CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 0

InfoWatch Semakin Membangun

[Copy link]
Post time 11-6-2014 03:14 PM | Show all posts |Read mode
INFOWATCH DIIKTIRAF OLEH MAJALAH CIOREVIEW SEBAGAI SALAH SATU DARI 20 SYARIKAT ENTERPRISE KESELAMATAN HARAPAN.

InfoWatch, salah sebuah daripada syarikat Data Loss Prevention (DLP) global yang terkemuka, baru-baru ini diiktiraf oleh majalah CIOReview sebagai salah satu daripada 20 syarikat perusahaan keselamatan harapan dalam senarai CIOEnterprise Security 2014. Senarai tahunan CIO Enterprise Security 20 ini bukan sahaja mewakili keagungan 20 syarikat perusahaan yang sangat bernilai di Amerika Syarikat tetapi juga mengiktiraf syarikat-syarikat yang memberi kesan kepada pasaran.

InfoWatch telah dimasukkan dalam senarai sebagai salah satu kumpulan syarikat-syarikat yang menumpu kepada inovatif teknologi  dalam membangunkan dan menyediakan teknologi dan perkhidmatan yang mudah dan canggih khusus untuk pencegahan kehilangan data & perlindungan, perlindungan harta intelek, pengalaman pelanggan dan pengurusan reputasi, serta pengurusan risiko dan pematuhan penyelesaian. Ditubuhkan pada tahun 2003, ia telah menawan 48 peratus pasaran Data Loss Prevention (DLP) Rusia dan CIS sejurus mengembangkan kehadiran di Eropah, Timur Tengah dan Asia. Dengan kepakaran teknologi tinggi dan pengalaman tersendiri  dalam melaksanakan projek yang begitu canggih, firma itu mendapat daya tarikan dalam kewangan, kerajaan, kuasa dan tenaga, telekomunikasi dan sektor-sektor lain.

Tawaran produk InfoWatch direka untuk mengendalikan data korporat yang lebih kritikal. Ia berfungsi untuk melindunginya dari kebocoran atau tidak sesuai untuk dikongsi bersama. Produk utamanya, InfoWatch Traffic Monitor dibangunkan untuk menawar perlindungan bagi perusahaan terhadap ancaman dalaman: kehilangan maklumat intelek, pakatan-pakatan sulit, pesalah dalaman, pengintipan industri; mengenal pasti tingkah laku pekerja yang mencurigakan, dan juga menyediakan bukti asas untuk pendakwaan terhadap pesalah.

Firma itu membezakan dirinya dengan menawarkan DLP (Data loss Prevention) sebagai perkhidmatan apabila kebanyakan pesaingnya masih menawarkan ia sebagai perisian. Menurut Natalya Kaspersky, Ketua Pegawai Eksekutif InfoWatch, "Kami melaksanakan DLP sebagai suatu proses dengan memahami kesulitan maklumat itu; kita menganalisis dan mengkategorikan maklumat sebelum kita benar-benar berkhidmat mencegah kebocoran data dan ancaman keselamatan dalaman".

InfoWatch Group telah diiktiraf oleh pasukan CIOReview kerana syarikat itu memberi kesan dalam perusahaan global IT pasaran keselamatan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070037 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list