|
***********************************9**************************************
Semenjak dua menjak ini, Fariz semakin rajin menghubungi dan bertanya khabar Farisya. Setiap hari pasti ada saja pesanan yang dihantar untuk Farisya. Kadang-kala terasa dirinya disayangi tapi kadang-kala terasa annoying pula dengan mesej-mesej daripada Fariz itu. Farisya melayan Fariz sama seperti rakan-rakan lelakinya yang lain. Tetapi bagi Fariz, layanan Farisya terhadapnya sudah cukup membuatkan rasa kasihnya buat gadis itu semakin mendalam. Dia sedar dulu dia terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan. Dia meninggalkan Farisya ketika gadis itu menaruh sepenuh perasaan terhadapnya. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.Masa tidak boleh diundur kembali.
Manakala Aryan pula sedang sibuk dengan tugas barunya. Sudah lama mereka tidak bertemu dan keluar bersama. Kadang-kala timbul rasa rindu apabila dia keseorangan. Farisya juga jarang menghubunginya lagi. 'Dia tak rindu dekat aku ke? Dia tak tahu ke aku kangen bangat sama dia ni?' Rintih Aryan. Terasa seperti dirinya diabaikan saja. Atau adakah kerana egonya yang tinggi untuk meluahkan perasaannya kepada Farisya?
"Hey, budak panjang! Lama senyap? Sihat ke tidak?" Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Tiba-tiba mesej daripada Farisya masuk.
"Hai, gumuk! Orang sihat-sihat saja. Awak tu yang senyap, kata orang pula".
"Saya bosanlah. Tak ada geng nak bergaduh".
"Oh, kalau bosan baru cari oranglah. Sampai hati".
"Bukanlah senget. Saya cari awak sebab nak bagi something ni. Saya baru balik dari Penang semalam".
"Oh, patutlah senyap tak mesej orang. Bila nak jumpanya?" dalam hati Aryan sudah berbunga-bunga merindui insan yang telah bertakhta dihatinya itu.
"Minggu ni awak free tak? Dah alang-alang keluar, kita rayaulah mana-mana".
"Okey, boleh saja. Kalau ada orang belanja, orang on saja. Kahkahkahh!"
"Gedik! Okey Sabtu nanti jumpa. Kita pergi The Mines pulalah". Cadang Farisya.
"Okey, set!" tak sabar rasanya hati Aryan menanti tibanya hari Sabtu itu.
Hari yang dinantikan tiba akhirnya. Farisya dan Aryan bertemu di tempat yang dijanjikan. Mereka menghabiskan masa menonton wayang, shopping dan makan bersama bak pasangan kekasih yang sedang hangat dilamun asmara. Tapi, dek kerana keegoan masing-masing, perasaan itu dipendamkan saja.
"So, nak ke mana pula lepas ni?" soal Aryan.
"Saya tak kisah. Awak ada nak pergi mana-mana tak?"
"Rasa macam nak makan sate pula. Jom kita pergi Bangi nak?"
"Okey saja. You drive!"
"Dah tahu sangat dah. Pemalas!" geram sungguh Aryan dengan Farisya ni. Kalau lepas makan, jangan haraplah dia nak drive, pasti Aryan yang menjadi mangsanya. Maklumlah lepas makan mata pasti minta bantal. Sememangnya sikap Farisya yang satu ni, pasti membuatkan Aryan geram. Tapi dia tak kisah pun, apa saja demi Farisya. Lagi pun, kalau Farisya memandu ketika mengantuk, takut nyawa mereka dihujung tanduk pula nanti.
-Mesej diterima: Fariz - Eisya, jom keluar.
Tiba-tiba mesej daripada Fariz masuk. Farisya serba salah. Terus celik biji matanya, tak jadi mahu tidur. Dia segera membalas mesej Fariz.
'Sorry, Eisya ada hal hari ni. Maybe next time ok!'. Ini bukanlah kali pertama dia menolak ajakan Fariz. Tapi apakan daya, dia terpaksa.
"Siapa mesej?" soal Aryan ingin tahu.
"Member, dia ajak keluar".
"Lelaki ke perempuan? Bila nak keluarnya?" sudah seperti pegawai polis lagak Aryan.
"Lelaki, macam mana saya nak ada pada 2 tempat dalam 1 masa?" jawab Farisya dengan soalan pula.
"Dia nak keluar hari ni ke? Siapa dia tu?", ada riak cemburu dalam soalan Aryan.
"Kawan saya masa study dulu. Dia nak jumpa hari nilah sebab dia tengah cuti sekarang".
"Oh, yakah." Aryan meneruskan pemanduannya dengan 1001 persoalan di minda.
Dalam tidak sedar, rupanya Fariz turut berada di mall tempat Aryan dan Farisya bertemu. Hatinya terasa sakit tatkala melihat wajah gadis yang dirinduinya berjalan beriringan dengan seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya, sudah seperti pasangan kekasih lagaknya. 'Patutlah setiap kali aku ajak keluar, pasti ada saja alasannya. Rupanya sudah ada lelaki lain mendampinginya. Tak apa, aku takkan berputus asa selagi kau belum milik dia yang sah Eisya.' |
|
|
|
|
|
|
|
***********************************10*************************************
->'Awak, kalau satu hari nanti, awak sudah bertemu dengan cinta hati awak, bagi tahu dekat saya tau. Supaya saya boleh pergi dari hidup awak dan tidak mengharapkan apa-apa daripada awak'.
Entah apa mimpinya, Farisya menghantar pesanan itu buat Aryan. Dia sudah penat bermain tarik tali dan terus menanti kata cinta daripada Aryan. Biarlah dia mengundur diri andai kata itu lebih baik buat mereka.
"Mesej apa yang awak hantar tadi?" pantas saja Aryan menghubungi Farisya tatkala membaca pesanan daripada gadis itu tadi. Dia tidak mahu kehilangan Farisya lagi. Cukuplah dahulu dia melepaskan gadis itu semata-mata disebabkan egonya.
"Dah terangkan dalam mesej tu. Kalau suatu hari nanti awak sudah bertemu dengan someone yang awak sayang dan cinta, awak bagi tahulah saya. Saya akan pergi daripada hidup awak sebab takkan mungkin seorang lelaki dan wanita menjadi sahabat baik tanpa ada apa-apa perasaan."
"Kenapa awak slow ni? Takkan awak tak dapat tangkap lagi apa yang saya bagi hint selama ni?"
"Hint apa? Saya tak fahamlah".
"Farisya Dania, sebenarnya orang dah lama tunggu awak. Tapi orang tak tahu macam mana nak luahkan. Orang ingat awak faham hint yang orang bagi selama ni".
"Maksud awak?.."
"Ya, orang sukakan awak, orang sayangkan awak, orang nak kita kembali macam dulu. Lepas kita clash dulu, hati saya tak ada feel pun dengan mana-mana perempuan. Before kita couple dulu pun, 2 tahun saya menjanda sampailah saya jumpa awak. Tapi orang tak pandai nak meluahkan perasaan macam dalam drama tu. Awak pun tahukan dulu macam mana orang ajak awak couple".
"Kenapa awak tak cakap terus terang? Awak tahu tak hati saya sakit bila awak macam endah tak endah saja dengan hubungan kita ni. Saya ingatkan awak dah ada perempuan lain sebab tu saya tak harapkan apa-apa. Sebab tu saya send mesej tadi."
"Gumukkk! Orang memang sayangkan awak. Orang tak nak awak tinggalkan orang lagi. Orang nak jadi yang halal buat awak, tak nak couple-couple lagi" luah Aryan bersungguh-sungguh. Rasa ringan beban yang ditanggungnya selama ini apabila dapat meluahkan semua yang terbuku.
"Aryan, saya pun sayangkan awak." akhirnya terluah juga apa yang tersimpan selama ini. Air mata kegembiraan mengalir laju di pipi Farisya. Kalau Aryan nampak ni, mesti sebulan dia kena bahan. Haish! Minah kasar ni pun boleh menangis disebabkan cinta okey! Bermulalah episod baru dalam hubungan mereka. Aryan sudah memaklumkan kepada Farisya bahawa dia akan menghantar wakil keluarganya untuk menyunting Farisya. Dia tidak mahu lagi melepaskan Farisya daripada genggamannya.
Sementara itu, Fariz juga sudah bersedia untuk meluahkan rasanya kepadanya Farisya. Dia mengajak Farisya bertemu, walaupun hati Farisya sangat berat untuk bertentang mata dengannya. Farisya sudah menduga apa yang bakal berlaku. Tapi dia takut untuk melukakan hati Fariz.
"Assalamualaikum Eisya. Sorry lambat, tadi jalan sesak".
"Waalaikumussalam. It's okey, saya pun baru sampai ni".
"Sudah order makanan?" soal Fariz sambil menggamit seorang waiter untuk membuat pesanan.
"Kenapa macam tak ceria saja ni?" Fariz memulakan bicara setelah masing-masing selesai menjamu selera.
"Tak ada apa-apalah. By the way, kenapa awak nak jumpa saya ni?" soal Farisya.
"Sebenarnya, saya ada hal nak bincang dengan awak. Saya dah lama tunggu saat ni tapi setiap kali ajak awak keluar, mesti ada saja alasan awak". Luah Fariz yang agak kecewa kerana ajakannya sering ditolak Farisya.
"Sorrylah, before this saya busy sikit. Hari ni saja free. So, apa benda yang nak dibincangkan tu?"
"Eisya, sebenarnya saya nak menyunting awak menjadi permaisuri dalam hidup saya. Sudah lama saya tunggu saat ni, saya bekerja dekat Kerteh tu pun semata-mata sebab saya nak lupakan awak tapi saya tak mampu. Tiap kali saya tengok Facebook awak, mesti saya rindu. Sebab tu saya tak nak buang masa lagi." akhirnya terluah juga perasaan Fariz kepada Farisya.
"Fariz...saya minta maaf. Saya tak boleh terima cinta awak. Hati saya sudah diisi oleh seseorang. Saya tak boleh awak, tak boleh". Walaupun pedih, Farisya terpaksa luahkan jua.
"Maksud awak, awak dah ada yang punya? Tapi hari tu masa saya tanya awak, awak kata awak single lagi".
"Ya, sebulan yang lalu memang saya single tapi sejak seminggu yang lalu, hati ini sudah diambil oleh seseorang. Saya minta maaf kalau saya ada memberi harapan buat awak."
"Oh, Eisya! Seminggu saja saya terlewat, kalaulah hari tu saya luahkan semua ni, mungkin saya tak sakit seperti hari ini".
"Maafkan saya Fariz. Saya tak bermaksud nak memainkan perasaan awak. Tapi hati saya sudah terisi dengan cinta seseorang, saya anggap awak sebagai kawan saja selama ini, tak lebih daripada itu". Akhirnya Farisya berterus terang.
"Boleh saya tahu siapa lelaki bertuah tu?"
"Dia lelaki yang hadir dalam hidup saya selepas awak meninggalkan saya dahulu. Namanya Aryan. Inshaa Allah hujung tahun ni kami akan disatukan".
"Tahniah Eisya! Maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak, mengganggu awak selama ni. Saya doakan yang terbaik buat awak berdua. Mungkin selepas ini saya akan terus menetap di Sarawak pula kerana saya akan dipindahkan ke sana bulan hadapan. Doakan agar saya bertemu jodoh juga seperti awak".
"Inshaa Allah Fariz. Terima kasih. Saya minta diri dahulu. Selamat tinggal Fariz". Pertemuan terakhir itu membuatkan hati Fariz terluka. Mungkin ada hikmahnya dia dipindahkan ke Sarawak, demi untuk melupakan Farisya. 'Selamat tinggal sayang. Semoga dikau berbahagia dengan pilihan hatimu'. Fariz melangkah pergi dengan hati yang terluka. Namun dia tidak menyalahkan Farisya kerana memang dia yang terlewat meluahkan rasa. Mungkin ini takdir mereka.
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN. Farisya dan Aryan akhirnya disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing tatkala duduk bersanding di pelamin nan indah. Di kejauhan, ada sepasang mata yang sedang asyik memerhatikan kedua-dua mempelai yang sama cantik sama padan itu. 'Aku doakan jodoh kalian berpanjangan Farisya'. Fariz mengatur langkah pergi, membawa sekeping hati yang masih terluka. Sehingga ke saat itu, hatinya masih terpahat nama Farisya. Sementara itu, Aryan dan Farisya tersenyum bahagia menerima ucapan tahniah daripada teman-teman dan sanak saudara yang hadir.
"B, I love you!" luah Aryan sambil memeluk erat tubuh itu tatkala foto mereka diabadikan sebagai tanda kenangan.
'I love you too sayang. Semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke jannah Aryan.' doa Farisya dalam hati. Tidak disangka, cinta kali kedua mereka membawa ke jinjang pelamin. => Sometimes, we need to be hurt in order to grow. We must lose in order to gain. Sometimes, some lessons are learned best through pain <=
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ooo..nilah cinta kali kedua..
kesian fariz....bawa diri ke sarawak aje la ya..cari gdis sana...kamek2..
|
|
|
|
|
|
|
|
wah.... happy ending... sukanya... sbb memang tak suka baca cite yg sad ending... hihihihihi... good job TT... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ketemua jua cinta yang azali.... |
|
|
|
|
|
|
|
not bad... boleh cuba novel pulak pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 19-6-2014 05:54 PM
wah.... happy ending... sukanya... sbb memang tak suka baca cite yg sad ending... hihihihihi... good ...
semua orang mengimpikan happy ending dlm hidup mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 19-6-2014 08:02 PM
not bad... boleh cuba novel pulak pas ni
Inshaa Allah kalau ada kelapangan nanti..thanks for your support Khaizarina |
|
|
|
|
|
|
|
babypurple posted on 20-6-2014 10:17 AM
semua orang mengimpikan happy ending dlm hidup mereka...
yup... happily ever after... |
|
|
|
|
|
|
|
tamat...
happy ending |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|