CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2784|Reply: 2

Cerpen:Dirimu Sebahagian Diriku Bahagian Pertama

[Copy link]
Post time 15-8-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cinta. . Apa sebenarnya maksud cinta? Adakah ia bermaksud sayang? Pengorbanan? Derita?

Bahagia? Atau. . ianya subjektif?

Entah. Tapi aku pernah mengalami perasaan cinta. Ya, cinta. Masih lagi perasaan itu menapak didalam hatiku. .

Tahun dua ribu enam.

Budak-budak lelaki berkejaran di padang . Mengejar sebiji bola. Padang bola yang terbentang luas dihadapan aku. Mereka amat gembira sekali bermain bola sepak.

Teringin sekali aku menyertai mereka akan tetapi aku tidak reti bermain bola. Kaki bangku orang kabo.

Aku sedang melabuhkan punggung di kerusi didalam sebuah pondok. Ada meja sebenarnya . Aku bukan seorang sebab aku berteman . Berteman dengan kawan karibku. Kami sedang menyantap selera. Mengisi perut yang lapar .

Kami masih berpakaian seragam sekolah sebenarnya. Waktu kelas tambahan sudah habis.

'' Hensemkan Farid tu? ' katanya . Senyuman menghiasi wajahnya saat matanya memandang ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di tengah tiang gol. Aku ketap bibir. Hensem? Huh! Tak hensem pun Farid. Aku lagi hensem kot.

'' Aku lagi hensem . huh. ' ucapku. Mas hanya ketawa. Menjelir. Mengutuk aku. Aku diam.

'' Eii.. mulut ko tu comot! Macam budak darjah 1! ' ayat yang terpacul daripada mulutnya menyebabkan aku menyentuh bibirku. Namun, tiada kesan comot ku agak kerana jariku kelihatan sebelum aku menyentuh bibirku. Tiada cebisan daging terlekat.

'' Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku! '' aku mengambil sandwich yang hanya tinggal satu itu lalu menyumbat terus ke mulutnya. Mas terkejut. Dia nampak marah membuatkan wajahnya nampak lebih comel. Aku ketawa sambil meletakkan sandwich yang kusumbat ke mulutnya itu ke dalam bekas Tupperwareku semula.

Mulutnya mengeluarkan balik cebisan roti ke meja. Dia memuncungkan bibir tanda marah. Eiii, makin comel pulak dia ni!

'' Comel kau bila marah. Ni membuatkan aku makin sayang kat kauuuu! '' luahku padanya yang biasa mendengar ucapan sayang daripadaku.

'' Eleeh. macamlah aku akan termakan pujukan kau tu. '' balasnya sambil mengalihkan pandangannya kepada Farid. Farid tampak berpeluh . Aku melihat Farid mengulum senyuman terhadap Mas. Mereka saling bertukar senyuman.

Menyebabkan aku berasa cemburu untuk seketika.

'' Mas.. aku cintakan kau. ' kataku padanya. Tak tahan nak simpan perasaan ini lagi.

Dah lama aku pendam. Aku terpaut pada Mas pada kali pertama kami bertentang mata dan saling bertukar senyuman.

'' Apa? Apa kau kata tadi? '' tanyanya lagi. Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas.

'' Aku cintakan kau. '' Mas tampak tersentak. Tidak menyangka kawan baiknya ini menyimpan perasaan kepadanya. Yelahkan, dia nampak Farid je selama ni. Mana nak perasankan aku yang berada disisinya setiap masa samada masa gembira atau sedih.

'' Kau bergurau je kan? '



'' Tak. Aku serius. Aku cintakan kau Mas. Sejak hari pertama semasa kita berkenalan di tingkatan satu dahulu, aku jatuh cinta kat kau. Aku memegang tangannya. Dan ku genggam.

''Oh. . aku pun cintakan kau. boleh tak peluk aku? '' Gembira aku mendengarnya.

Lalu aku tanpa segan terus memeluknya di pondok tu. Biarlah orang nak kata aku ada affair dengan dia. Tak sia-sia luahkan perasaan yang terpendam selama ini kepadanya.

'' I'm sorry. Aku tak pernah cintakan kau. Aku cintakan Farid. Ini adalah pelukan yang pertama dan terakhir kita. Kau bukan kawan aku lagi. Aku takkan terima kau sebagai kawan aku lagi. Kita putus persahabatan kita. Anggaplah kita tidak kenal. You can go die! ' Mas menolak aku sehinggakan aku terkena batang besar yang menyokong kedudukan pondok tersebut. Mas terus menyelak kainnya dan menendang celah kangkang aku. Sebanyak dua kali. Kemudian dia menumbuk mukaku. Satu tumbukan melayang ke pipi kanan dan satu lagi tumbukan melayang ke pipi kiri. Buat kali pertama dalam hidupku, aku dibelasah oleh seorang perempuan.

Mas terus meninggalkan aku. Aku patut tahu yang perbuatan melulu aku ini bakal merosakkan persahabatan kami. Mas. ….

Tahun dua ribu empat belas.

Aku mengambil gitar. Gitar itu sudah berada dalam pegangan tanganku dan bersandar secara melintang ke dadaku. Kamera jenama Conon berada dihadapanku.

Kemudian aku memulakan berbicara.

'' Hai semua. It's Edi again! Hari ini saya bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Andai Ku Bercinta Lagi yang penyanyi asalnya ialah Mojo. Lagu ini atas permintaan encikpoyo dalam ruangan komen video saya minggu lepas .



Perdengarkanlah! ''

Tali gitar dipetik. Aku mula menyanyi. Setelah 5 minit berlalu, aku terus menutup kamera jenama Conon.

Setelah aku menambahkan kesan effect didalam video tersebut. Aku menguploadnya ke Chanel Utub aku. Masa yang diambil untuk memuat naik ke laman Utub hanya 4

minit sahaja. Line internet cepat sikit. Unifi katakan. ehehe.

Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas. Senyuman mula terbentuk di wajahku dek komen-komen baharu yang kuterima di ruang komen tentang video yang kubaru muat naik. Sedang aku syok membaca dan membalas komen peminatku , aku dapati sebuah mesej peribadi didalam inboxku. Terus sahaja aku menekan perkataan inbox.

Memang kebiasaannya aku akan dapat mesej peribadi setiap minggu sekali.

Tujuan mereka ialah untuk berkawan dengan aku. Atau berjumpa dengan mereka yang menghuni daerah sama denganku,. Aku tidak meletakkan link fbku di description videoku kerana aku hanya add rakan yang aku kenal sahaja. Bukan kenal di alam maya tetapi kenal dialam nyata.

Jadi cara untuk berhubung dengan peminatku yang ingin berkawan denganku, aku hanya memberi id YM.

'' Your Old School Mate ''

'' Salam. Hai Edi. Kau masih ingat aku tak? Farid? Yang pernah jadi lelaki idaman Mas semasa kita sekolah dulu-dulu. Aku harap kau ingat. Tujuan aku hantar mesej ini sebab pertama

Satu, Aku nak komen yang suara kau marvelous. Sedap gilerrr. .kalau kau hantar kat syarikat rakaman . Pasti kau akan dapat kontrak wooo Dua, Aku dan Mas dah bertunang. Kita orang rancang nak wat reunion dan memberitahu semua orang yang kami dah bertunang. Masa aku layan video dalam utub tadi, tiba-tiba aku ternampak video cover kau . Terus aku klik dan lama-lama aku tonton baru aku perasan kau pernah jadi rakan baik Mas. Sebab tu aku boleh mesej hang ni. Lama aku cari kau dalam internet sebab nak wat reunion tahu.

Tiga, aku tahu kau dan Mas dah tak jadi rakan baik . Tapi aku harap kau sudi datang reunion kita nanti. Tujuan wat reunion nak ketemu balik rakan yang pernah terputus hubungan. Ni baru aku dapat jemput 8-10 orang untuk majlis reunion. Kedatangan pun dah confirm. Harapnya begitulah. Okay. majlis reunion tu kat Rumah aku, pukul 8 malam hari Ahad depan. Aku harap kau sudi dan datanglah yep!

Kalau kau balas, aku bagilah alamat rumah aku. Peace no war! Sial. Babi. Farid. Ahh. Perlu ke aku hadiri?

Ahad.

Aku memakai jaket hitam. Cermin mata besar hitam tersangkut di telingaku.

Dipadankan dengar seluar hitam . Minyak wangi disembur seluruh badan.

Gembira dan teruja untuk menemui Mas. Sejak hari aku meluahkan perasaan pada dia, dia sudah tidak tegurku. Aku dapati dia sudah rapat dengan Farid waktu zaman sekolah menengah tu. Geram dan Kecewa. Kecewa bila dapat tahu dia sudah bertunang dengan Farid.

Farid merupakan rakan biasa. Kami setakat tegur gitu-gitu bila berselisih. Dalam hati, aku benci dia sebab Mas suka dia. Aku dan Mas sudah terputus hubungan sejak habis SPM. Sebenarnya sejak hari aku meluahkan perasaan padanya. Pernah merayu untuk berbaik dengan dia tapi dia keras . Berkeras nak berkawan dengan aku semula.

Aku tahu aku tak hensem. Sampai hati dia tendang celah aku. Sial. Namun aku rindu padanya. Masih lagi mencintai dirinya. Tiada perempuan yang boleh menggantikan dia didalam hatiku. Aku tunggu dia sampai hari ini. Tapi aku tahu yang Mas takkan tegur aku nanti. Sebab aku tahu, dia takkan kenal aku dengan pakaian serba hitam ini lagi-lagi cermin mata yang menutupi mukaku atau mungkin kot?. Akanku memastikan kemunculan aku di Majlis Reunion nanti hanya sebentar. Sekadar nak tengok Mas je dan tunjukkan muka aku rasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 01:01 PM | Show all posts
bravo TT... very interesting story...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2014 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-8-2014 01:01 PM
bravo TT... very interesting story...

dah bca seme part ke????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.324355 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list