Maria ada 5 bijik roti. Sofia ada 7 bijik roti. Nadia ada duit rm1.20. Roti itu kemudian dibahagi 3 sama rata. Manakala duit dibahagi antara Maria dan Sofia. Bagaimana duit itu dibahagi secara adil? Last edited by Eva_yy_Ellin on 15-5-2014 09:08 AM
Maria = 5 biji roti
Sofia = 7 biji roti
Nadia = RM1.20
jumlah roti= 5+7
= 12
roti dibahagi 3 sama rata= 4 biji roti seorang.
roti yang dikongsi ialah
Maria beri 1 kepada Nadia
Sofia beri 3 kepada Nadia
supaya masing-masing ada 4 biji roti.
Nadia berikan wangnya RM1.20 kepada Maria dan Sofia
maknanya, RM1.20/4= RM0.3
andaikan harga sebiji roti ialah RM0.30.
pembahagian ini adil kerana:
Maria hanya boleh beri 1 biji roti kepada Nadia
manakala Sofia boleh beri 3 biji roti kepada Nadia
supaya setiap dari mereka dapat 4 biji roti.
jadi wang yang patut mereka dapat ialah
Maria: 1 biji roti x RM 0.30= RM0.30
Sofia: 3 biji roti x RM0.30= RM0.90