CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Padha

Guwa punya kisah hantu yang light light

[Copy link]
Post time 17-1-2019 05:01 PM | Show all posts
Padha replied at 17-1-2019 09:54 AM
Salam kome semua. Ya Allah 4 tahun aku hiatus. Kisahnya sonang je, aku ni bagaikan nenek tua. Lupa p ...

nak citer!!! ngan ig id...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 08:48 AM | Show all posts
Padha replied at 17-1-2019 09:54 AM
Salam kome semua. Ya Allah 4 tahun aku hiatus. Kisahnya sonang je, aku ni bagaikan nenek tua. Lupa p ...

smbg lg adha.... bru je hbskn thread pendek ni.. nk lg

teruk nau lupa pw smpi 4 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung tt.. harap tt jgn lupa psswd lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 07:01 PM | Show all posts
sila la kongsi nak..  maklang sudi membacanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar kome semua. Ni kalau ada yang tua tua atas aku ni, camne aku nak address diri i ols? Baidewei, kome takde ke kisah seram ringkas, mai tepek sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dan awek India

Ayah aku ni kalau kome tengok dekat dekat, ehmm nampak ganas gitu. Misai sejemput macam A. Galak yang berlakon gerak khas, kulit tangan kasar hasil kerja keras jadi buruh. Garang pun garang sebab ayah pernah libas aku dengan kayu sebab aku pergi memancing, malam baru balik. Yang kelakarnya, ikan tu buat masak lemak.

Adapun satu hari ayah aku ni kena pergi melawat sedara meninggal. Time tu pun mak aku dah kerja, shif malam pulak tu. jadinya tak dapek la ngikut. Aku pulak masa tu dalam lingkung 12-13 tahun, jadi aku dengan kakak aku dibagi amanat jaga adik-adik yang kecik lagi. Abang aku pulak ayah dah hantar pergi sekolah pondok. “No worry daddy, kakak and i will look after our brothers” kataku dalam bahasa inggeris dengan accent harry potter kepada ayah. Ayah angguk tanda bangga ada anak yang boleh diharapkan.

Berbekalkan sebuah moto honda cup kepala bulat, ayah aku kick start motor. Preng preng preng, riuk bunyi moto yng kalau sekarang dah kira moto vintage dah. Kawasan rumah saudara tu pulak kalau nak lalu malam malam, kome paham jela kawasan estes. Lampu pun macam wujud tak wujud, jalan pun bertanah tanah  lagi. Ayah dengan steady bawak moto sambil berzikir sebab yeah bro takkan la nak pergi rumah orang meninggal nak nyanyi lagu Pematah Hati pulak kan.

Masa pergi semua berjalan lancar, masa balik je yang tak berapa lancar. *bunyikk drum saspen~*. Kome tahu jela kan akwasan estet bila malam malam around 11 tu mestila gelap kan. So tengah syok ayah aku menunggang moto, lampu malap moto honda cup tu tersuluh satu wanita ni. Nampak normal.. tapi tak nampak kaki sebab kain sari dia meleret tutup kaki.

Ye betul tu dodol, sambil menunggang tu ayah aku nampak ada satu awek pakai sari jalan lenggok. Yang pasti bunyi kecingg cing gelang kaki tu jelas terdengar. Ayah aku slow down. Sambil tu ayah aku count jugak la one two three, kuar semua calculus addmath bagai sebab dia confius mek yang jalan tu real atau pun jeng jeng jeng.

Tahu tahu je awek tu masa ayah aku nak dekat, dia toleh and berentikan ayah aku. Kesian orang tua tu, dalam misai macam A. Galak, terselit jugak la simpan nebes.

“Abang.. bole bawak saya balik..?”, ewah ewah, sedap je awek tu nak abang-abang sama my daddy. Ayah aku cakap muka awek tu ektuali tak berapa nak awek pun, muka cam makcik sikit dengan celak penuh satu mata. Kome tahu kan india punya pakai celak camne. Penuh satu mata. Ayah aku apa lagi, dia tak balas. Dia pecut. Hahaha tapi berapa jauh je pun honda cup boleh pecut. Gila mana ada orang nak jalan dalam kawasan gelap kat estet tu malam malam buta. Tahu dah la ayah aku yang tu memang bukan manusia.

Yang tak boleh blah bila awek tu jerit cakap nak tumpang and dia kejar dari belakang sambil gelak. Bayangkan weh dengan gelak gelak tu, gelang dia tu berbunyi sekali masa kejar. Ayah aku cite, masa tu dia dah tak pandang side mirror ke apa ke. Bunyi gelang kecing kecing pulak dekat benor haa macam kat  hujung dia je. Nasib ayah aku ingat tuhan. Nasib reti berzikir. Dah makin dekat dengan jalan besar, makin sayup dengar bunyi gelak and bunyi kecing kecing tu.

Balik balik rumah je, ayah aku demam. Aku dengan kakalah yang jaga. Dia cerita pun dah berapa hari lepas tu. So macam tu jela ceritanya. Ayah aku ni banyak juga cite short seram. Dulu dia penah cerita yang dia mengintai rumah kosong masa dia kecik kecik. Rumah tu tiba tiba macam ada orang duduk. Dia dengan kawan dia curious. Siap pergi skip mengaji sebab nak mengintai. Sekali bila mengintai, dia nampak hantu tengah buat meeting. Bertempiaran dia lari. Tapi aku taktahu la cite ayah ni sahih ke dak. Tapi cite ni yang dia dok ulang ulang dulu sampai sekarang. Nanti bila balik mesia nanti, aku korek dengan ayah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 17-1-2019 04:41 PM
moga terus maju padha..keep up great work

Makasih kak. Doakan yo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hajimex replied at 17-1-2019 05:01 PM
nak citer!!! ngan ig id...

Citer boleh, ig i ols tak best pun hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hdon replied at 20-1-2019 02:03 PM
Sila sambung tt.. harap tt jgn lupa psswd lg

Nasib baik zaman sekarang ada auto saved pssword hahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 10:11 AM | Show all posts
Padha replied at 23-1-2019 09:55 PM
Nasib baik zaman sekarang ada auto saved pssword hahah

welkam back padha.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063072 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list