stim aku.
'' Edi. Please listen, aku nak kita berkawan seperti dahulu. I miss you . Please. '' ucapku
. Seperti nada terdesak kedengarannya.
'' Aku dah kata, kau bukan kawan aku lagi. Aku tak suka bercinta dengan bekas sahabat . ''
Aku putuskan talian. Aku tahu. Aku tahu akan jadi begini. Kalau aku kol dia. Nombor dia aku dapat daripada Farid malam semalam. Aku mengeluh di atas katil dalam bilikku ini. Memikirkan tentang Mas. Kenangan kami berdua semasa kami di sekolah menengah. Ya, sewaktu di sekolah menengah. . Aku sangat-sangat rindukan dia. .
'' Edi. nah. '' Farid menghulurkan aku sekeping sampul surat di restoran Secret Recipe.
Petang tadi dia telefon aku dan ajak aku lepak. Terus aku setuju. Lagipun aku bosan sebenarnya.
'' Apa dia ni? '' aku pelik. Lalu aku membuka sampul tersebut.
'' My wedding invitation. next week. '' kata Farid dengan senyuman yang melebar.
Aku terkejut saat kata-kata itu menusuk ke dalam telingaku sebelum membuka sampul tersebut.
Aku masukkan kembali kad tersebut dalam sampul. Aku senyum. Senyuman tak ikhlas . Disebalik senyuman itu, ada hati yang sudah retak. Thanks Farid, kau telah merampas Mas daripada aku. Kau bakal merasa Mas dulu. Aku rasa macam nak hancurkan muka kau kat sini je. .
'' Tahniah. Aku tak moh hadir. '' aku memberi kata putus. Tak berfikir panjang.
'' Hadir please. takkan tak mahu tengok kawan baik kau berkahwin dengan aku yang hencem ni? '' Dia menggengam tangannya sambil matanya bertembung dengan mataku. Ingat kau hensem sangat ke? Hensem lagi aku.
'' Okay. . aku akan hadir. '' aku berbohong . Bohongan itu menyebabkan Farid tersenyum lebar. This is gonna kill me.
Seminggu. One week lagi. Seminggu. Berkali-kali perkataan tu bermain dalam otakk, Tak lama lagi, Mas -gadis yang aku cintai akan bergelar isteri kepada Farid- lelaki yang telah merampas chenta hatiku.
Sedang aku melamun. Nada dering telefon berbunyi. Farid memanggil.
'' Kau nak apa? '' tanyaku.
'' Er. .kau ada keretakan ? ' soalnya balik. Tidak menjawab pertanyaan aku. Aku bersandar kepada kerusi malas.
'' Ya. why? ''
'' Boleh tak ambil aku dan Mas kat depan kedai Restoran Momok? ''
'' Eh bukan kau ada kereta ke? '
'' Kereta aku . .err. .hilang..kena curi.. Tolonglah … ''
'' Mas tak marah ke nanti kalau aku muncul? '
'' Taknya. ehehe. .boleh ke tak ni? ''
'' Okay. . aku pergi sana sekarang. ' |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik plot ke dua ni... good job TT |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2014 03:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-8-2014 03:22 PM
makin menarik plot ke dua ni... good job TT
ingtkn awk baca seme part dah.
Sebenarnya takde niat nak post part demi part, dah tkleh post full cerpen sebb pnjng sgt. Jadi knalah part demi part. Thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2014 03:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-8-2014 03:22 PM
makin menarik plot ke dua ni... good job TT
ingtkn awk baca seme part dah.
Sebenarnya takde niat nak post part demi part, dah tkleh post full cerpen sebb pnjng sgt. Jadi knalah part demi part. Thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2014 06:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mawibotak posted on 15-8-2014 05:49 PM
Cpt la sambung
dah sambunglaaaa. cuma rajin browse jeee |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|