Salam semua. pakcik ni nak mintak pendapat yang arif hal anak anak ni. meh pakcik cito apo yg membuku dalam palo hotak dan jiwa rago pakcik ni.
pakcik ni ado anak seorang ( Hero ). lasak eh cukup menghiburkan. umur eh 1st april ari tu genap 3 tahun. pakcik anta an dio ni kek umah pengasuh eh. sejak umur eh 8 bulan. apo yang pakcik peranti kan, perangai eh sgt pemalu dgn org yg dia tak kenal. tapi kalo dgn omak ayah eh,... becok ngalah an nenek joyah. tapi sejak umur dia masuk 2 tahun... perangai eh masih mcm tu juga. cuma yang ketara suka pukul org, setakat muko pakcik ni.. dah naik lali kono lompang dek anak pakcik ni. tu x polah. gurauan lah kot. pakcik selalu ckp bila dia buat benda salah, ALLAH marah. ALLAH x syg kalo buat x baik. dia paham la sekejap. x sampai 30 minit... sampai balik lompang eh tu. pakcik list kan lah sonang nak nampak point eh.
> kalo dia marah, dia akan meneran dan menjerit. sampai nampak urat kat leher eh. kuat lak tu jerit eh.
> dah nampak perangai melawan eh tu. kalo pakcik marah dia, dia akan cibir lidah eh kat pakcik.
> kalo dia x dpt apa dia nak, dia akan guling gulingkan badan dia, hempas badan dia kat lantai. kalo kat shoping komplek tu... mmg parah la pakcik.
> selalu sebut perkataan kentut, walaupun dah bagitau x baik ckp mcm tu
> akan baling barang atau mainan hingga rosak.
tiga point yang atas tu paling pakcik risau. sebelum ni, dia tidak lah sampai mcm tu bila x dpt apa brg yang dia nak. sekarang dah makin teruk pulak.
pakcik ada bertanya kat tempat pengasuh eh tu. pengasuh eh tu dia panggil cikgu. cikgu tu kata, ada sorang budak kat situ yg tua setahun dari anak pakcik ni. anak pakcik berkawan baik dgn budak tu. mmg berdua je lah apa apa pun. pakcik pernah nampak yang budak tu masa kat pengasuh eh, mengamuk mcm yang pakcik ckp tadi la. hempas badan. pukul pukul cikgu eh. pakcik agak dan rasa la, anak pakcik terpengaruh dengan perangai budak tu. bukan pakcik nak kata budak tu jahat. cuma budak tu LASAK SGT. dan cikgu anak pakcik tu sendiri akui, perangai anak pakcik dah sebiji mcm budak tu. pakcik percaya anak pakcik terikut perangai dengan budak tu.
pakcik ado terpk nak tuka pengasuh, tapi bukan senang nak tuka. kebanyakkan pengasuh x buka pada sabtu. pakcik mo bini pakcik kojo hari sabtu.
pakcik kojo shah alam. bini pakcik kojo PJ. umah lak kat ampang. sobab dah boli umah kek situ. pengasuh anak lak kat ampang juga lah. dokek dgn umah. pakcik hari hari pk apo nak buek.
boleh x nak minta pendapat pada yg arif hal ni. pakcik risau jika berterusan makin teruk. pakcik bukan nak salah kan budak tu, tapi pakcik kono cari jalan untuk kebaikan anak pakcik sendiri
Susah ni. Hantar pergi pengasuh lainlah. Biar kita susah-susah dulu. Takut bila perangai anak dah sebati, takut dah tidak boleh berubah lagi.
Disambing tu, rajinlah baca ayat-ayat pelembut kat anak ni supaya hati dia lembut. Baca surah taha ayat 1-5 dan tiup atas ubun ubun anak. Sentiasalah berdoa dan minta pertolongan dari Allah agar dapat melebutkan hati anak ni dan semoga anak dapat jadi anak yg solleh.
Kena ambil tindakan segera. Nak melentur buluh, biarlah dr rebung.
Ehem ehem... pakcik... dari pengalaman aku yg dah ada 2 anak ni (5 tahun & 2 tahun)... walaupun anak aku dua2 pompan... aku tetap garang dgn derang... berbanding dgn bini aku... bini aku pun garang kalu dia pukul siap pkai hanger baju... aku lak biasa pukul kat kaki or tgn jer... senang ckp aku lg garang laa... tp aku syg anak2 aku... and derang pun manja dgn aku....
secara zahir nyer mmg nampak mcm aku ni ganas kalu nk menghukum anak2... bg aku pukul or mrh tu bukan benci tp syg... niat aku nk didik anak2 aku... pasal aku tgk anak2 jiran lain kalu dtg umah aku mcm jakun... ada yg selamba conteng dinding umah aku... anak aku sendiri tak penah conteng dinding... pasal dia tau mende tu salah...
lagi satu anak2 aku tak penah sentuh handphone aku... walaupun ada gak sesekali mintak nak main game... aku x bagi... itu rules aku... disebabkan bini aku terlalu pemurah nk bg main handphone... haa tak pasal handphone jatuh and screen retak... pasal anak2 yang wat... jd itu laa beza nyer kalu kiter kene strict sket... bukan lokek tp itu adalah satu rules utk didik anak2...
kalu pakcik letak anak2 kat childcare... jgn 100% harap childcare nak didik anak2 kiter... kiter sbg parents kene didik anak2 kiter sendiri... camner nak didik tu sendiri laa yg pikir...
lg satu aku dulu suker kat bebudak tp lepas kawin aku cuma layan anak 2 aku ajer... anak2 org laen aku tgk2 gak kalu nampak ligat semacam or perangai xleh blah... aku x layan sgt... anak2 aku sendiri pun x terlayan lg nk layan kerenah anak org... huhuhu!!!
Ok kalu ada aper2 keraguan bole tny lg kat sini.... sekian...
Better bawa g cek ngan doktor pakar kanak2.. takut dia ni hyperaktif or autism... or mmg dia terikut ngan perangai budak lain.. coz maybe dia observe, klu mengamuk, dpt apa dia nak.... or maybe itu cara dia nak tarik perhatian.... Pokoknya, byk kemungkinan so pakcik kena bawa berjumpa dgn yg pakar la. Jgn dibiar, kang susah nak bantu dia dah. Klu doktor dah dpt detact masalahnya, mudah nak plan cara nak bantu anak pakcik tu.
Byk2 bersabar ya, budak2 bukan taw fikir benda betul or salah lagi. Jgn lupa berdoa. Insya Allah, doa ibu bapa ni makbul.
setiap kali dia buat bagi time out. memang letih. tapi lama2, dia akan dengar kata. sebab time out to dia kena duduk diam di suatu tempat. bagi budak benda tu sangat tak best. boleh cadangkan cikgu buat gitu jugak. sebab time out ni kita tak perlu jerit, pukul etc. bila dai buat benda tak betul kita bagi time out.
pakcik_kayo posted on 18-4-2014 10:14 AM
munchkin. boleh x pakcik nak tahu time out menda. mcm mana dan apa? pakcik x paham.
time out tu hukuman yang dikenakan pada kanak2 tanpa melibatkan kekerasan/pukulan/jeritan.
kita bagi tahu dekat kanak2 tu dia dah buat salah. kemudian kita bawa dia ke suatu sudut. sudut tu mestilah takde mainan barangan, tv dsb tempat kena sunyi senyap. tiada gangguan supaya dia boleh fikirkan apa yang dia telah buat salah. seeloknya mata kita pun dapat lihat sudut tersebut. kalau ada jam besar, kita letakkan jam tu di hadapan dia. kemudian kita bagi tahu, dia dah buat nakal. kita tak boleh terima kenakalan tu. dia kena duduk diam kat situ. dia ikut umurlah masa tu. kalau 2 tahun, seeloknya 2 minit. kanak2 tu kena duduk diam selama masa yan kita tetapkan. kalau dia lari ke tempat lain, kita kena angkat dan letak balik. bagi tahu dia lagi dia kena completekan masa tu dengan duduk diam/behave. selagi dia tak habiskan masa tu, selagi tu kita kena ulang ulang angkat.
eventually kanak2 tu terpaksa duduk diam sebab selagi dia tak duduk diam, dia "tahu" dia akan kena time out. oleh itu, next time bila dia buat nakal, kita tanya dia nak kena time out ke? dia akan kata tak nak.
ada sebelum ni bertanya ttg anak dia kecil yang sukar nak tido. dia akan menjerit nangis tak mahu tido. tapi bila orang tak nampak memek muka dia bertukar. saya explain, kanak2 ni pandai. they know which button to push. so saya bagi tahu, suruh naik tido ngan anak tu, bacakan buku cerita. and jangan bagi apa yang dia hendak. make sure tv semua tutup dan tiada gangguan. malam tu dia buat, dia kata ok.
and jangan ingat kanak2 is kanak2 yang tak tahu apa2. actually mereka ni pandai. cuma tinggal kita nak bentuk sahaj
kanak2 ni selalu dapat reward untuk even benda yang dia buat salah. itu pasal, dia tahu kalau dia buat salah pun dia akan dapat benda yang dia suka. so benda ni jadi tak elok. dia nak something dia kena earn. tapi janganlaj kita mewahkan anak2 dgn hadiah. bagi mereka sticker untuk good behaviour. bawa mereka berjalan di taman sebagai reward atas good behaviour. gitulah.