CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: rami_ayyash

Apa beza Wahhabi dan Salafi?

[Copy link]
Post time 19-12-2004 01:23 PM | Show all posts
Di al-ahkam.net ada keterangan ttg Wahhabi yang saya jumpa:

http://www.al-ahkam.net/forum2/v ... mp;highlight=wahabi

- Secara umumnya Syiekh Mohammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama' yang bermazhab Hanbali yang banyak dipengaruhi dengan fikrah Ibn Taimiyah, bangun ditengah-tengah masyarakat yang pada masa itu melakukan perkara-perkara yang kurafat.

-Kitab beliau yang masyhur ialah Kitaab al-Tawheed yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Beliau juga masyhur di kalangan masyarakat baik dulu dan sekarang sebagai penentang kepada amalan bid'ah.

-Sinonim perjuangan beliau ini yang menyebabkan ustaz-ustaz yang menyeru kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw di cop sebagai Wahabi. Beliau cuba membawa masyarakat Islam kearah ajaran Islam pada zaman salaf.

-Kaedah keras atau tidak, kesemuanya bergantung kepada pendekatan dan hikmah yang dibawa oleh pendakwah itu sendiri. Begitu juga dengan corak pemahaman atau background pendakwah tersebut.

-Terdapat di kalangan ulama'-ulama' di dalam pentafsiran hadith, ada di kalangan mereka yang agak rigid. Maknanya pemahaman sesuatu hadith berdasarkan kepada harfiah. Akan tetapi, terdapat juga dikalangan ulama' yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw juga, mengamalkan pendekatan yang agak global. Mereka mengarapkan beberapa pertimbangan dan realiti kehidupan didalam memahami sesuatu hadith.

-Apa yang terjadi pada masa kini ialah, tidak kiralah samada pendakwah itu pro-wahabi atau pun tidak, kaedah dakwah yang diambil janganlah terlalu inginkan cepat untuk mencapai natijahnya sehingga mengabaikan realiti yang ada. Ia mesti realistik! Apa yang perlu diwujudkan ialah kefahaman yang jitu di kalangan audiencenya dan bukannya memaksa mereka menelan apa sahaja yang mereka katakan.

-Secara akademik, pemikiran dan karya Ibn Taimiyah dan Sheikh Abdul Wahhab memang agak terserlah juga dinegara kita Malaysia terutamanya di pusat-pusat pengajian tinggi. Malahan, dinegeri Perlis, mereka menerima pemikiran ulama bermazhab Hanbali ini dengan baik. Karangan ulama'-ulama' ini yang paling banyak diterjemahkan di dalam Bahasa Indonesia, lantas menjadikan negara Nusantara yang paling banyak menterjemah bahan bahasa melayu yang aliran fikrah sebegini.

-Kesimpulannya, mereka yang mencontohi manhaj Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab bukanlah satu fahaman baru, cuma ia merupakan perjuangan untuk menegakkan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, sebagaimana yang perjuangkan oleh Syiekh Muhammad bin Abd Wahab keatas masyarakat yang sezaman dengan beliau. Sedar atau tidak sedar, beliau juga menjadi serangan dan sasaran puak-puak orientalis, Nasrani dan Yahudi.

-Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga memberi penjelasan bahawa pihak orientalis, Nasrani dan Yahudi sentiasa melabel-label golongan-golongan Islam dengan pelbagai-bagai panggilan, contohnya Islam pertengahan, Salafi Haraki, Salafi Wahabi, Islam Sunni, Islam Sufisme dsb, agar dapat melaga-lagakan umat Islam, lantas dapat melemahkan mereka.

Natijah yang wujud kini ialah umat Islam telah mula mencemuh di antara satu pemikiran dengan satu pemikiran yang lain. Ada yang menkafirkan yang lain, ada yang menbid'ahkan di antara satu sama lain, sehinggakan perkara khilaf dan furu' dianggap sebagai satu jurang pemisah yang besar diantara mereka.

-Hasilnya, umat Islam berpecah. Maka lahirlah umat-umat Islam yang kurang ajar dan biadap terhadap ulama'. Senang-senang sahaja ulama' yang banyak berjasa terhadap umat diperlekehkan. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan ulama'-ulama' seperti Imam Syafie rh, Imam Hanafi rh, Imam Malik rh, Imam Hanbal, Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Membicarakan fatwa-fatwa mereka bukan bererti mengkritik dan mengutuk mereka, malah kita memperkayakan khazanah fiqh Islam yang amat tinggi nilainya.

-Apa yang perlu kita ambil ialah sikap yang terbuka di dalam menilai sesuatu pemikiran. Biarlah kita fikir secara rasional, menilai kembali dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, dan melihat dari sudut kacamata manhaj ahl sunnah wa al-jamaah. Label Wahabi, Salafi, Fundamentalist, Kaum-Muda dan sebagainya tidak penting, apa yang penting ialah isi kandungan ajarannya samada ia bersesuaian dengan Al-Quran dan Sunnah, dan tidak mengada-adakan sesuatu yang baru didalam Islam.

(bersambung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2004 01:25 PM | Show all posts
Sebagai penutup, disini kami cuba memetik fatwa yang dikeluarkan oleh Syiekh Ibn Jibrin mengenai Wahabi.


الواجب على المسلم أن يقبل تعاليم الإسلام ، ويعمل بها ، فمتى سمع بقول أو عمل يكون دليله من الكتاب والسنة فعليه أن يقبله وأن يقدمه على ما سواه ، وأن يعرض أقوال الناس على الأدلة الشرعية ، ويأخذ منها ما وافق الدليل . وقد عُلم أن الشيخ محمد بن عبد الوهاب _ رحمه الله _ كانت دعوته إلى التوحيد وألّف في ذلك كتابه المشهور الذي هو كتاب التوحيد ، واقتصر فيه على الأدلة الواضحة من الآيات القرآنية والأحاديث النبوية الصحيحة ، وشرحه حفيده عبد الرحمن بن حسن ، وغيره من العلماء ، ولهذا لم يقدر أحد من خصمائه أن يردّ على هذا الكتاب ، ولا أن يُبطل أدلته ، وإنما جمعوا أكاذيب عليه واعتقدوا صحتها ، فلذلك اعتقدوا أنه على ضلالة وألحقوا به علماء المسلمين كالشيخ ابن باز والشيخ الألباني رحمهما الله ، ومعلوم أن المشائخ المذكورين لم يخرجوا عن القول الصحيح في الاعتقاد والعمل ، وأنهم على ما كان عليه الصحابة والتابعين والأئمة الأربعة وأصحاب الكتب الستة وغيرهم . أما الذين لا يعترفون بهم فإنما ذلك لجهل أو تقليد ، أو حسد أو عناد أو اتباع للأهواء ، أو تمسك بالعادات والتقاليد والبدع والمنكرات المخالفة للدليل ، وقد ردّ عليهم العلماء المتقدمون والمتأخرون فيجب اتباع الدليل وتقديمه على قول كل أحد .

"Orang Islam wajib menerima ajaran-ajaran Islam, dan mengamalkannya. Apabila mendengar perkataan atau amalan yang disertakan dengan dalil dari Al-Quran atau Sunnah, maka ia wajib menerima kenyataan tersebut dan memberi prioriti(keutamaan) keatasnya mengatasi segala perkara yang lain. Ia hendaklah merujuk apa yang orang lain kata dengan kenyataan bukti dari syariah, dan hanya menerima pandangan yang berdasarkan kepada dalil. Telah maklum bahawa Shiekh Muhammad bin Abdul Wahhab rh telah mengajak masyarakat kepada Tauhid dan telah menulis buku yang sangat termasyur iaitu Kitaab al-Tauhiid. Didalam buku ini beliau menghadkan dirinya hanya memetik bukti-bukti yang jelas dari ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw yang sahih. Komentar buku ini telah ditulis oleh cucu beliau Abdul Rahman bin Hasan dan lain-lain sarjana. Malah tiada seorangpun penentang beliau menafikan buku ini atau mendakwa kenyataannya palsu. Mereka telah mengada-adakan pembohongan dan kepercayaan yang palsu terhadapnya, agar orang percaya bahawa beliau telah menyeleweng. Mereka memberi label yang sama kepada ulama Islam yang lain seperti Syiekh Ibn Baaz, Syiekh Ibn Utsaimin dan Syiekh Al-Albani. Adalah maklum bahawa Syiekh-syiekh yang kami sebut tadi tidak menyeleweng dari pendapat yang benar baik dari segi aqidah dan amalan; mereka mengikuti contoh dari jalan yang sama dengan Sahaabah dan Taabi'een, empat-empat Imam, pengarang-pengarang kepada Kitab Hadith yang Enam (al-Kutub Al-Sittah) dan lain-lainya. Mereka yang tidak menghargai mereka samada secara jahil atau tidak, mengikut yang lain secara membuta, cemburu, degil atau mengikut keinginan dan kehendak masing-masing, atau patut kepada tradisi, bid'ah atau perbuatan buruk yang melanggar bukti-bukti syariah. Ulama dahulu dan sekarang membuktikan bahawa mereka-mereka ini salah. Maka kita hendaklah mematuhi bukti-bukti dan melebihkannya dari semua pandangan orang" - tamat petikan fatwa Ibn Jibrin.

WA.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 31-12-2004 01:28 PM | Show all posts
Nahzaluz,

terima kasih ..kerana memberi penjelasan yang panjang lebar..saya baru perasan sebab sibuk kat M & M.....

sebenarnya, saya dah baca semua alasan-alasan yang diberikan oleh golongan yang menyokong fahaman Wahabi itu sebelum ini....sebelum saudara letakkan di dalam forum ini....

bagaimanapun, dengan segala rendah hati saya mohon maaf kerana saya tidak dapat menerima segala penerangan yang sdr berikan itu kerana hujah yang diberikan oleh golongan yang menyatakan fahaman Wahabi adalah BUKAN dari ahl sunnah wal jamaah adalah lebih kuat.

mengenai peranan orientalis di dalam mengelirukan pemahaman orang muslim itu, insyaAllah saya berpendapat saya sudah mempunyai pengetahuan mengenai sepak tendang mereka di dalam mengelirukan umat Islam...bagaimanapun dari apa yang saya tahu, fahaman Wahabi mendapat satu kedudukan istimewa oleh pihak barat (pemerintahan British) DAN ia tidak disekat oleh pihak orientalis/westernise seperti yang saudara katakan itu...malahan ada bukti beliau (Muhammad Abd Wahab) di pengaruhi oleh Hempher seorg orientalis/Yahudi  yang merupakan pengintip yg dihantar ke Timur Tengah. Saya suka sekali kalau saudara Nahzaluz dapat melayari laman web http://www.sunna.info yang boleh anda akses sama ada menggunakan bahasa Arab atau bahasa Inggeris.

sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidang akademia, saya bukan senang untuk bertaklid buta tanpa memahami dan mengkaji sebelum saya berpegang kepada sst pendapat. Bukan untuk menyombong dengan ilmu yang saya ada sehingga rasa diri sudah cukup ilmu untuk tidak menerima pendapat orang lain atau tidak rasional di dalam membuat penilaian seperti yang saudara katakan itu...

tetapi apa guna ilmu, apa guna kefahaman kalau menerima sst yang anda sendiri tahu ia tidak ada hujah yang kuat malah tersangat sumbang untuk diterima oleh akal sekalipun...

kelemahan umat Islam sekarang tidak kira sama ada yang berpendidikan sekular atau berpendidikan agama sekalipun adalah kerana :

kajian mendapati sudah ratusan tahun,  ilmu-ilmu agama sudah dirosakkan oleh orientalis dengan ilmu-ilmu agama dicaing-caing, disiat-siat dan dijadikan spt ideologi (kosong dr segi roh). Para ilmuan agama yg lahir sudah terbentuk menjadi org yg jumud, tidak terbuka utk terima ilmu yg selain dr apa yg mrk belajar secara rasmi. Mungkin ada yg membaca ini merasa pelik dengan statement ini, tapi atas dasar tgjawab saya harus menyampaikan perkara ini....walaupun saya tahu, ia mungkin menyinggung to whom it may concern, tetapi memang pahit untuk menyatakan kebenaran...

inilah taktik orientalis...inilah juga yg menyebabkan masyarakat Acheh yang betul-betul berpegang dengan ajaran agama telah tertipu dengan ulamak munafik mereka Hj Abdul Ghaffar atau nama sebenarnya Snouck Hurgronje yang melingkar seperti ular meresapi fahaman agama umat Acheh dengan bertopengkan sebagai ulamak islam yang sudah masuk Islam dan tidak ada siapa yg menyangkal kedalaman ilmu pengetahuan beliau kerana lamanya beliau belajar di Timur Tengah dan datang ke Acheh menyamar sebagai ulamak...beliaulah yang merosakkan kesucian tarekat sufi di Acheh sehingga kesufian yang benar di pesongkan sehingga menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam sendiri....dan beliau juga yg mengarahkan supaya ulamak yg benar yang tidak tertipu dengan liciknya penipuan beliau ditentang habis-habisan seperti yg berlaku kepada kepimpinan perjuangan Cut Nyak Dien dan ulamak serta pengikut-pengikut mereka ..sejarah menyaksikan mereka kalah tetapi kekalahan mereka bukan bererti mereka TIDAK BENAR dan tidak bererti mereka KALAH, tetapi itulah sambungan perjuangan kepada janji-janji Allah bahawa akan ada setiap masa golongan yang akan mengzahirkan kebenaran bukan hanya memperkatakan kebenaran....dan perjuangan ini berterusan sehingga akhir zaman...

masanya telah tiba untuk kita memperbetulkan keadaan..sesuailah dengan janji Allah SWT di akhir zaman ini..

tak perlu saya jawab setiap apa yang sdr paparkan itu, kerana saya fikir sdr sendiri boleh mencari ilmu untuk membuat perbandingan antara fahaman Wahabi dan fahaman Ahl Sunnah Wal Jamaah...tetapi kalau saudara hanya merujuk kepada website yg saudara berikan dan rujuk seperti yang saudara bentangkan di dalam forum ini maka saya yakin saudara tidak akan dapat membuat perbandingan yang tepat.

saya berpegang teguh pada pendirian saya kerana saya menghormati ilmu dan kefahaman yang Allah SWT berikan kepada saya. Dan sekiranya saya tersalah, doakan semoga Allah SWT berikan petunjuk dan hidayahNya.

Wallahu a'lam...
  


[ Last edited by hafizi on 1-1-2005 at 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

tr This user has been deleted
Post time 13-3-2005 02:25 PM | Show all posts
kalau nak tahu lagi ttg salafiah ni baca kitab karangan dr muhd sai`d ramadan al buti yg bertajuk السافية مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي  atau boleh tanya kat dr. ramadan buti  sendiri kat www.bouti.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:21 AM | Show all posts
Berpeganglah pada ASWJ dan berusaha menjauhi golongan syiah.

Syiah sangat jahat ketika zaman nabi dahulu. Selalu menipu. Membunuh. Dan melakukan kemungkaran secara terang-terangan. Moga kita terlindung dari golongan ini.

*peace*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058908 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list