View: 9498|Reply: 7
|
Dollah Salleh Coach Baru Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Sebagai bekas penyerang kebangsaan dan Jurulatih pasukan kelab dan negeri, Dollah Salleh mempunyai rekod cemerlang
dalam Liga Malaysia. Mampukah Dollah Salleh membawa Skuad Harimau Malaya ke Pentas Piala Asia |
|
|
|
|
|
|
|
go abg dollah go.....
hidop harimau malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan terlalu harap keajaiban
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
[email protected]
HAIRUDDIN (kanan) sedia kembali beraksi di pentas antarabangsa jika mendapat kepercayaan membarisi skuad Harimau Malaya.
KATA orang, sentuhan otai sememangnya masih berbisa. Maka tidak hairanlah ramai yang menyokong ideologi pengendali baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh apabila memberikan 'lampu hijau' kepada mana-mana pemain veteran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.
Bagi bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar, dia percaya Dollah memiliki kriteria tersendiri bagi mengenal pasti barisan pemain yang akan membawa cabaran Harimau Malaya dalam kempen Piala Suzuki AFF kali ini.
Namun, penyerang yang mesra dengan panggilan Hai-O itu percaya skuad sedia ada sekarang tidak sewajarnya dirombak secara besar-besaran hanya semata- mata untuk memberikan peluang kepada mana-mana pemain veteran kembali beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Harus diingat, aksi di pentas antarabangsa tidak sama seperti di pentas domestik.
"Majoriti pemain lama juga telah lama tidak beraksi bersama skuad kebangsaan, jadi jangan terlalu mengharapkan keajaiban.
"Saya percaya majoriti skuad sedia ada wajar dikekalkan kerana telah membentuk persefahaman apabila telah lama beraksi bersama-sama sebelum ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
Namun, Hai-O, 35, tidak menafikan impak yang mampu dicetuskan 'orang lama' jika turut dibawa mengharungi kempen Piala Suzuki AFF kali ini.
"Pengalaman sememangnya memainkan peranan bagi mengharungi aksi di peringkat tertinggi.
"Namun, peranan utama pemain veteran (sama ada sebagai supersub ataupun tonggak utama dalam skuad kebangsaan) terserah kepada jurulatih (Dollah) untuk menilai," katanya.
Mengulas lanjut, penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu yang kali terakhir menyarung jersi Harimau Malaya ketika tampil sebagai pemain gantian menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Asia pada Januari 2009, turut mengakui bersedia membalas kepercayaan Dollah.
"Saya sentiasa bersedia dari aspek mental dan fizikal dan yakin masih berupaya memberikan yang terbaik meskipun sudah berusia.
"Jadi, terpulang kepada jurulatih sama ada mahu menurunkan saya sepenuh masa ataupun sebagai pemain gantian sekiranya memanggil saya kali ini.
"Namun jika tanya saya, saya percaya Shukor (Adan) dan Indra (Putra Mahayuddin) lebih layak," katanya yang muncul penjaring terbanyak skuad kebangsaan pada kempen Piala Suzuki AFF 2007.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz3A3lT7bMe
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap dia tak bengap macam Rajagobal |
|
|
|
|
|
|
|
tugas utama coach bola malaysia ialah mencari alasan setiap kali kalah |
|
|
|
|
|
|
|
BotakChinPeng posted on 30-8-2014 08:24 PM
Harap dia tak bengap macam Rajagobal
Ada harapan x abem dollah macam rajagopal
tengok aksi lawan syria mlm tadi (12 nov 14)
|
|
|
|
|
|
|
|
karlee posted on 13-11-2014 01:14 PM
Ada harapan x abem dollah macam rajagopal
tengok aksi lawan syria mlm tadi (12 nov 14)
Ada sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
BotakChinPeng posted on 13-11-2014 11:15 PM
Ada sangat.
Ngapa agaknya mesia masih belum stabil lagi
d peringkat piala aff ye
|
|
|
|
|
|
|
| |
|