|
Contest: CERPEN - Ramadhan ini...Dia Kembali (TAMAT)
[Copy link]
|
|
thanks Nicki... sedihnya andy... harap2 mama dia sedarlah lepas ni... job well done TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm sedih tetiba Ada Nelly |
|
|
|
|
|
|
|
“Mama…” Andy memanggil. Suaranya tidak berapa jelas.
“Allah dah makbulkan doa mama. Andy dah balik…”
“Tahun ni, bolehlah kita beraya sebagai satu keluarga…”
“Andy dah lama tak makan rendang yang mama selalu buat tu.”
“Mama bangun ya? Macam mana nak beraya sama-sama kalau mama tak nak bangun?”
Andy menghentikan bicara. Nafasnya ditarik untuk menghilangkan sebak. Secara tiba-tiba, terasa ada seseorang memeluk bahunya. Sangka Andy, itu Encik Hassan. Tetapi, apabila dia menoleh, wajah yang muncul adalah milik Azreen.
“Along…”
Azreen tidak berkata apa-apa. Sedikit senyuman terbias di bibir Azreen namun tidak lama. Pipi Azreen kembali basah dengan air mata.
“Mama…” Andy kembali memandang Puan Aina.
“Mama Andy nak jaga mama. Nak tebus balik semua dosa Andy pada Mama. Andy merayu ma…bangunlah. Any janji, Andy takkan tinggalkan mama lagi…”
“Tapi…” Andy menelan air liur.
“Kalau mama perlu pergi sekarang…kami redha ma. Mama pergilah jumpa Allah dengan tenang. Jangan risaukan kami. Kami semua sayangkan mama tapi kasih-sayang kami, tak mampu menandingi kasih sayang Allah pada mama. InsyaAllah, kami semua akan baik-baik saja…”
Andy terasa genggaman semakin erat. Bukan pada bahu, tetapi pada tangan kanannya yang menggenggam tangan Puan Aina.
“Mama…” Lega dan teruja berbaur. Andy bangun dari kerusi. Matanya memandang tepat pada wajah Puan Aina.
“Mama…” Azreen turut bersuara.
Perlahan-lahan, mata Puan Aina terbuka.
“Mama…”
Saat ini, dia dikelilingi oleh orang-orang yang disayangi. Suami dan anak-anak…semua anak-anaknya berada di sisi. Tergambar kelegaan dan sayu di wajah masing-masing.
“Mama…” Andy memanggil lagi. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya pada ketika ini.
“Mama…”
Seulas senyuman masni terukir di bibir Puan Aina. Namun tidak lama. Sesaat..dua saat…tiga saat. Senyuman itu mula pudar perlahan-lahan. Mata Puan Aina kembali tertutup. Genggaman tangannya pada Andy mula terungkai.
“Mama…” Suara Azreen yang paling kuat.
“Mama!” |
|
|
|
|
|
|
|
alahai sedihnya... kesian andy... dpt jumpa idunya sedetik cuma... sambung lg Nicki... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 25-8-2014 07:39 AM
alahai sedihnya... kesian andy... dpt jumpa idunya sedetik cuma... sambung lg Nicki...
Okay...
sambung kasi abes sebab Mod Nay dah tanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
3 Syawal
Kawasan perkuburan itu tidak lagi suram. Mungkin kerana Hari Raya, maka ramai yang hadir di sini untuk menziarah ahli keluarga yang telah kembali di jemput Ilahi. Doa tak putus-putus di pohon agar Allah mencucuri rahmat kepada buat roh mereka yang disayangi.
Al-Fatihah dan Yassin selesai dibaca. Andy memandang seketika pusara kaku itu. Batu nisan yang tertulis nama empunya kubur dipegang dengan tangan kanan. Kemudian, Andy bangun. Bekas yang berisi air di jirus ke atas pusara. Setelah itu, bekas air di berikan pada Anis, mengambil giliran untuk menjirus air. Setelah itu, kuntuman bunga ditabur.
Menziarahi pusara. Bukanlah untuk bersedih dengan kehilangan. Bukanlah juga kerana tak mampu menerima Qada’ dan Qadar Tuhan. Tetapi mahu mengenang mereka yang telah pergi di samping menginsafi diri.
Mati, pasti akan datang jua.
Nama, pangkat dan harta tidak akan bermakna setelah tercabut nyawa. Sama saja.
Yang membezakan manusia disisi Tuhan adalah iman dan takwa.
“Andy…” Bahunya ditepuk. Lamunya hilang. Andy menoleh ke kiri. Anis tersenyum.
“Jomlah. Macam nak hujan aje ni…” Anis mengajak pulang. Andy angguk. Menatap seketika pusara kaku sebelum bersama-sama Anis melangkah pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah pondok, tidak jauh dari situ, kelihatan keluarga mereka sedang menunggu. Andy menyegerakan langkah. Anis menuruti dari belakang.
Tatkala sampai di bawah pondok, Andy memandang wajah ahli keluarganya satu demi satu. Wajah abah yang dikasihi dan kemudian pada Azreen dan Nazri yang sedang berpegangan tangan. Nampak jelas bahawa mereka memang saling menyayangi.
Kemudian, pandangan beralih lagi. Senyuman mesra dan penuh kasih-sayang diterima menyebabkan Andy turut tersenyum, lebih lebar dari tadi.
“Mama…” Andy menggenggam tangan Puan Aina yang sedang duduk di atas kerusi roda. Puan Aina membalas genggaman.
“Lama dah tak datang sini, ziarah kubur arwah atuk…” Kata Andy. Puan Aina tidak membalas. Bibirnya kekal tersenyum.
Andy menarik nafas. Wajah Puan Aina dipandang penuh kasih. Masih teringat-ingat peristiwa malam itu, di saat dia benar-benar panik melihat keadaan Puan Aina yang mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Namun akhirnya, Puan Aina tersedar jua. Kini, mamanya beransur-ansur pulih walau tidak sepenuhnya. Masih perlu pergi menjalani rawatan susulan.
Terima kasih, Ya Allah.
Syukur pada Allah, dia masih diberi kesempatan untuk memohon ampun. Syukur kerana dia masih ada masa untuk berbakti pada kedua orang tuanya. Syukur kerana akhirnya, dia kembali kepada keluarga.
“Lepas ni, nak pergi mana?” Soal Nazri, memecah sunyi.
“Pergi rumah Mak Lang Sue, dia ada buat open house.” Jawab Anis. Nazri mengangguk.
Kemudian, mereka sekeluarga meninggalkan kawasan itu.
-TAMAT-
*Terima kasih pada yang sudi baca dan maaf dengan jalan cerita agak tangkap muat.
Last edited by Nicki_Meow on 25-8-2014 11:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
waaahhh.... sukanya andy... mama dia masih diberi masa utk bersama andy... job well done TT... |
|
|
|
|
|
|
|
finally....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki... walaupun cerpen ni tak jd cerpan... saya suka sangat dgn jalan ceritanya... berulang kali hr ini saja saya khatam cite ni... sungguh terharu... good job TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Sehingga ke titisan tarikh terakhir |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 25-8-2014 10:04 PM
Sehingga ke titisan tarikh terakhir
What to do...
Dah terlajak post untuk competition....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 25-8-2014 04:56 PM
Nicki... walaupun cerpen ni tak jd cerpan... saya suka sangat dgn jalan ceritanya... berulang kali h ...
Thanks for reading, Zam.
Cerpen tangkap muat aje nih. Niat nak abeskan sebelum raya... dekat abes raya baru ada masa nak sambung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, dah habis. Baru nak baca tanpa sangkut2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-8-2014 09:02 AM
Thanks for reading, Zam.
Cerpen tangkap muat aje nih. Niat nak abeskan sebelum raya... dekat ab ...
tak kira tangkap muat ke tangkap tak muat ke yg penting jalan cerita yg sangat menarik... all the best TT... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|