CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

[Contest] Cerpen: Aku, Ramadhan dan Syawal (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2014 11:52 PM | Show all posts
DEBARAN RAYA KE LIMA


JANTUNG Emi berdegup kencang. Dup dap dup dap. Dari pagi tadi lagi dia merasa tidak keruan. Sekejap sekejap dia mundar mandir di dalam bilik. Peluh masih merenik di dahi. Dia pandang pula pada gubahan hantaran yang tersusun cantik di sebelah katilnya. Sesekali dia jenguk ke arah tingkap. Tidak sampai satu jam lagi dia dan Shafiq akan diijabkabulkan.

Emi menapak pula ke cermin besar di  sudut kiri bilik. Dia pusing-pusingkan badannya melihat baju pengantin warna ungu lembut dengan manik dan labuci menghiasi gaun itu. Tudung yang juga sama warna dikemaskan sedikit agar tidak nampak rambut.

"Aku ni macam teruja sakan je..kan dia tu curang?" Emi terus muncung. Dia duduk semula di birai katil.

"Emi!!"

Emi mendongak. Dia terkejut. Di depannya kini semua kawan serumahnya sudah tersenyum di muka pintu biliknya.

"Weh! Korang jadi datang juga?" Emi pantas peluk seorang demi seorang sehinggalah kepada gadis yang memakai baju kurung juga berwarna ungu muda sepertinya. Nampak sangat Qooh nak juga bernikah pada hari itu. Entah-entah dia dan Shafiq sudah berpakat.

"Emi..awak tak nak peluk saya juga ke?" Qooh diam. Emi terdiam di situ.

Perlahan Emi peluk Qooh dan terus duduk semula di birai katil.

"Wah! Emi..cantiknya kau! Siapa mekap kau ni? Nanti aku nak nikah, aku nak guna jurumekap kau la!" Alin pegang pipi Emi.

"Mak saudara aku je." Suara Emi sudah kendur. Malas nak teruja sangat bila Qooh ada sama di situ.

Mereka berenam mula berbual mesra dari satu topik ke satu topik sehinggalah ke topik nikah kahwin. Emi mula malu-malu. Sungguh dia tidak biasa dengan semua itu. Bila mengingatkan itu semua, rasa takut pula. Macam mana nanti dia hendak menghadapinya.

"Alah Emi..kau tibai je." Usik Shidah yang juga akan bernikah bulan depan.

Emi tepuk kuat bahu Shidah. Dia sengih. Hilang seketika rasa geramnya pada Shafiq dan Qooh. Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya hubungan Shafiq dan Qooh. Jika benar Shafiq inginkan Qooh menjadi isterinya, dia akan melarikan diri pada hari itu juga!

"Tuh! Pengantin lelaki dah sampai!" Kak Yati tuding ke arah laman. Lima buah kereta dari rombongan pengantin sudah mula memasuki laman rumah Emi.

Emi turut jenguk. Abangnya Edy dan ayah sudah menunggu rombongan pengantin di situ. Dia semakin berdebar. Sempat dia jeling Qooh yang dari tadi sudah jenguk ke arah Shafiq. Tidak berkelip dia melihat rombongan pengantin lelaki itu. Emi mula merasa cemburu. Dia merengus sendiri, terasa majlis itu bukan majlis pernikahannya.



PENGANTIN lelaki sudah mula menapak masuk ke ruang tamu. Pihak keluarga pengantin lelaki sudah berkumpul di situ. Shafiq disuruh duduk di depan tok imam. Di kiri kanan tok imam, ada ayah Emi, Edy dan juga beberapa orang lelaki lain dari sebelah pihak keluarga perempuan.
Shafiq sesekali menjeling ke arah keluarganya. Dia mengukir senyum. Songkok di kepala dikemaskan sedikit bila terasa hendak melurut.

"Mana pengantin perempuan?" Tok Imam bertanya pada ayah Emi.

Ayah Emi menyuruh isterinya memanggil Emi yang masih berada di dalam bilik. Seketika kemudian Emi dan rakan serumahnya mula menapak keluar ke ruang tamu. Emi disuruh duduk dekat sikit dengan pengantin lelaki.

Shafiq senyum melihat Emi yang cantik dan mempesona pada hari itu. Emi dilihat sudah  menurunkan tandatangan di borang. Usai tok imam memberi tazkirah, upacara akad nikah dimulakan. Hanya sekali lafaz, Emi dan Shafiq sudah sah menjadi suami isteri. Emi tunduk.Air matanya menitis lembut ke pipi. Entahlah..air mata gembira atau air mata apa..sempat dia jeling Qooh yang sudah duduk di sebelah keluarga Shafiq. Dekat dengan ibu Shafiq. Nampak sangat mesra. Dia mula cemburu.

"Assalamulaikum.." Shafiq memberi salam pada Emi. Di tangannya ada dulang mas kahwin untuk diberi kepada Emi.

"Ehem! Assalamualaikum."Lagi sekali Shafiq memberi salam. Emi dilihat masih memandang ke arah Qooh. Dia senyum.

Kali ini Shafiq berbisik ke telinga Emi pula. "Sayang...awak dah sah jadi isteri saya. Nak tak mas kahwin ni?"

Emi tersedar. Dia cepat-cepat mengalih pandangnya ke arah Shafiq yang kini sudah betul-betul berada di depannya. Tergamam seketika.

"Awak cakap apa tadi? " Emi sudah terpinga-pinga. Dia pandang sekeliling. Tersenyum-senyum tetamu yang hadir melihat gelagatnya tadi. Dia terus tunduk.

"Kita solat dulu.." Shafiq ajak Emi menunaikan solat syukur.


PADA HARI BERSEJARAH ITU, Emi dan Shafiq mula melayan tetamu yang datang. Mata Emi tidak lepas dari memandang Qooh yang mesra berbual dengan keluarga Shafiq. Geram melihat semua itu, Emi akhirnya bertanya lagi sekali pada Shafiq. Dia ada hak. Sekarang ini dia sudah sah menjadi isteri Shafiq.

"Abang..Qooh tu siapa sebenarnya pada abang?" Emi pandang Shafiq.

"Apa? Awak panggil saya abang? Kan kita sama umur?" Usik Shafiq. Dia sengih.

Emi mengetap bibir. Buat lawak pulak mamat ni. Karang aku panggil jembalang, mahunya kecoh satu kampung!

"Habis tu, nak panggil apa?" Emi sudah geram. Suka sangat Shafiq menyakatnya.

"Panggillah..sayang ke, honey ke, bi ke.." Shafiq semakin senyum.

"Mengada-ngada!" terus saja satu cubitan singgah di lengan Shafiq. Mengaduh sakit mamat tu.

"Sayang nak kenal Qooh kan? Nak tahu siapa Qooh kan? Kan? Kan?" Beria Shafiq bertanya Emi yang sudah kemerahan mukanya menahan geram. Dia ketawa mengekek. Terus saja tangan Emi digenggam erat dan dia menapak ke arah keluarganya yang sedang berbual mesra di dalam khemah.

"Qooh, kenalkan ini isteri abang." Shafiq tarik pula tangan Qooh dan disatukan dengan tangan Emi.

Emi tercengang. Dia pandang Qooh dan Shafiq silih berganti. Tangannya dilepaskan. " Abang??"

"Ya..Shaq yang saya cari dulu tu adalah abang saya, kembar saya. Tak sangka, Shaq tu tunang awak Emi." Qooh menguntum senyum.

"Abang? Kembar??" Emi semakin bingung.

"Ya..kami dilahirkan kembar, nama sebenar saya Hazrin Qaseh, saya sambung belajar di US dan Shaq di UM. Lepas tu, kami terputus hubungan sekejap sebab..saya dah cerita semuanya pada awak kan? Lepas tu, Shaq cuba hubungi saya balik. Pada dialah saya mengadu atas apa yang telah berlaku. Alhamdulillah, sekarang ni, famili saya sudah terima saya. Emi..terima kasih.." Terus saja tubuh Emi dipeluk erat. Qooh menangis di bahu Emi.

"Qooh..saya yang salah, saya salah faham. Saya tuduh awak macam-macam.." Emi peluk semakin erat.

"Ehem!!"

Emi dan Qooh serentak berpaling. Shafiq sudah berdehem kuat tadi.

"Peluk Qooh je ke?" Shafiq pandang Emi yang sudah terkulat-kulat di situ.

"Abang ni! Malulah Emi. Malam karang boleh peluk! Lebih dari tu pun boleh!" Qooh mengusik.

Muka Emi sudah kemerahan. Shafiq sengih. Dia segera genggam tangan Emi dan bersama berjalan melayan tetamu semula. Emi hanya senyum.

Selesai majlis hari itu, Shafiq tidak bermalam di rumah Emi. Dia perlu pulang ke rumahnya untuk majlis di pihak keluarganya pula. Sempat dia beri ciuman sayang di dahi Emi sebelum bertolak pulang.

"Abang..." Emi pegang erat tangan Shafiq.

"Apa dia?"

"Tak ada apa.." Emi tunduk. Dia pandang Qooh yang sudah mula menaiki kereta bersama keluarga Shafiq yang lain.

"Abang pergi dulu..jangan nakal-nakal tau." Shafiq cubit hidung Emi.

Emi menghantar Shafiq dan keluarga mentuanya ke kereta. Sempat juga dia bersalam dan berpelukan dengan mak dan mak saudara Shafiq sebelum mereka bertolak pulang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2014 12:10 AM | Show all posts
RAMAI tetamu yang datang di majlis sebelah keluarga Shafiq. Emi dan keluarganya juga turut meraikan tetamu yang datang. Shafiq dari tadi tidak lepas dari menggenggam tangan Emi. Ke hulu ke hilir dia berkepit dengan Emi.  Usikan dari kawan-kawan dan kenalan memenuhi majlis pada hari itu. Dari pagi sampai ke lewat petang. Penat tak usah cerita.

"Ramai juga kawan abang yang datang ya?" Emi pandang sekitar khemah, lebih kurang lima buah khemah didirikan di situ.

"Yalah..tak macam orang tu. Sombong! Berlagak lagi. Entah kenapa la abang boleh sangkut dengan orang tu." Shafiq usik lagi Emi.

"Alah..sombong berlagak pun, ada orang nak juga." Emi jeling Shafiq yang tersenyum di sebelahnya.

Shafiq mengukir senyum. Dia mengajak Emi solat jemaah maghrib bersama keluarga yang lain. Keluarga Emi semuanya sudah pulang. Malam itu mereka bersama-sama bersembang dan upacara membuka hadiah. Pengantin baru diusik lagi. Tersipu-sipu Emi bila diusik begitu. Sudahlah dia berdebar-debar ketika ini. Dia pandang Shafiq yang dari tadi asyik memandangnya.

"Dah! Tengok jam tu! Dah tengah malam." Hazrul Hazriq, abang Shafiq mula menuding jam di dinding. Sempat dia kenyit mata pada Shafiq.

Seperti berpakat, semua yang lain serentak masuk ke bilik  masing-masing. Tinggallah Shafiq dan Emi berdua di ruang tamu itu sambil membelek hadian yang diterima. Emi sudah semakin berdebar. Terasa degupan jantungnya semakin laju mengepam.

"Abang nak cubit mulut boleh?" Shafiq senyum. Kedua pipi Emi dipegang sehingga terdongak Emi melihat Shafiq.

"Err..cu..cubit?" Emi tidak mengerti.

Shafiq angguk.

"Sakitlah nanti.." Emi berkerut kening. Ada ke nak cubit tang mulut. Mana ada orang buat macam tu?Selalunya cubit lengan ke, paha ke.

Pantas saja Shafiq kucup bibir Emi. " Abang dah cubit."

Emi terkesima. Terkaku. Tergamam. Terus saja dia berlari masuk ke bilik. Shafiq senyum. Dia  menutup lampu di ruang tamu dan kunci semua pintu. Dia jeling jam di dinding. Sudah hampir satu pagi.  

"Jaga kau Emi. Malam ni aku akan cubit lagi!" Shafiq melangkah laju ke bilik.



SEKIAN. TAMAT SUDAH INI CERITA. TAK DAK SAMBUNG-SAMBUNG LAGI ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:34 AM | Show all posts
hahahaha... al kisahnya... tamat sudah kisahnya si emi & shafiq... congrats Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:44 AM | Show all posts
weeihhhh.... kucing @Nicki_Meow lom branak lagi.. jangan abih lagikk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:02 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-8-2014 10:44 AM
weeihhhh.... kucing @Nicki_Meow lom branak lagi.. jangan abih lagikk...

Motippp aku tak beranak lagi?




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-8-2014 12:02 PM
Motippp aku tak beranak lagi?

kucing ko la.. bukan ko..
saje kaco ipo ahaks...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 10:34 AM | Show all posts


CUBIT-CUBITAN.. So sweet.. hahah.. terbaik @Ipo  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 01:52 AM | Show all posts
thumbs up..cerita yang sgt best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.100722 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list