CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
Post time 27-1-2015 02:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-1-2015 10:50 AM
penyakit lupa bagi tacang kira penyakit berjangkit tak @NaylaArisha ?

tak berjangkit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2015 04:41 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 2-2-2015 09:53 PM

MENCARI KONKLUSI: MATI HIDUP KEMBALI

LOKASI: SEBUAH RESTORAN NANDO’S DI IBUKOTA (Tempat sebenar dirahsiakan untuk menjaga nama baik pihak terbabit)


Sham, Zaki, Lan dan teman tak serumah yang mereka panggil Sunyo sedang bersembang dan berbincang hendak makan apa sekarang ini. Semalam Hari Ahad. Semalam juga adalah Hari Wilayah. Maka semua negeri perseketuan yang ada di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mendapat cuti ganti pada Hari Isnin. Hari inilah maknanya. Esok juga masih lagi Cuti Am bagi menyambut perayaan Thaipussam. Agak beruntung juga tinggal di Malaysia. Cuti Am berlambak-lambak. Itu belum masuk lagi cuti Hari Raya Cina tak lama lagi. Tahun ni Tahun Kambing kalau tak silap.

Sham, Zaki, Lan dan Sunyo masih lagi berbincang hendak makan apa. Gaji juga sudah masuk. Merasakan adalah tidak salah untuk sekali-sekala makan sedap, itu pun setelah menolak hutang Bank, hutang PTPTN, simpanan Tabung Haji, simpanan ASB dan juga sumbangan untuk kedua ibu-bapa tercinta, maka mereka pun membuat beberapa cadangan bernas. Ada yang memberi cadangan untuk santap Nasi Putih dan Siakap Tiga Rasa, ada yang beri cadangan bajet sederhana seperti KFC. Cadangan untuk santap McDonald ditentang hebat oleh Sunyo kerana kata Sunyo, dia tidak mahu menjadi penyumbang kepada Zionis.

“Kita makan Nando’s nak?” Cadang Lan tatkala ternampak papan tanda Restoran itu tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Lampu bertulisan merah hijau itu bagai mengapai-gapai nalurinya. Lambang ayam Nando’s seolah-olah menggamit dirinya agar menjejak masuk ke dalam restoran itu.

Sham, Sunyo dan Zaki berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Lan yang telah dilanda kerasukan Ayam Nando’s.

“Menarik gak tu.” Sham menyokong. Yang lain angguk setuju. Tidak berlengah lagi, mereka terus menuju ke restoran itu.

Daun pintu ditolak. Mereka disambut mesra dengan ucapan (yang setelah dialih bahasa ke Bahasa Melayu) ‘Selamat Datang ke Nando’s’ oleh seorang awek Nando’s kecil molek bertudung bawal warna hitam.

“Table for four.” Sengaja Sunyo berbahasa Inggeris untuk menjiwai rasa makanan barat nanti.

Awek Nando’s itu senyum meleret lalu angguk. Empat jejaka itu dibawa ke meja makan yang sesuai untuk empat orang. Sham, Zaki, Lan dan Sunyo menarik kerusi lalu punggung dilabuh ke situ. Empat keping menu diberikan pada mereka. Setelah itu, awek Nando’s berlalu untuk memberikan masa kepada empat jejaka itu meneliti menu dan membuat pilihan.

“Nak order apa ni?” Sambil matanya tertancap pada menu, Sham bertanya. Tiada sesiapa pun yang menjawab kerana masing-masing ralit membaca menu.

Lima minit berlalu.

Masing-masing sudah pun membulatkan tekad dengan pilihan makanan masing-masing. Sham kemudiannya melambai awek Nando’s yang sedang bersandar di kaunter. Awek Nando’s menurut perintah. Meja empat jejaka dihampiri.

“Order bang...” Senyum saja awek Nando’s, menantikan pesanan dari empat jejaka.

“Saya nak...” Sham memulakan pesanan diikuti Lan, Sunyo dan Zaki. Awek Nando’s tampak cekap dengan tugasnya mengambil pesanan.

“Okay...saya repeat order abang-abang semua.” Ujar Awek Nando’s lantas mengulangi pesanan makanan empat jejaka.

“And Caramel Cheesecake.” Awek Nando’s mengakhiri bicara. Setiap pesanan makanan dibaca lengkap agar tidak tertinggal apa-apa yang membolehkan dia dimaki pelanggan nanti. Sham, Zaki, Lan dan Sunyo mengangguk, tanda berpuas hati yang Awek Nando’s menulis pesanan makanan mereka dengan tepat dan betul.

“Thanks...Inas.” Ucap Sunyo sambil membaca tag-nama yang tersemat pada baju Awek Nando’s. Inas si awek Nando’s angguk sekali, senyum dan terus berlalu pergi. Empat jejaka mengisi masa lapang yang ada dengan bersembang sementara menantikan makanan yang dipesan sampai.

Dua puluh minit berlalu.

Pesanan makanan mereka telah sampai. Pinggan demi pinggan dihidangkan pada mereka. Gelas demi gelas minuman diletakkan dihadapan mereka.

“Enjoy your meals.” Inas si Awek Nando’s berkata sebelum berlalu pergi.

Ayam di atas meja direnung tajam. Ayam itu kelihatan sungguh seksi sekali, bagai menggoda untuk segera disantap. Masing-masing bersedia dengan pisau di tangan kiri dan garfu di tangan kanan. Doa makan hanya dibaca dalam hati.

Ayam seksi itu diserang dengan rakus sekali.

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 04:46 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 2-2-2015 09:51 PM

Meja sebelah. Hanya terpisah oleh tembok kecil dihiasi dengan daun-daun palsu...

Tiga orang gadis manis sedang bersembang dengan riang dan ceria. Pelbagai perkara mereka bualkan. Topik berkisar tentang fesyen gaya terkini, tudung gaya terkini, jualan hebat terkini, Lee Jon Gi dan Hisyam Hamid.

Namun, keriangan dan kecerian mereka tergugat apabila sesuatu terbang melintasi kepala mereka lalu mendarat betul-betul di tengah meja.

Masing-masing terdiam. Terkejut. Terpaku dan terpinga-pinga. Objek yang tergeletak kaku di tengah-tengah meja itu diperhatikan. Tercengang dalam curiga.

“Ehem. Assalamulaikum.” Mereka didatangi oleh seorang jejaka. Tanpa segan-silu, si jejaka terus duduk di kerusi kosong yang ada.

Makin terpinga-pinga tiga gadis itu jadinya sampaikan hendak jawab salam pun tak termampu.

“Nama saya, Zaki.”

Ekspresi tiga gadis itu mula menggambarkan tanda tanya. Yang bertudung biru, menggenggam garfu dengan erat, bersedia dengan segala kemungkinan.

“Maaflah. Saya tak sangka pulak, ayam Nando’s ni boleh hidup balik.”

Dengan pantas, Zaki mengambil kembali ayam kepunyaannya yang terpelanting tadi lalu segera meninggalkan tiga gadis itu tanpa berpaling lagi.

~The End - Part 7~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 04:56 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-2-2015 08:46 AM
Meja sebelah. Hanya terpisah oleh tembok kecil dihiasi dengan daun-daun palsu...

Tiga orang gadis ...

Hahahahahaha.lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 05:08 PM | Show all posts
haha...lawak tul yg last tu...tu ar rakus lagiiiii.....hahha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 12:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-2-2015 08:46 AM
Meja sebelah. Hanya terpisah oleh tembok kecil dihiasi dengan daun-daun palsu...

Tiga orang gadis ...

niki...............tak update ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2015 09:03 AM | Show all posts
Esmiria replied at 5-3-2015 12:51 AM
niki...............tak update ke

Takde idea....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 04:22 PM | Show all posts

kelakar gile cite nih....sambung lah lagi i i i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 02:32 PM | Show all posts

i miss you mdam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 12:50 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 19-6-2015 12:55 AM

MENCARI KONKLUSI:  (EDISI PUASA - TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA)

LOKASI: UKAY PERDANA (Rumah Sewa Budak Bujang)


Jam menunujukkan pukul 9:30 malam. Ruang tamu rumah bujang itu kembali terang-benderang setelah ketiga-tiga penghuninya kembali dari surau. Mahu menghilangkan lelah seketika, ketiga-tiga mereka berehat santai. Sham sedang berbaring di sofa. Di sebelahnya, Zaki duduk bersila manakala Lan pula duduk berlunjur atas lantai.

Ketiga-tiga mereka tidak berbual. Sebaliknya, masing-masing sedang sibuk dengan telefon pintar masing-masing. Jika tidak Facebook, Instagram. Paling tidak pun, sembang di Whatsapp. Hasil kemajuan teknologi masakini.

Zaki tersengih-sengih sendiri melihat paparan video di skrin telefon pintar. Sesekali, terbit ketawa dari bibir sehingga mengundang rasa pelik pada Sham.

“Kau tengok apa?” Soal Sham.

“Iklan ni haaa.” Jawab Sham lalu menunjukkan video tersebut pada Sham. Video iklan petronas itu memang mencuit perhatian. Iklan mengenai seorang ibu tunggal yang sedang membuat persiapan raya dengan tujuh orang anak bujangnya.

“Lejen beb iklan ni.” Sham berkata, tersengih. Zaki mengangguk, mengiyakan.




“Tengok iklan ni, aku teringat pulak kat mak aku.” Lan menyampuk. Zaki dan Sham menoleh.

“Tahun ni, first time aku puasa tak ada emak. Raya pun. Hambar gila, aku rasa...”

Suasana jadi sepi untuk entah berapa lama.

Sham bangkit dari baringnya. Zaki juga menegakkan badan.

“Jom, kita keluar nak? Pekena teh tarik ke?” Ajak Sham. Zaki angguk. Masing-masing memandang Lan, menunggu jawapan.

“Aku belanja.” Kata Zaki pula.

Lan angguk dan senyum.

~The End – Part 8~
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 01:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-6-2015 12:50 AM
MENCARI KONKLUSI:  (EDISI PUASA - TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA)

LOKASI: UKAY PERDANA (Rumah Sewa B ...

org lelaki.ada kekuatan. kena kuat nk puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 08:39 PM | Show all posts
ni nak pomot iklan janda anak 7 ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:42 PM | Show all posts
hahaha, ni iklan paling aku suka

nak suh beli macam2..last2 beli sekor lembu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.069575 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list