CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 16

wasiat. tolong saye boleh?

[Copy link]
Post time 5-4-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam warga forum, ada sesuatu yg saya tk berape nak paham. Ceritanya mcm ni..
Makcik saya sekarang da tinggal sorang,dia da becerai, anak tunggal dia da meninggal..so dia da tkde sesape. Tapi adik beradik makcik ada 7 orang, means makcik pakcik saya la.

Saya pulak satu2nye anak saudara yg rapat ngan dia. Masalah mula timbul  apabila dia mewasiatkan semua harta2 nye kepada saya. Perkara ni dibantah oleh pakcik saya. Katanya, adik beradik dan ibu mereka masih hidup lg jadi mengikut hukum Islam, tak bole beri pada anak saudara.

Tapi sefaham saya, jika makcik masih hidup, dia berhak menentukan sape yg berhak ke atas hartanya dan bole meletakkan org yang dikehendaki sbg pewaris hartanya. Dan hanya jika makcik da meninggal dunia sebelum sempat meletakkan pewaris terhadap hartanya,dengan itu baru bole ikot hukum faraid,di mana harta mkck wajib dibahagikan kepada ibunya serta adik beradiknya. Tolong betulkan saya jika saya salah.

Sekarang semua pakcik makcik menentang tindakan mkck meletakkan nama saya sbg pewaris. Sy tk kisah pun suma ni. Cuma nk tau, sape yg berhak jd pewaris harta mkck? Saye,iaitu anak saudara atau adik beradik dia?  sekian . Diharap dapat membantu :-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 02:20 PM | Show all posts
Ni setakat sy pahamla:
1. Klu makcik berhasrat nak bagi semua harta dia kpd awak, buat hibah iaitu makcik kena tukar nama harta dia pd awak semasa dia madih hidup

2. Sekiranya dia wasiat harta dia menjadi hak awakhanya lps mati:
- mungkin makcik dah melakukan maksiat pd Allah
- can be contested in courts dimana mungkin semua harta akn difaraidkan
-sekiranya rezeki menyebelahi awak, bolehla kot claim 1/3 ( max amount yg boleh diwa iatkan pd non waris)
-dlm kes ni awak hanya pewaris aka pentadbir harta yg wajib memastikan waris yg berhak dpt bhg mereka secara adil. Or else awaklah yg akn menanggung dosa makan harta yg bukan hak awak.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2014 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu posted on 5-4-2014 02:20 PM
Ni setakat sy pahamla:
1. Klu makcik berhasrat nak bagi semua harta dia kpd awak, buat hibah iaitu  ...

Maaf,saya tk paham yg no.2   . Tolong detailkan lg bole?

Ape beza hibah dan wasiat? Dan mengenai harta makcik pula, dia cuma tukarkan nama dia kepada saya pada akaun simpanan tabung haji dan simpanan bank dia. Adakah itu menyalahi hukum islam ?

Dan mcm yg awk ckp td,sy cuma pentadbir harta,means lepas mkck da meninggal,saye wajib bahagikan simpanan bank dia kepada adik beradik dia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 02:35 PM | Show all posts
Wasiat pd amnya org execute lepas pemunya harta mati.

Hibah ni tukar nama masa hidup. In your case dia transfer semua duit simpanan dia kpd awak kan? Bolehke main tukar nama account owner? Klu fia keluar sema duit dia bg kwt awak masa dia tengah hidup ni tak ada sapa berhak pertikaikan sama ada skrg atau bila dia dh mati. Ada org buat surat hibah supaya pewaris yg berhak x boleh timbulkan isu ini.

Exactly apa yg makcik awak dah buat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2014 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu posted on 5-4-2014 02:35 PM
Wasiat pd amnya org execute lepas pemunya harta mati.

Hibah ni tukar nama masa hidup. In your cas ...

Alamak,sory saya tersalah paham. Makkck sy cuma letak nama sy sebagai pewaris pada akaun simpanan tabung haji dan simpanan bank dia. Bukan tukar nama. Yg tu mane bole. Hehe sory tersilap

..kami ada pegi bank dan tabung haji dan saya nampak la yang nama saya di key in sbg pewaris pada akaun simpanan makck oleh petugas tersebut. Mungkin makcik patot buat surat hibah kot..bole bantu saya cara2 nk buat hibah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 02:44 PM | Show all posts
Wasiat dlm konteks pembahagian harta pusaka islam hanya layak untuk bukan waris (awak bukan waris dia ikut syarak) dan max amt dia ialah 1/3 harta yg ready untuk dibahagi secara faraid.

Mcm kwsp tu, kita kan kena letak penama, sb kwsp ni kena faraid. Penama x boleh bolot semua kt dia tapi dia wajib tadbir harta tu on behalf pewaris berhak ikut hukum syarak.

So, in your case makcik anggap awak penama saja ka atau penerima harta dia? Kslau penerima and awak x mau pewaris lsin contest buatla surat hibah dgn lawyer. Komponen hibah nama harta mesti bertukar masa makcik hidup.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2014 02:53 PM | Show all posts
Cari lawyer syarie ler baginfool proof stamped bagai. Tak pyh bgtau kt sedara lain, diam2 la spy tak jadi gaduh kemudian hari.

Makcik tu tak mati pun dah kecoh hab harta apatah lg bila dia mati nnt. What she also can do klu dia masih tanggung mak pak dia bahagi siap2 la masa dia masih hidup ni kt depa dlm bentuk hibah I.e gift

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 03:07 PM | Show all posts
Utk akaun tbg haji, nama tu hanyalah sbg pemegang amanah spy th tak pening n perlu deal dgn ramai waris yg nak menuntut.

The tricknya kat sini berani ke makcik awak bagi duit2 dia kat awak? Buatnya awak kawen dan awak mati dulu, adakah makcik tu akan memyesal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 03:07 PM | Show all posts
Thread menarik. Banyak info berguna dari @baulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2014 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu posted on 5-4-2014 02:53 PM
Cari lawyer syarie ler baginfool proof stamped bagai. Tak pyh bgtau kt sedara lain, diam2 la spy tak ...

Ok sy da paham. Mkck saya sebenarnya tk brape ngam ngan adik beradik dia. Thats y dia tanak bg kt dorang. Dia cuma nk sy je yg jd penerima harta dia.. Ttg hidup mati saya lepas sy da jd penerima harta mkck, wallahualam..sy pun tak tau masa depan saye mcm mane. Moga allah permudahkan segala urusan saye dan mkck :-)

Ok in dat case,mkck kena buat surat hibah dan kena upah lawyer syarie utk menjadikan sy sbg penerima harta dia? Mcm tu?

Dan simpanan tabung haji tu,bukan hak saye la ye? Means lepas dia da tkde,sy yg kena uruskan dan bhagikan kepada yg layak? Begitu? Jd, yg awak kate kena buat hibah tu, utk harta simpanan bank dia sajela ye? Maaf sy masih kurang jelas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 04:09 PM | Show all posts
Hibah boleh dlm bentuk apa pun hatta sekor hamster.

Hibah ni b arab utk gifts utk org yg disayangi.  Org bg hibah semasa hidup dan hadiah tersebut menjadi hak penerima w/pun pmberi masih hidup. Hibah ni agak loose terutama bila kene berhadapan dgn sedara2 pelahap. Sebab tu terbaik ada lawyer utk saksikan transaction hibah.

Datuk sy melaksanakan hibah utk anak2 dia sb dia dh allocate sorang anak dpt berapa keping tanah termasukla barang kemas arwah nenek. Bagi dia lebih adil bagi anak2 sama rata dan tanah dilotksn sebelah menyebelah supaya semangat adik beradik ttp utuh. Dia hanya hidup sekadar makan pakai laki bini dan jln2 ke rumah anak2 dia. Bila dia mati, anak2 tak terkocoh2 cari gran tanah sana sini, cek hutang sana sini. Dia pergi tanpa anak pening bab harta selain baju2 dan periuk belanga.

Dlm kes duit th, klu makcik nk jugak bg discussla dgn lawyer berapa portion boleh bg. Altho max 1/3 kena jugak kira total harta ada dan tolak itu ini. Klu hubungan amat baik makcik bg jerla kt awak sbg hadiah masa hidup ni. Let her tunsikan haji dia dulu. As it is nama awak hanyalah sbg pentadbir harta tak berupah untuk waris makcik yg pelahap tu. Sorry.....to sayla.

Dalam hal hibah semua bergantung pada kepercayaan makcik awak pd awak. Kalau dia nak awak jd penerima harta dia simply to spite waris dia, maknanya dia kena tukar nama harta dia ada kepada awak dan bg semua duit dia nk bagi pd awak semasa dia madih hidup. Baru dikatakan hibah dan tak boleh dicontest waris sebenar.

Wallahualam Last edited by baulu on 5-4-2014 04:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu posted on 5-4-2014 04:09 PM
Hibah boleh dlm bentuk apa pun hatta sekor hamster.

Hibah ni b arab utk gifts utk org yg disayang ...

Saye da paham :-)

Alhamdulillah terima kasih banyak2 sbb sudi membantu..

Moga Allah membalas jasa baik awak. Amin.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 05:40 PM | Show all posts
No problem. Yg sy share konsep basic dan direct ikut hukum islam.
.
Actually ada lg cara lain mcm product trustee-format yg boleh direvoke terms dia. Cuma kena search la kt penasihat2 wasiat yg mana satu syariah compliance. Boleh jugak form satu entreprise atau syarikat ataas angin supaya makcik ada easy access pd duit dlm syarikat yg dipunyai awak. Ni semua jln kompleksla dan guna masa dan byk duit admin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum @baulu @neyssa,

Kebiasaan fitrah manusia biasa ni bila sampai perkara harta pusaka ni boleh jadi putus persaudaraan.  Bila kita cuba menyelesaikan suatu masaalah, tetapi sebenarnya akan timbul masaalah lain.  Hibah sememangnya akan menyelesaikan masaalah harta pusaka dan tidak timbul masaalah untuk faraid nanti.  Tetapi ada beberapa perkara yang patut kita fikirkan sama.  Untuk menyelesaikan satu masaalah lain yang berkaitan syariat, jangan kita abaikan perkara yang pada asasnya juga sebahagian dari syariat .

Mari kita sama-sama menilai ayat quran dan hadith berikut:
Wahai sekalian manusia, penuhilah kewajibanmu kepada Allah. Bahwa Allah, kepada-Nya dan kepada keluargamu, kamu bertanggung jawab. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu. (Q.S. an-Nisa’:1)

“Dan apabila kerabat-kerabat itu hadir di masa pembagian pusaka, demikian pula anak-anak yatim dan orang-orang miskin yang hadir padakala itu, maka hendaklah kamu berikan kepada mereka barang sedikit dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”. (Q.S. An-nisa’:8).[3]

“Allah tidak menerima sedekah seseorang yang diberikan kepada seseorang, jika ada bagi yang memberikan itu, kerabat yang memerlukannya. Demi Tuhan, yang diriku di tangan-Nya, Allah tidak melihat kepada orang itu di hari kiamat”. (H.R. Ath Tabrani).

“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah setamsil dua belah tangan yang sebelah membersihkan yang sebelah lain”. (H.R. Abu Nu’aim).

Para kerabat itu apabila telah berkasih sayang, pasatilah mereka saling membantu”. (H.R. Ath Thabrani)

“Berkata Khalid ibnu ma’ dan, ujarnya: saya mendengar Rasulullah saw. Bersabda: “ Bahwasanya Allah memerintahkan kamu memenuhi hak ibumu (tiga kali beliau mengulangi kata-kata tersebut). Sesudah itu beliau bersabda pula: “Dan memerintahkan kamu memenuhi hak ayahnya (dua kali beliau ulangi perkataannya itu). Sesudah itu beliau bersabda lagi: “Dan memerintahkan kamu memenuhi hak orang-orang yang paling dekat, sesudah itu orang yang paling dekat”. (H.R. Ibnu Majah)

Last edited by ibnur on 6-4-2014 12:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:42 PM | Show all posts
Kita amat digalakan untuk memberi nasihat.  Tetapi untuk mengatakan seseorang itu pelahap adalah diluar tanggungjawab kita.  Apa lagi kita langsung tidak mengenali orang-orang berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:52 PM | Show all posts
Antara kewajipan mukminin dan mukminat ialah untuk menjalankan perintah Allah.

Saya melihat Faraid adalah salah satu perintah Allah.  Juga Hibah adalah satu perkara sunnah.  Sekiranya Hibah tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang sepatutnya, maka harta yang ditinggalkan simati itu wajib difaraidkan.  Sesiapa yang menjalankan faraid mengikut hukum yang ditetapkan, inshaa Allah, akan mendapat ganjaran pahala dan harta warisan yang diberkati juga.

Bukanlah maksud saya hibah itu tidak mendapat ganjaran dari Allah.

Tetapi, pada pendapat saya, hanya kerana persilisihan keluarga adik beradik, maka digunakan satu kaedah untuk mengelak satu kaedah.  Dan kedua-dua ini adalah halal.  Ini bukan cara mengeratkan silaturrahim.

Adalah lebih utama sekarang ini ialah cik @neyssa lebih mengutamakan hubungan keluarga makcik neyssa dan supaya masaalah mereka diselesaikan terlebih dahulu.  sekiranya sudah tiada masaalah dan hubungan mereka kembali erat, maka tiada masaalah akan timbul sekiranya harta makcik itu dihibahkan.  Inshaa Allah.  

Saya doakan semoga Allah berikan yang terbaik bagi keluarga makcik neyssa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2014 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur posted on 6-4-2014 12:52 PM
Antara kewajipan mukminin dan mukminat ialah untuk menjalankan perintah Allah.

Saya melihat Farai ...

Masalah keluarga saya ni da berlarutan sejak sy di bangku sekolah rendah sehinggalah umur saya 28 tahun. Semua tu adalah di luar kawalan saya..saya hanya menolong makcik sy menguruskan hartanya mengikut kehendaknya..entahlah. Semoga Allah menunjukkan jalan kepada mereka semua utk berdamai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.125460 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list