CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 14

Dakwah tak perlu tunggu diri sempurna

[Copy link]
Post time 12-3-2014 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Dakwah tak perlu tunggu diri sempurna

Muslim patut baiki diri, ambil peduli kerosakan dalam masyarakat

Berdakwah, menyuruh berbuat kebaikan dan menegah kejahatan adalah kewajipan setiap Muslim. Insan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar adalah insan yang setia mengamalkan suruhan agama dan sangat bertakwa.

Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling baik adalah yang paling tenang, bertakwa, giat menyuruh kepada yang makruf, giat melarang kemungkaran dan paling rajin bersilaturahim.” (Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling baik adalah yang paling tenang, bertakwa, giat menyuruh kepada yang makruf, giat melarang kemungkaran dan paling rajin bersilaturahim” (Riwayat Imam Ahmad)

Tugas dakwah ini tidak terletak di bahu individu atau kelompok tertentu seperti difahami sesetengah orang. Ia tanggungjawab dan kewajipan seluruh umat manusia kerana salah satu antara ciri-ciri orang beriman ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Kita pasti menepati watak umat terbaik jika berterusan menegakkan tugas dakwah. Jika perkara ini tidak dititikberatkan dan tidak menjadi amalan rutin dalam kehidupan sehari-hari, tentu kita akan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT.

Gambaran Muslim sejati
Seorang Muslim yang baik bukanlah hanya berbuat baik terhadap diri sendiri, sentiasa beramal soleh dan membenci segala bentuk maksiat tanpa ambil peduli terhadap kerosakan yang terjadi dalam masyarakatnya.

Muslim yang baik cenderung memperbaiki dan menerangi orang lain demi kasih sayang kepada sesama manusia serta cintakan kesejahteraan hidup masyarakat.

Inilah sebenar-benar Muslim yang digambarkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)

Meskipun begitu, masih ada kekeliruan mengenai tugas mulia ini apabila ada beranggapan tugas dakwah tidak wajar dilakukan dengan alasan dirinya belum cukup baik. Anggapan demikian hanya akan membantutkan kegiatan dakwah.

Jika harus menunggu diri menjelma sebagai manusia yang serba sempurna, nescaya dakwah tidak mungkin dilaksanakan, orang yang mengamalkan ajaran Islam tidak bertambah bahkan semakin berkurang, manakala maksiat berleluasa tanpa halangan.

Kita harus mengakui hakikat seorang insan tidak ada yang sempurna melainkan mempunyai kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, jika ada peluang untuk mengajak kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran, ia perlu segera dipenuhi meskipun diri belum cukup baik serta sempurna.

Imam Hasan al-Basri berkata: “Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, sebab aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan kuranglah orang yang memberi peringatan.”

Diri tak sempurna bukan alasan

Daripada Anas, katanya, kami bertanya: “Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran. Maka Nabi SAW bersabda: “Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.” (Riwayat Tabrani)

Diri yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk lepas tangan dan terkecuali daripada kewajipan berdakwah. Keengganan berdakwah sementara dia mampu untuk melakukannya, hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang berada dalam suatu kaum, dia berbuat maksiat di tengah mereka dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka seksaan sebelum mereka mati (mereka akan menerima banyak musibah di dunia).” (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)




Comments

cukup baik, cuma perlu bawakan taraf hadis supaya kita tahu darjat hadis itu...ya.  Post time 16-3-2014 03:36 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 06:17 PM | Show all posts
Betul. Tapi hakikatnya ramai je yg rasa inferior dalam nak menyampaikan @ berdakwah atas alasan diri tak sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 06:48 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




setuju....


Ibarat org memberi.....ada sikit...boleh bagi sikit...yg ada banyak..bolehle bagi banyak banyak...



Tapi..kalau mcm kata degrandlite ada yg inferior..
itu satu hal..

YG tak best juga...Ada yg terlebih perasan bagus


Hingga habis semua org/jamaah disalahkan...diri dia seorg je yg betul...


Sebab tu..kalau kita tengok org Alim dulu dulu..(org Tua Tua)...

kadang...bila ada org  yg kena  komplen...dia tak terus menyalahkan...tapi..dia aka suruh siasat dulu....

Biasa dulu dulu Uncle dengar org alim suka sebut..." MUNKIN PADA ILMU DIA BEGITU..."

"ada Ilmu Dia"..ni sebenarnya sebagai "LAPIK" yg perkara tu kena siasat dulu....apa alasan seorg tu buat sesuatu?...tak terus disalahkan!...& apa bila "penjelasan" tu diketahui..& didapati "Benar salah"..pada masa tu..barulah diambil tindakan...(malah kadang tindakan yg lebih tegas drp yg kita bayangkan! )


Uncle bukan nak kata sesiapa...tapi senario "sering menyalahkan " ni sering kita lihat di forum ini juga...

Munkin...kita "TERLUPA" atau "BELUM" baca Artkel Manja Riang Ria ini...


Nah bunga..

semoga artikel Manja ni kita sama sama ambil manafaat...

p/s : klu ucle cadangkan nama "lara" tu tukar kpd "Ria bole..."MANJARIA"...  

semoga manja sentiasa Riang Ria..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 07:23 PM | Show all posts
burungantu posted on 12-3-2014 06:48 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

w'salam....

hhmmm..pd pendapat manja la..
setiap antara kite..ade personality type masing2..

kes yg uncle cerita ni mcm salah..1 dari 4 main personality type..
hehe..sorry kluar topic..tp mcm menarik sj nak share..

P/S:..uncle.., i am who i am..nak terima manja+lara ke..x..terpulang..thanx 4 t flower...

CholericStrengths
D or Dominantin the DISC Profile Tool
The Extrovert | The Doer |The Optimist

The Choleric's Positive Traits
* Born leader
* Dynamic and active
* Compulsive need forchange
* Must correct wrongs
* Strong-willed anddecisive
* Unemotional
* Not easily discouraged
* Independent and self sufficient
* Exudes confidence
* Can run anything

The Choleric's Negative Traits
* Bossy
* Impatient
* Quick-tempered
* Can't Relax
* Too impetuous
* Enjoys controversy andarguments
* Won't give up whenloosing
* Comes on too strong
* Inflexible (only my way is the right way)
* Is not complimentary
* Dislikes tears andemotions
* Is unsympathetic




Last edited by manjalara_01 on 12-3-2014 07:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:39 AM | Show all posts
saya setuju ngan artikel ni...cuma mod, sorry to say x perlu kot nk bukti hadis2...kita (al insaan) patut ikut sunnatullah berpandukan wahyu (alquran)..hadis ialah cakap2 yg kita sendri xtau sohih atau x...

sy pon dalam proses belajar...dan dlm usaha jgk nk dakwah...sama2 kita jgn berhenti mncari kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 11:28 PM | Show all posts

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

Faedah daripada Nas

Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »


Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)


Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:


1) Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa

menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya

sepotong ayat.


2) Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya

begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat

Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki

memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu

daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”


3) Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang

datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga

daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.


4) Ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu

tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada

Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai

perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!


5) Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada omongan

panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana

satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Jalla

wa ‘Ala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 12:02 AM | Show all posts
Ayun_Maiden posted on 19-3-2014 11:28 PM
بَلِّغُوا عَنِ&#1617 ...

salam...abg maideen..

thanx 4 sharing..
deep...sgt tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 07:57 AM | Show all posts
manjalara_01 posted on 20-3-2014 12:02 AM
salam...abg maideen..

thanx 4 sharing..

Sama2lah bersalaman antara kita ... Tetapi kena berlapik tau . Kalau tak berlapik baik tak payah bersalam


Cukuplah macam yang anda buat , setakat mengucap salam ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2014 04:58 PM | Show all posts
Ayun_Maiden posted on 20-3-2014 07:57 AM
Sama2lah bersalaman antara kita ... Tetapi kena berlapik tau . Kalau tak berlapik baik tak payah b ...

eheheh..

alaa..abg maideen..jgn la emo2..
karang berjangkit kat manja..susah pulak...
waaaah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 11:18 PM | Show all posts
manjalara_01 posted on 12-3-2014 07:23 PM
w'salam....

hhmmm..pd pendapat manja la..

                                                                                 The Choleric's Negative Traits
* Bossy
* Impatient
* Quick-tempered
* Can't Relax
* Too impetuous
* Enjoys controversy andarguments
* Won't give up whenloosing
* Comes on too strong
* Inflexible (only my way is the right way)
* Is not complimentary
* Dislikes tears andemotions
* Is unsympathetic


aku suka tol la yg ni
lebih2 lagi yg ada tuuuuu

aku nambah le cikit

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempurnakanlah iman barulah berdakwah. Sempurnakanlah petunjuk barulah bertaqwa.

So topik ini tak sejajar dgn syariat yg dibawa oleh baginda Rasullullah saw kerana berorientaliskan pola pemikir barat. You test 999 time and 1 time probally you will success.

Corak pemikiran taqwa itu mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengetahui tujuan yg sebenar sehinggalah masyarakat suka kpd pandangan duniawi pada kaca mata agama. So saya bg tajuk ini 0 bintang kerana menjurus jalan kezaliman dan kesesatan.

Sampaikanlah 1 perkataan yg benar jika mengakui kebenaran ilmuNya atau jika 1 perkataan itu menjurus ke arah perpecahan ummah disebabkan oleh kejahilan, maka 1 perkataan yg batil jika di diamkan boleh menyelamatkan byk jiwa dari diseksa diakhirat kelak.

Wallah Hu alam
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandanglah langit jika mahukan kebenaranNya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 06:56 PM | Show all posts
medium nak sampaikan kerja dakwah skrg ni dah terlalu banyak
cuma yang kita kena pastikan samada kerja dakwah yg kita nak sampaikan tu
akan jadi 'pencetus' Silaturrahim atau 'pemutus' Silaturrahim
Silaturrahim bkn cuma sesama Islam je .
skrg ni apa yg aku nampak muzik blh jadi salah satu medium utk sampaikan kerja dakwah
cuma jgn keterlaluan je dgn muzik yg melailaikan
Wallahu'alam  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 09:21 PM | Show all posts
kalau kita dapat didik diri utk jadi agen'pencetus' Silaturrahim,
cuba elakkan drpd jadi agen 'pemutus' Silaturrahim
Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052618 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list