CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56045|Reply: 2

TANDA-TANDA PEREMPUAN KELUAR AIR MANI

[Copy link]
Post time 15-4-2014 11:57 AM | Show all posts |Read mode
TANDA-TANDA PEREMPUAN KELUAR AIR MANI | Ramai suami isteri pada masa kini tidak mengetahui sama ada air mani isteri mereka sudah keluar ataupun tidak semasa bersetubuh. Bagaimanakah rupa air mani perempuan? Bagaimana hendak memastikan dan mengetahui air mani isteri telah keluar?





Soalan

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan.

Walau bagaimanapun, sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenal pasti bagaimanakah rupa mani perempuan.

Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.

Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?

Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?

Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan

Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat.

Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut.

Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani.

Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.

Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was.

Wallahu A’lam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 06:40 AM | Show all posts
badan dh menggeliat suara pun serak2 basah.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 02:26 PM | Show all posts
Rasa kenikmatan yang teramat sangat.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.342652 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list