View: 3448|Reply: 8
|
Memang Best Petrosains KLCC
[Copy link]
|
|
Petrosains memang bestlah! Macam-macam boleh buat kat sana. Petrosains berada di tingkat 4 bangunan Suria KLCC. Bagi yang belum pergi, apa kata ambil kesempatan untuk bawa anak-anak ke sana. Yang tak ada anak pon patutnye kena pergi. Best tempat nih!
Nak tau apa yang menarik kat Petrosains?
1. Kita leh belajar tentang sains - betapa mudah dan simple sebenarnya nak belajar sains nih
2. Boleh tengok pameran-pameran
3. Dapat rasa sendiri aktiviti sains seperti Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama dan banyak lagi!
Tempat ni bagus untuk memupuk minat anak-anak kepada sains. Tukarkan persepsi diorang yang sains ni bukannya membosankan, tetapi sebenarnya amat menarik!
Harga tiket masuk Petrosains seperti di bawah :
Bagi yang tak tahu, kita leh dapat diskaun masuk ke Petrosains. Antara yang membolehkan kita dapat diskaun :
1. Ahli KFC Chicky Meal - dapat 15% diskaun
2. JCard/Aeon Member atau Aeon Credit Card - 15% diskaun tak kira dewasa atau kanak-kanak
3. Ahli kelab Rakan Muda - 15% diskaun gak
4. Pemilik kad Mesra (kad yang boleh collect points kalau beli minyak kat stesen Petronas) - sama gak 15%
5. Pemilik kad Plusmiles - beli 2 tiket leh dapat tiket ketiga dengan diskaun 50%
6. CIMB Junior - leh dapat 15% diskaun
7. Ahli i-Kid Club - 15% diskaun
Jadi jangan lupa bawa kad-kad di atas sebagai bukti untuk dapat tiket yang super-murah!! Petrosains sekarang sedang mengadakan program menarik. Lebih lanjut, klik sini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau kad ni dpt diskaun 50% ke kak? |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 14-5-2014 08:06 PM
kalau kad ni dpt diskaun 50% ke kak?
Kalau kad tu x de lagi dlm diskaun kad dik..sory he2
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah 2x bawak anak2 gi sana.
diorg seronok.aku bosan bila kali ke dua |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok bila jumpa benda baru yang kita tidak pernah tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
last pergi sana dlu thn 2008 ke tahun 2009, gitulaa.. memang seronok, aku naik helikopter maya,
menjerit2 bila heli tu goyang, org putih dlm tu rileks jee..
ni teringin jgk nak pergi lagi bebila dgn anak dan suami, insya-Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah banyak kali pi... 3 kali masuk sepanjang tempoh anak-anak aku membesar & banyak kali menyopping kat kedai dia... ini pun sebab anak punyai pasai.... macam-macam nak beli...
kalau kat dalam paling best dalam helicopter dan dalam bilik puting beliung tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tq kongsi pengalam korang2 semua k |
|
|
|
|
|
|
| |
|