CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: neyssa

umrah dan mahram..warga forum. minta tolong. :-)

[Copy link]
Post time 22-4-2014 06:54 AM | Show all posts
salam...

kalu nak bincang dari segi hukum, maaf la aku tak bapa pandai.. pada pendapat aku kalu makcik ko pergi sorg2 tanpa mahram rasanya tak berdosa, kalau tak mesti pmpn umo 45 tahun ke atas pun Arab Saudi suruh bawak mahram...part pasal kenduri bukan wajib..cuma adat kita buat kenduri sebab nak bersedekah disamping ada bacaan doa n yasin utk minta perjalanan kita dipermudahkan oleh Allah.. umrah ni bukan semua org "berhajat" nak g ..maksud aku walau gaji berkepuk2 jika tak dpt hidayah, takkan jejak punya bumi Mekah tu.. semua ni atas jemputan-Nya.. Pasal makcik ko putuskan siratullrahim, memang la berdosa.. sebab itu disarankan sebelum g umrah, kita  byk2 kan buat solat taubat.. nak tau or tak makcik ko dpt umrah maqbul ko tgk pas balik umrah mcm mana sikap makcik ko..jika berubah 360 darjah, insyaAllah dpt la tu..

kalu ikutkan peraturan Arab Saudi y baru memang org pmpn bawah 45 tahun kena bawak mahram LELAKI..
so maknanya mahram pmpn even mak, macik, nenek semua tu tak boleh...


sekarang tak leh nak tumpang2  mahram sebab prosedur ketat gila dah.. insyaAllah sabtu ni aku akan g umrah..(first time..nebess..doakan aku ye).. dari pengalaman aku nak dpt visa umrah, pihak Arab Saudi nak surat beranak Original punya hokey, termasuk jugak salinan surat beranak y dicopkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara SAHAJA..cop ketua penghulu ketua kampung ketua polis ketua politik sekali pun tak leh pakai hokey.. ingat surat beranak bukan y zaman dulu punya tulis tangan.. nak surat beranak y komputer punya.. g jer JPN nanti dorg printkan..kos dlm rm5..

ditambah pulak kami nak p 4 beranak iaitu ayah, mak dan adik lelaki dan kami ambik sebilik.. oleh itu kena sertakan sijil nikah ori parent dan surat beranak ori adik aku jugak..tp adik aku tak perlu bawak salinan surat beranak y dicopkan pengesahan sebab dia lelaki..

satu lagi tambahan utk pmpn y umo bawah 17 tahun kena pergi ditemani dgn ayah dan mak.. bermakna jika Datuk nak bawak cucu umo 17 tahun kebawah jika tanpa parent, adalah tidak dibenarkan...

~ Pihak agensi aku cakap..sebenarnya masalah Visa cuma 10% sahaja..2 minggu sebelum flight baru pihak agensi submit borang Visa, dlm 3 hari siap dah..  lagi 90% sebenarnya masalah kapal terbang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056275 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list