CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1917|Reply: 12

Lain Budaya, Lain Fatwanya

[Copy link]
Post time 7-3-2014 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Lain Budaya, Lain FatwanyaDisiarkan pada May 3, 2012

LAIN BUDAYA, LAIN FATWANYA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Minggu lepas saya tidak menulis. Saya agak sibuk melayan rombongan Ahli Majlis Fatwa Perlis yang melawat UK dan Spain. Rombongan disertai S.S Mufti Negeri dan beberapa ahli fatwa yang lain. DYTM Raja Muda Perlis sebagai diPertua MAIPs mengetuai delegasi. Sebagai bekas Mufti Perlis dan masih menjadi ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), saya yang berada di UK ini mengambil peranan bersama rombongan di sini dan Spain.
Seperti biasa, Raja Muda Perlis akan mengenakan jadual yang agak ketat kepada ahli-ahli rombongan beliau. Lawatan, perjumpaan dan perbincangan di sana dan sini. Setiap ahli diberikan tugasan menganalisa tempat yang dilawati ataupun perjumpaan yang diadakan. Kemudian dibentangkan. Saya melihat banyak manfaat yang jika dihayati akan berperanan dalam pembentukan fatwa.
Sebenarnya, kembara dan memerhati perbezaan budaya dan latar manusia adalah penting sebelum seseorang meletakkan sesuatu penilaian ataupun hukum. Ramai orang melawat tempat orang lain, tetapi hanya asyik melihat bangunan dan pemandangan cantik sahaja tanpa mempelajari perbezaan budaya dan adat manusia.

Gambar: Penulis dan ahli-ahli Fatwa Perlis mendengar taklimat di Alhamra, Spain
Dalam fatwa memahami latar budaya dan adat amatlah penting. Mengetahui latar isu sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan adalah satu kemestian. Hanya kebelakangan ini apabila munculnya golongan literalist terutama di beberapa Negara Teluk, mereka membid’ahkan apa yang disebut sebagai Fiqh al-Waqi’ (understanding the reality in the light of jurisprudence) ataupun fekah berdasarkan realiti. Kejumudan yang seperti itu boleh menatijahkan fatwa yang menyusahkan dan tidak kena pada tempatnya.
Golongan yang menentang fatwa berasaskan latar realiti ini kononnya kerana menganggap hukum Allah semua sama di setiap tempat, zaman dan individu. Pada asasnya, kenyataan itu mungkin betul jika setiap tempat, zaman dan individu mempunyai keadaan dan latar yang sama. Namun realitinya dunia sentiasa berubah.
Budaya dan masalah di setiap zaman dan tempat juga tidak sama. Nabi s.a.w sendiri dalam pelbagai hadis memberikan jawaban yang berbeza-beza bagi satu soalan yang sama disebabkan latar penyoal dan keadaan semasa. Sebab itu kita dapati jawapan Nabi s.a.w bagi soalan seperti “Apakah amalan yang terbaik?” dan “Berikan pesanan untukku” berbeza-beza berdasarkan latar penyoal.
Demikianlah hukum agama dalam Islam ini. Terdapat perkara yang tetap tidak boleh berubah seperti solat, puasa, haji dan yang seumpamanya. Namun terdapat banyak hukum yang berkait dengan latar keadaan manusia terutama yang membabitkan urusan muamalat seperti urusan jual-beli, sewaan, riba, pakaian, pergaulan dan seumpamanya.
Al-Imam Ibn Qayyim dalam karyanya yang terkenal I’lam al-Muwaqqi’in meletakkan satu babTaghaiyur al-Fatwa wa Ikhtilafuha bi Hasbi Taghaiyur al-Azminah wa al-Amkinah wa al-Ahwal wa al-Niyyat wa al-‘Awaid (Perubahan fatwa dan perbezaannya berdasarkan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat).
Fahami Budaya
Justeru, para ulama Usul al-Fiqh menegaskan hal ini sejak dahulu. Kata al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H):
[size=1em]“Jika kita keluar dari satu negeri ke negeri yang lain yang adat (kebiasaan) mereka berbeza dengan adat negeri kita maka kita berfatwa berdasarkan adat negeri mereka dan bukan adat negeri kita. Demikian juga jika seseorang datang dari negeri yang adatnya berbeza dengan adat negeri kita, maka kita tidak boleh berfatwa melainkan dengan adat negerinya bukan adat negeri kita”. (Al-Ihkam fi Tamyiz bain al-Fatawa wa al-Ahkam, m/s 218. Syria: al-Matbu’at al-Islamiyyah).
Bahkan al-Imam al-Qarafi sekali lagi dalam karyanya al-Furuq dengan tegas menyebut:
[size=1em]“Jangan sepanjang hidupmu jumud dengan baris-baris ayat dalam kitab. Apabila datang seseorang dari negeri yang iklim (budaya) berbeza denganmu meminta fatwa, jangan engkau hukum berdasarkan keadaan negerimu. Hendaklah kamu tanya keadaan negerinya dan nilai serta fatwalah berdasarkan keadaan itu. Bukan keadaan negerimu dan apa yang tertulis dalam kitab-kitab. Inilah kebenaran yang nyata. Jumud dengan petikan-petikan (kitab) pasti satu kesesatan dalam agama, kejahilan terhadap maksud para ulama Islam dan golongan salaf yang lampau”.
Inilah yang kita lihat kepada sesetengah fatwa ulama zaman ini yang tidak mengikuti keadaan semasa. Tidak memahami realiti baru umat Islam dan perubahan dunia. Ada yang begitu literal sehingga mengambil fatwa-fatwa muamalat dan siyasah dari para ulama yang dangkal tentang hal politik dan berada dalam iklim yang berbeza serta kepentingan yang tersendiri.
Inilah yang berlaku kepada golongan literalist di Barat yang memetik fatwa-fatwa muamalat dan politik dari negara-negara Teluk seakan wahyu yang tidak boleh diubah. Apa kurangnya juga di negara kita apabila ada yang menganggap semua fatwa dalam kitab dahulu, ataupun dari ulama dokongan mereka itu sesuai untuk semua keadaan tempat. Ada pula yang memetik fatwa sempit tertentu kononnya mengundi dalam pilihanraya itu haram sebab zaman sahabat tiada pilihanraya!
Al-Imam Ibn ‘Abidin (meninggal 1252H) menyebut dalam Nashr al-‘Uruf:
[size=1em]“Kebanyakan hukum berbeza disebabkan perbezaan zaman, perubahan keadaan, suasana darurat ataupun kerosakan di mana jika hukum itu kekal seperti sebelumnya akan menyebabkan kesusahan dan mudarat kepada manusia. Sedangkan kaedah-kaedah syarak itu dibina atas meringankan, memudahkan dan menghalang mudarat dan kerosakan. Oleh itu, uruf (kebiasaan) berubah dan berbeza disebabkan perbezaan zaman. Jika berlaku uruf yang baru, maka mufti pada zaman kita hendaklah berfatwa berdasarkan uruf itu dan hendaklah berbeza dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab.
[size=1em]Maka golongan yang terkemudian yang menyanggahi apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab dalam perkara-perkara yang pernah dibahaskan dahulu, sebenarnya tidak menyanggahinya melainkan disebabkan perubahan zaman dan uruf. Mereka tahu, jika tuan punya mazhab berada pada zaman mereka akan memberikan pendapat yang sama. Maka mufti hendaklah memberikan fatwa berdasarkan uruf zamannya sekalipun menyanggahi ulama terdahulu”.
Ikuti Perkembangan
Maka bagi golongan ulama pada zaman ini, di mana dunia teknologi berkembang begitu pesat, penting untuk mereka melihat hukum hakam syarak dan pendekatan agama luar dari kerangka kitab yang mereka baca. Mereka mesti mampu untuk keluar dari kerangka petikan-petikan hukum yang lampau yang mempunyai konteks yang berbeza. Masyarakat di Eropah umpamanya dalam hukum-hakam muamalat dan siyasah tidak boleh terikat dengan fatwa-fatwa Arab Saudi ataupun Malaysia yang tidak luas dalam hal-hal seperti itu. Latar keadaan juga berbeza. Apatahlagi jika sesuatu fatwa mempunyai pengaruh budaya dan politik tertentu.
Maka malang, jika mereka yang belajar di Negara-Negara Teluk cuba menegaskan agar wanita di negara lain turut memakai pakaian hitam seperti wanita Teluk. Itu hanya adat mereka yang bukan warisan salaf untuk dihayati. Demikian juga memakai purdah amat tidak sesuai untuk difatwakan di Barat ini.
Bahkan al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut dalam Iqtida Sirat al-Mustaqim tentang keadaan muslim yang berada di negara bukan muslim:
[size=1em]“Sekiranya muslim berada di negara musuh, ataupun negara kufur yang tidak musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalam mereka untuk dimaklumkan kepada orang muslim ataupun menghalang bahaya mereka terhadap orang muslim ataupun selainnya yang merupakan niat yang baik”.
Maka, penafsiran hadis-hadis Nabi s.a.w dan penukilan fatwa terutama yang membabitkan soal muamalat dan politik hendaklah dilihat dalam kerangkan teks dan konteks. Bukan kerana sesuatu nas hadis itu tidak sesuai, tetapi latar keadaan yang telah berubah. Ia memerlukan ijtihad baru dalam kerangka yang baru. Kata Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam al-Madkhal al-Fiqh al-‘Am :
[size=1em]“Betapa banyak hukum yang dahulunya perongkai dan penyelesai masalah yang berkesan dalam suasana zaman tertentu, namun selepas beberapa jenerasi ia tidak lagi mencapai maksudnya. Mungkin memberikan kesan yang sebaliknya disebabkan perubahan keadaan, pendekatan dan akhlak… di atas asas ini diletakkan kaedah fekah “Tidak dinafikan perubahan hukum disebabkan perubahan zaman”.
Kembara dan memerhati suasana orang serta memahami budaya mereka amatlah penting. Ramai yang mencerca Barat dan mereka yang tinggal di Barat, tetapi tidak memahami latar budaya dan falsafah mereka dalam kehidupan. Lebih buruk lagi, ada yang ingin mengenakan fatwa sempit di negaranya kepada umat di Barat ini. Lebih buruk ada yang ingin mengenakan hukum-hakam syarak yang dirumuskan oleh ulama untuk umat yang hidup di kurun-kurun yang lalu kepada umat yang hidup di kurun teknogi dan segala kecanggihan dan perubahan cara fikir dan budaya hari ini. Maka, penting untuk memahami realiti sebelum berfatwa, jika tidak kita akan menjadi fatwa itu literal yang sempit dan memundurkan umat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2014 10:20 PM | Show all posts
apa bentuk pemikiran Tariq Ramadhan ye...

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:57 PM | Show all posts
Fahaman Wahabi kot ?

Teknologi boleh berubah , tetapi tidak bagik Syariat .

Jika dahulu boleh naik unta tetapi zaman sekarang boleh naik kereta malah naik roket pi ke bulan .


Dan memilih Pemimpin tetap bermesyuarah ( bermesyuarat ) seperti yang berlaku pada zaman Khulafa Ar Rasyidin dan pada zaman tabiin. Itulah sunnah Nabi .


Manakala pilihanraya atau mengundi adalah Sunnah Yahudi .


.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 11:26 PM | Show all posts
Fatwa tu yg Arab, org Melayu dolu-dolu kata petua
Ofkos berlainan ikut budaya masing-masing

Wlpn di sini xda unta
x pernah ada fatwa yg membenarkan meroket ke bulan
kununnya kecanggihan teknologi boleh memendekkan akal sesetengah umat
- lbh pendek drpd sejengkal gtu...


p/s: N Korea pn dh mendarat kt matahari...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 12:12 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 7-3-2014 11:26 PM
Fatwa tu yg Arab, org Melayu dolu-dolu kata petua
Ofkos berlainan ikut budaya masing-masing

Kira ko anggap sama ker fatwa dengan petua ? Tak kan macam tu sekali ajaran ustazah ambiGAY  ?


Haku rasa baik ko pi mengaji kat pondok . Sekurang2nya 40 hari . Cuma jangan masa dok kat pondok ustaz Bangla atau ustaz Pakistan atau ustaz Arab yang penuh dengan berjambang  tu datang ko pulak cabut lari



.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 12:37 AM | Show all posts
budakecik posted on 8-3-2014 12:12 AM
Kira ko anggap sama ker fatwa dengan petua ? Tak kan macam tu sekali ajaran ustazah ambiGAY  ? :do ...

Sikit-sikit ustazah ambiGAY, sikit-sikit ustazah ambiGAY...
- tup-tup dh sampai bulan meroket...tu je la.


Petua tu nasihat org tua yg diwarisi turun-temurun
bkn semua kata org tua bole jd petua tau...
- org tua yg ada authority je i.e. berilmu, arif lg berpengalaman

Fatwa pn sama, tp authoritynya je yg berbeza...

Hang blaja skolah pondok mana smpi jd lagu ni?
- org dok ngaji smpi mati pn x abis-abis, hang blajaq 40 hari je??? Pelik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2014 01:59 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Apa yg diceritakan kat Artikel TT tu simple je & memang dah biasa dalam kehidupan kita hari hari...


kesimpulannya simple je.....itulah yg dinamakan Ilmu USUL FIQH..


&


Cth Kaedah Fiqh (qawaid al fiqh)..اليقين لا يزال بالشك   ,   
لا ضرر ولا ضرار

& kaedah ke 5...

العادة محكمة

Ulama yg di iktiraf sebagai pelopor Ilmu Usul Fiqh ni adalah Imam Syafie!


Dalam "AR Risalah."..Imam Syafie susun sebagai satu bidang ilmu khusus ilmu..

Dalam Al Umm pun...ulama kata ada 26 Kaedah Fiqh!...

memanglah Usul Fiqh penting ...kalau dak bagaimana nak tau hukum yg tak disebut Rasullullah s.a.w...



TAPI..


PELIK BIN AJAIB


Bila dikatakan tak ikut Mazhab Syafie.....Marah....

Tapi...macamana sekarang?...IMAM SYAFIE PUN DAH JADI WAHABBI KE????


Pelik nya.........









"Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?"

Jawab Muaz ,

"Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran."

Tanya Rasulullah lagi; "Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?"

Kata Muaz; "Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith).

"Rasulullah bersabda lagi :

"Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?",

Jawabnya; "Aku akan berijtihad."

Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda :

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya."


(Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 06:09 AM | Show all posts
-Majlis Fatwa kat Malaysia pon berbeza ikut negeri, fatwa negeri A kata Haram tapi fatwa negeri B kata Harus itulah yg dikata berbeza mengikut pengaruh budaya dan politik.

-sekarang rokok bukan kategori Haram seratus tahun akan datang mungkin rokok itu menjadi haram disebabkan zaman itu ramai yg mempunyai kesedaran bahawa rokok itu memudaratkan kesihatan. Fatwa berubah mengikut pemikiran masyarakat setempat ketika itu.

-Cuma aurat aku masih kabur , kalau dulu di malaysia aurat wanita hanya sekadar berpakain sopan dan sehelai selendang, adakan ini dikata fatwa mengikut zaman berkenaan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 11:52 AM | Show all posts
stania83 posted on 8-3-2014 06:09 AM
-Majlis Fatwa kat Malaysia pon berbeza ikut negeri, fatwa negeri A kata Haram tapi fatwa negeri B ka ...

Sejak bila ada fatwa aurat wanita mcm tu.

Ada sorang great-great-great grandfather ni, dia tgh menunggu nk pi haji naik kapal laut. Tetiba dia tertidur dan bermimpi keadaan wanita yg tak menutup aurat sedang tersiksa di neraka. Walhal masa tu kan zaman ala ala ayu pakai selendang susun bunga melur kat sanggul. Bangun dia dari mimpi menangis dia dan suruh anak bini serta sedara perempuan dia menutup aurat, in this case rambut tu.

Orang berfatwa dalam perkara2 baru yg tak de direct hukumnya dlm Alquran dan hadith. Kalau Allah dah perintah tutup aurat dan rasulullah dah detailed out macam mana, buat apa nak keluar fatwa lagi.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 07:51 PM | Show all posts
Lagi satu hal iaitu fitnah terhadap institusi mufti ni.
sampai common dikalangan penduduk dunia, yg tak faham Islam lah, melihat fatwa ni sebagai
kata putus dari ulama untuk kontrol ummat Islam awwam.
Bukan sekali ditonton dalam Tv, dialog "I come with fatwa....he put this fatwa on me"...(padahal yg bercakap tu bukan Muslim pun, dan perkara tu bukan pasal Islam pun)

dan ada jugak yg nampaknya melihat ini tradisi 'mengangkat pendita menjadi tuhan'

Padahal fatwa dikeluarkan kena dengan dalil, perbincangan...lepas itu, fatwa tu kena pulak dipertanggungjawabkan kepada yg buatnya. Berat tu.
So...biar orang lain memlawakkan fatwa ni. Jangan kita tumpang sekaki. Dahlah kadang2 tak ikut, melawakkan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 09:12 PM | Show all posts
Setiap benda ada rumus UMUM yg standard......


kemudian jangan lupa ada rumus khas atau KHUSUS utk kes2 terpencil....

YANG PENTING JANGAN RIGID PAKAI RUMUS UMUM UTK SEMUA HAL....
ATAU PAKAI RUMUS KHAS UTK SEMUA HAL...

TETAPI KITA KENA DYNAMIC MEnggunakan solusi yg sesuai samada nak guna rumus general atau khas....


wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 12:12 AM | Show all posts
amukgemuk posted on 8-3-2014 07:51 PM
Lagi satu hal iaitu fitnah terhadap institusi mufti ni.
sampai common dikalangan penduduk dunia, yg ...

Patutnya fatwa yg dikeluarkan drpd badan yg bebas (x terikat)
- spy lbh terbuka/bebas dan x bias kpd isu tertentu shj...

Setiap fatwa perlu diperjelaskan kpd umum i.e. rasionalnya, sbb2, hikmahnya, etc.
- mengeluarkan rakyat drpd perkara2 syubahat - kegelapan kpd cahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 07:06 AM | Show all posts
salam

Mufti keluarkan Fatwa
Mujtahid keluarkan Ijtihad


sooo .. well ..
they ada dia punya own board community n council n jurisdiction ..
mereka mengetahui perkembangan setempat dalam semasa ..
secara systematic approach .. d'dalam maslahatan setempat ..

beyond us .. itz not our job ..

wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.069255 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list