View: 2243|Reply: 2
|
Kerjaya sebagai PENYAPU SAMPAH
[Copy link]
|
|
Adakah kerjaya sbg PENYAPU SAMPAH tiada masa depan?
Tolong ulas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba-tiba tergerak nak tulis entry pasal makcik-penyapu-sampah. Tadi masa duduk dalam dewan exam, I duduk tepi pintu. Pintu tu lutsinar. So, boleh nampak luar. Tengah fikir-fikir jawapan apa nak tulis, mata melilau ke luar. Nampak kelibat makcik-penyapu-sampah.
Makcik tu dah berusia. Beliau berdua dengan kawannya, juga seorang penyapu sampah. Nampak kawan dia bongkok, mengelap sesuatu di lantai. Mungkin ada kotoran. Dan makcik-penyapu-sampah pula sibuk menyapu sampah.
Tiba-tiba dalam hati ni rasa sayu. Kesian tengok makcik-penyapu-sampah menyapu sampah itu. Memang beliau mencari rezeki yang halal, tapi dengan umur yang telah lanjut, sepatutnya makcik-penyapu-sampah tengah duduk rumah, tengok tv dan rehat.
Makcik-penyapu-sampah perasan I sedang memerhatikan beliau. Bila beliau pandang muka I jer, I senyum. Dan makcik-penyapu-sampah tu senyum kembali kepada I. Lepas tu, cepat-cepat I habiskan menulis jawapan pada kertas.
Zaman sekolah.
Dulu masa sekolah, I pun mempunyai perasaan yang sama apabila melihat makcik-penyapu-sampah. Rasa sedih. Macam nak tolong jer beliau menyapu sampah. Pernah sekali tu, tengah makcik-penyapu-sampah tu menyapu sampah di kaki lima sebelah kelas I, ada seorang budak perempuan buang sampah melalui tingkap. Kesian makcik-penyapu-sampah itu terpaksa menyapu. Yang paling sedih sekali, budak perempuan tu adalah anak makcik tu sendiri. Hmmm~~ :"(
Zaman Diploma.
Dulu masa diploma, I ambil course Land Survey. So, I banyak field work. Ada satu hari tu, I ada field work dekat kawasan perumahan Section 2, Shah Alam. Pagi-pagi lagi tercongok dekat tepi jalan. Then, Majlis Bandaraya Shah Alam punya lori sampah lalu. Nak kutip segala bagai sampah dekat kawasan perumahan tu. Bila lori lalu dekat kawasan site survey I, I cepat-cepat tutup hidung, tahan nafas. Normal lah kan lori sampah bau busuk.
Tapi salah seorang pengangkut sampah tu perasan I tutup hidung. Then, I syak beliau kecik hati. Beliau cakap dengan I, "Jangan lah sombong sangat". I terus tersentap. Start dari hari tu, I takkan tutup hidung sebab I tau, mesti pengangkut sampah tu kecik hati. Walaupun busuk, I akan tahan nafas.
Sebab kalau kita fikir, siapa lagi nak angkat sampah, nak sapu sampah dekat kawasan awam? Korang nak ker? Mesti korang malu kan? Walaupun kerja itu HALAL, tapi mesti ada yang malu. I pun tergolong dalam golongan yang macam tu.. I bukannya manusia yang berhati kental. Mereka tu orang-orang yang terpilih. Mesti mereka banyak dapat pahala kan? :")
So kesimpulannya, jangan lah pandang rendah pada orang-orang yang kerja macam tu. Mereka pun manusia, ada hati, ada perasaan. Kalau nampak mereka, senyum lah. Senyum tu kan sedekah. Tak luak pun, malah korang akan dapat pahala tauuu! Heeee~~
http://www.intanurulfateha.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|