Lemang dan Buloh … “Mak….ajarlah adikmasak lemang……”pinta Shafiah berusia dua tahun melihat ibunya tekun membakar lemang pada 29 Ramadhan. Peluh terpercik di dahi Mak Midah menahan kepanasan . “Ala…..adik kocik lai..nanti bosa,mak ajar yea….Jangan dokekbona ..paneh ni….”balas ibunya.
Sejakkematian suaminya,Mak Midah membesarkantiga orang anak dengan menoreh getah dan mencari pelbagai sayuran hutan sepertipaku pakis,petai dan menjualnya dijalanan pada waktu petang.Ketika suaminya meninggal dunia,anakbongsunya,Shafiah baru berusia 40 hari.Anak sulong dan angah masih bersekolahMenengah.
“Idah…….cepat la…..kita nak cari buloh ni………..”Osmanmenjerit sambil menguatkan bunyi dentuman motosikal buruknya. “Ye la…..kojap la….”balas Idah
“Idah ni nak poi hutan ko nak poi Tesco?bukan main lamanyamelawa?”sindir suaminya.
Sejak berkahwin ,Hamidah sentiasa membantu suaminyamemasak dan menjual lemang pada setiapRamadhan.Itulah rezeki tambahan selain menoreh getah di kebun peninggalan arwahibu bapa mertuanya.
“Mak…..udah-udahnak menjual lemang….Along kasihan tengok mak…”ujar anak sulongnya yangbersekolah dalam Tingkatan Lima. “Pagi mak menoreh,lepas tu cari kangkung,paku pakis….tengaharisampai hampir Maghrib pula mak jual lemang….”sambungnya melihat ibunyamenggosok kaki yang berbirat.
“Selagi mak masih boleh berdiri,mak akan berusaha mencarirozoki….kito tak tahu bapo lamo lai kito boleh hidup…..”balas ibunya sambilmenggosok matanya yang kemerahan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Bapo lomang ni?”tanya Pak Uda.. “Duo boleh jo Uda “balas Pak Abu . “Murah bona….yang ni tak jual?”balas Pak Uda sambiltelunjuknya meluru kepada anak gadis Pak Abu bernama Hamidah yang tekunmembantu ayahnya. “Eh …apo kono ni?budak ni skolah lai………………..”jawab Pak Abusambil tersengih.
Osman menjinjing lemang yangdibeli ayahnya dari Pak Abu sambil menjeling kepada Hamidah.
“Ayah..ayah….lawala Hamidah tu……….”sapa Osman. “Ish kau ni..sekolah pun tak habis lai!”balas ayahnya HjKarim atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Uda. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Osmanmembetulkan kain pelikatnya.Songkoknya disengetkan sebagai tanda protes.Anakdara bernama Hamidah yang disukainya kini akan bertunang dengan lelaki pilihanibu bapanya. “Yaaaaaaaaaaaaaaaasinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn……………”berkumandangbacaan surah Yaasin .
Selepas bacaan surah Yaasin,jamuan makan di rumah Pak Abu. “Lopeh ni den tak meraso la lomang Pak Abu…”kata Osman. “Pesal pulak?”balas Pak Abu “Iyola….lopeh ni dah tak sodap!”kata Osman mencebik. Pak Abu menggeleng-geleng kepala….
Zakariayang segak berbaju Melayu tersenyum panjang sambil mencuri pandangtunangnya,Hamidah. Lemang yangdihidangkan dengan kari ayam memenuhi mulut Zakaria tanpa henti sambil mulutnyaberceloteh menceritakan pengalamannya belajar di Jepun dahulu.
Tiba-tiba………………… Zakariaterbatuk-batuk dan rebah.
Ambulans dipanggil dan Zakaria disahkan meninggal duniakerana tersedak makan lemang……..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Ekau ni….Midah tu lawa orangnya…..sekolah pun pandai!”balasMak Yam ,ibu Osman ketika Osman meminta ibunya meminang Hamidah setelah kematiantunangnya. “Ala omak ni..omak takut eseh tosodak lomang dan mati?”cebikOsman “Ke situ pulak!”balas Mak Yam To be continued………………
|