View: 1989|Reply: 0
|
Hyundai Intrado tampil dengan konsep penuh logikal
[Copy link]
|
|
Hyundai Intrado tampil dengan konsep penuh logikal
Kenderaan konsep sememangnya mampu menjadi tarikan utama di mana-mana pertunjukan auto. Mempunyai rekaan yang futuristik dengan pelbagai elemen menarik antara teras utama ia bakal menjadi tarikan.
Hyundai Motor juga tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan jentera konsep terbaharunya iaitu Intrado, yang bakal dipamerkan di Geneva Motor Show dua minggu akan datang.
Intrado merupakan gambaran tentang kenderaan yang bakal diproduksi pada masa akan datang. Selain mengetengahkan imej yang penuh bergaya, Intrado diterjemahkan menerusi kepercayaan Hyundai terhadap teknologi kenderaan pada masa akan datang dengan rekaan pintar yang diyakini.
Intrado turut diproduksi berdasarkan apa yang diingini dan diharapkan oleh para pengguna terhadap kenderaan masa hadapan. Iaitu sebuah kenderaan yang mudah dikendalikan, bersifat intuitif antara jentera dan pemandu, dan bersesuaian untuk kegunaan harian.
Mesti nama Intrado kedengarannya agak pelik bukan? Hah! Untuk pengetahuan anda, nama Intrado diilhamkan berdasarkan bahagian bawah sayap pesawat. Di mana material dan teknologi yang digunakan di dalam pembuatan jentera ini turut diinspirasikan daripada pesawat.
Berdasarkan rekaan luaran Intrado, ia menggambarkan interprestasi yang bersifat progesif terhadap rekaan ciptaan Hyundai. Bentuk kerangka Intrado ditentukan berdasarkan keperluan aerodinamik iaitu tidak dipadankan dengan perhiasan atau perician yang tidak diperlukan. Manakala bahagian panel kerangka pula diperbuat daripada keluli yang ringan.
Manakala pada bahagian kabin pula diberi keutamaan berdasarkan penggunaan dan kesesuaiannya. Kebanyakan komponennya diperbuat daripada kemasan gentian karbon termasuk pembuka bagi pintu, hud dan bonet. Dengan kekemasan kontras ‘Beaufort Orange’ yang dipadankan dengan gentian karbon telah menyerlahkan lagi imej rekaan dalamannya.
Dijanakan oleh enjin hidrogen sel bahan api yang dikuasakan oleh bateri Li-ion 36 kWh. Dengan penjanaan semula selama beberapa minit, Intrado mampu dipandu sehingga 600 km. Sebagai tambahan bagi meningkatkan kuasa, Intrado juga mampu memberikan impak yang cukup responsif dan pemanduan yang lebih tangkas. Semuanya terhasil melalui pengurangan berat dan pemilihan powertrain yang terbaik.
Intrado merupakan projek pertama Hyundai yang dibangunkan di bawah kendalian Peter Schreyer yang menjadi Presiden dan Ketua Pengawai Rekaan Hyundai Motor Group pada Januari 2013. Menurut Schreyer, Intrado yang diindikasi di bawah kod nama ‘HED-9′ dibangunkan berdasarkan tiga teras utama iaitu logikal, dipercayai dan relevan untuk digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|