CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: dzaraa

[Jenayah] Jalan Maarof Siapa Maarof?...Lawyer...Pelakon...?

[Copy link]
Post time 17-5-2014 06:35 PM | Show all posts
hidung macam serombong kapal mesti mix mamak atau arab..tulen melayu hidungnya pecek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 06:43 PM | Show all posts
the_killer posted on 5-5-2014 10:48 AM
ni mesti minangkabau.....orang minangkabau memang mahir bab bisness..berbanding melayu tulen yang ma ...

Betul tu orang Minang kat Indon ada Gebu Minang....Gebu Minang ni tempat orang2 Minang menyimpan duit untuk pembangunan ekonomi masyarakat Sumatera Barat...

Melayu Riau x da bank macam ni...Melayu Riau nak minta merdeka dari Indon pon terpaksa minta dana dari Pemerintah di Jakarta...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 06:47 PM | Show all posts
Melayu tak pernah beri sumbangan kepada etnik Melayu sendiri...

Arab dan Aceh -Tokoh Peniaga Melayu /Tokoh Budaya Melayu
Bugis - Tokoh Sasterawan dan Budaya Melayu
Mamak - Tokoh Pemimpin Melayu
Minang - Tokoh Budaya Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 06:51 PM | Show all posts
ninja boy posted on 5-5-2014 12:11 PM
aku juga percaya musuh melayu adalah melayu

Betul...musuh Melayu adalah Melayu...Melayu ni lebihkan kepentingan peribadi dari nilai masyarakat yg saling menghidupkan...

Contoh ada Melayu nak hidupkan Islam, tapi ada Melayu halang...contoh Melayu Kelantan nak laksanakan Hudud dan Qisas tapi Melayu Johor tak mahu laksanakan Hudud dan Qisas....negara Yahudi zaman dulu musnah disebabkan benda2 camni lah...
Last edited by nobito on 17-5-2014 07:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 07:16 PM | Show all posts
the_killer posted on 5-5-2014 10:51 AM
ramai tak tahu sapa abdullah hukum

Nama asal Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun dan kemudiannya digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Apabila beliau menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa di Padang Arafah beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum. Nama ini kekal hingga ke akhir hayatnya. Haji Abdullah Hukum juga dikenali dengan gelaran anugerah sultan iaitu "Datuk Dagang Di Anjuk". Haji Abdullah Hukum telah dilahirkan pada 1835 dan kembali mengadap Ilahi pada sekitar tahun 1930-an.
Ayahandanya pula bernama Sekancing, ertinya "kunci pintu" dan bergelar Tuk Pangku. Namanya ditukar kepada Haji Abdul Rahim, semasa berada di Padang Arafah.
Haji Abdullah Hukum ini adalah dari suku kaum kerinci dan berasal dari kariah Sungai Abu, jajahan Sungai Penoh di negeri Kerinchi, Sumatera, Indonesia.
Beliau datang berdagang bersama ayahandanya ke Tanah Melayu pada tahun 1850, ketika berumur 15 tahun. Mereka telah singgah diMelaka selama tiga malam dan menumpang di rumah Datuk Dagang Haji Said, bapa mertua kepada Tambi Abdullah yang terkenal kaya di Kuala Lumpur. Dari Melaka mereka belayar menuju ke Pengkalan Kempas. Dari situ Haji Abdullah Hukum mengambil upah menggalas kain daripada seorang saudagar kain keturunan Kerinci, iaitu Haji Abdul Rahim untuk pergi ke Sungai Ujong. Mereka tinggal di situ selama lapan hari dan disebabkan tiada pekerjaan yang sesuai, mereka mengikut orang-orang menggalas kain untuk pergi ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dikatakan banyak pekerjaan, seperti boleh bertanam sayur dan melampan bijih timah.
Haji Abdullah Hukum telah menetap di Selangor selama lebih daripada 85 tahun, iaitu semasa berumur 24 tahun di bawah kerajaanMelayu (1850-1874) dan 61 tahun di bawah pemerintahan kerajaan kolonial British (1874-1930-an).
Haji Abdullah Hukum telah tinggal lama di Tanah Melayu dan hidup di dua zaman yang berlainan iaitu lebih dua dekad hidup di zaman "keris dan pemuras" di bawah pemerintahan kerajaan Melayu dan lebih enam dekad selanjutnya di bawah pemerintahan kolonial British.
Di sepanjang zaman tersebut beliau telah terlibat dalam berbagai-bagai kegiatan untuk mencari rezeki. Mula-mulanya beliau bekerja dengan Sutan Puasa, mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) dan selepas itu melampan di Setapak selama beberapa tahun. Tidak lama selepas itu ia menjadi petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.
Haji Abdullah Hukum juga pernah menjadi juak-juak kepada Raja Mahmud bin Tengku Panglima Raja, seorang pembesar Selangor. Belia turut memainkan peranan dan terlibat dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.
Selain itu beliau pernah menjadi peniaga kain di Semenyih, membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Haji Abdullah Hukum di¬angkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut. Beliau juga pernah menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dariPahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga mendapat kebenaran membuka kebun di Bukit Nenas dan membuka kawasan perkampungan Sungai Putih, iaitu di Jalan Bangsar kini. Akhirnya beliau menetap di Sungai Putih, iaitu di kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum. Beliau telah dilantik oleh Sultan Sir Abdul Samad (1857-1898) sebagai salah seorang ketua masyarakat di Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk. Apabila umurnya meningkat hampir 80 tahun (1912) beliau memohon bersara dari jawatan ketua itu dan mendapat pencen daripada kerajaan.
Haji Abdullah Hukum mempunyai seorang anak lelaki beliau adalah Haji Mahmood saudagar kain yang kaya pada zaman sebelum jepun menduduki Tanah Melayu. Pada tahun 1930-40an Haji Mahmood mempunyai dua anak lelaki iaitu Hashim dan Rahim. Dipercayai Haji Abdullah Hukum amat sayang kepada dua orang cucu lelaki nya. Mengikut sejarah masyarakat setempat di Kajang Haji Mahmood adalah seorang Melayu kaya yang pemurah, beliau suka menderma dan memberi makanan kepada penduduk fakir dan seluruh penduduk Kajang, bak kata orang Minangkabau " Haji Mahmood berantai baik nya "

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 12:55 PM | Show all posts
x leh bayangkan perasaan dato mustafa maarof masa tu. sadis sguh kisah ni. Semoga dapat tangkap pembunuh ni. Nampaknya org yg beliau sayang meninggal awal. contohnya ayah beliau and wife (roseyatimah)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2014 05:16 PM | Show all posts
the_killer posted on 5-5-2014 10:51 AM
ramai tak tahu sapa abdullah hukum

yELAH...SAPA YG KENA HUKUM OLEH ABDULLAH?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 02:49 PM | Show all posts
kes lama klau dpt tau cerita sebenar..apa yg boleh dibuat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 03:01 PM | Show all posts
Ntah2 pembunuh pun dah meninggal...


Al Fatihah seniman Mustafa Maarof
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 03:41 PM | Show all posts
Komrade posted on 17-5-2014 07:16 PM
Nama asal Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun dan kemudiannya digelar mengikut adat sebagai A ...

mohon kekalkan nama Abdullah Hukum pada kawasan KL Eco City....kalau nama stesen lrt/komuter pun kene tukar, mmg kesian kt sejarah kg tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 03:59 PM | Show all posts
Tak pelik.. lihat ajer bagaimana bank bumi dimusnahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 03:18 PM | Show all posts
Bank Kebangsaan Melayu - Malay National Bank Ltd




- Al-Manak Melayu terbitan 1952

Sumber : Omar Bachok


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer replied at 5-5-2014 10:48 AM
ni mesti minangkabau.....orang minangkabau memang mahir bab bisness..berbanding melayu tulen yang ma ...

tu melayu tulen duluuuuu

melayu tulen sekarang mahir bab merempit dan nagih dadah!

skibidi bom bom!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer replied at 5-5-2014 10:51 AM
ramai tak tahu sapa abdullah hukum

pak sedara dolah badawi...btui??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066430 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list