CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: silentwinner

The Journey

[Copy link]
Post time 4-3-2014 04:05 PM | Show all posts
The Jouney cipta sejarah tersendiri


Sumber Sinar Harian

SEBELUM ini, nama Chiu Keng Guan barangkali kedengaran asing bagi sesetengah peminat industri seni. Bagaimanapun, Keng Guan bukanlah nama baharu dalam arena perfileman Malaysia.

Ini kerana, sebelum mengarahkan filem The Journey, dia pernah mengarahkan filem ‘Woohoo!’ (2010) dan ‘Great Day’ (2011).

Namun filem ketiganya, The Journey, seolah-olah memberi lembaran baharu buat Keng Guan apabila karyanya itu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM12.92 juta, dalam tempoh 25 hari penayangannya.

Kutipan tersebut sekali gus berjaya mengatasi filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster pada tahun 2011, yang meraih  RM11.74 juta dalam tempoh 27 hari tayangan.

Membawakan konsep dan cita rasa 'Malaysia', The Journey mengisahkan tentang seorang lelaki tua yang menggunakan cara tradisional untuk menghantar kad undangan perkahwinan anaknya kepada teman-teman lama.

Menariknya, perjalanan menghantar kad undangan dilakukan dengan menaiki motosikal bersama-sama bakal menantunya yang berbangsa Kaukasian.

Masih ditayangkan di pawagam, kutipan filem ini dijangka terus meningkat dengan jumlah sambutan penonton yang luar biasa.

Filem terbitan Astro Shaw ini sekali gus memberi kejutan bukan saja buat Keng Guan, bahkan seluruh penggiat seni dan peminat filem tempatan.  

Ikuti temu bual Zass bersama Keng Guan mengenai fenomena luar biasa filem arahannya itu.


Filem The Journey mendapat rating yang tinggi dan kutipan melebihi filem-filem tempatan yang lain dalam tahun ini. Adakah perkara ini memenuhi jangkaan anda sebagai pengarah?

Sejujurnya saya tidak meletakkan sebarang sasaran atau jangkaan untuk mendapat box-office bagi filem ini. Saya sekadar mahu menyampaikan sebuah filem yang mempunyai cerita yang sangat bagus. Mesej kekeluargaan yang disampaikan di samping nilai-nilai kemasyarakatan yang sinonim dengan rakyat Malaysia telah berjaya menarik minat penonton ke pawagam untuk menonton filem ini. Filem ini jelas mampu diangkat melalui jalan cerita yang kukuh dan menarik.

Filem ini menggunakan bahasa Kantonis khusus untuk penonton berbangsa Cina, namun apakah tarikan lain yang mampu membuat kaum-kaum lain di Malaysia untuk menontonnya?

Seperti yang telah saya katakan, filem ini sangat ‘Malaysia’ dan mempunyai jalan cerita yang mudah difahami. Selain itu, visual landskap yang digunakan dalam filem ini juga amat cantik. Contohnya Cameron Highlands yang dijadikan lokasi utama penggambaran selain beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Perak, Penang, dan Kedah. Faktor geografi Malaysia seperti pantai, sawah padi dan lembah turut menjadi tarikan penonton berbilang bangsa kerana negara kita sememangnya mempunyai alam semula jadi yang indah dan ditonjolkan dalam filem ini.

Bagaimanakah filem ini dapat memupuk keharmonian rakyat Malaysia?

Filem ini memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang mendidik kita supaya menghormati orang tua dan masyarakat. Seorang anak yang harus mendapat restu bapa untuk berkahwin dan bapa tua yang tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk menghantar kad undangan perkahwinan anaknya dengan tangannya sendiri kepada rakan-rakan sekolah lamanya biarpun mereka tinggal berjauhan. Unsur persahabatan yang akrab selama berpuluh tahun lamanya mampu mewujudkan keharmonian masyarakat Malaysia yang penuh kasih sayang.

Trend filem tempatan kebelakangan ini popular dengan genre seram. Apakah yang meyakinkan anda untuk mempertaruhkan genre kekeluargaan dalam filem ini?

Semua lapisan masyarakat dapat mengaitkan diri mereka dengan genre ini. Lumrah sifat manusia ingin merasai kasih sayang keluarga dan ikatan persahabatan yang akrab. Sekali gus dapat mengimbau nostalgia dan kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan di samping menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa.
........

Filem ini menampilkan aktor pentas dari Australia, Ben Andrew Pfeiffer sebagai salah seorang teraju utama. Apakah cabaran mengendalikan aktor luar negara dalam sebuah filem tempatan?

Saya tidak menghadapi masalah untuk bekerja dengan Ben memandangkan dia seorang pelakon yang bagus. Ben langsung tidak memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia dan perkara seperti menghantar kad undangan perkahwinan dengan cara konservatif merupakan suatu input baru baginya. Hal ini telah memberi kelebihan kepada Ben apabila lakonannya nampak natural dan hidup.

Dibarisi oleh pelakon-pelakon baharu dan amatur, adakah perkara ini menjadi cabaran buat anda?

Ya, terdapat sesetengah babak yang penggambarannya harus dilakukan banyak kali bagi mencapai hasil yang memuaskan. Contohnya babak semasa kami melakukan penggambaran di Johor Parade. Pelakon tersebut berasa gementar kerana penggambaran dilakukan dalam suasana perarakan orang ramai, menyebabkan jumlah maksimum 40 kali diperlukan bagi merakamkan babak tersebut dengan sempurna.

Babak belon panas buatan sendiri yang menggunakan beg plastik terpakai merupakan antara babak yang unik dan sesuatu yang tidak pernah ditonjolkan dalam filem tempatan sebelum ini. Dari manakah anda mendapat ilham untuk menghasilkan babak tersebut?

Saya ingin menghasilkan sesuatu yang ‘gila’ tetapi hebat. Babak tersebut sebenarnya dirancang untuk filem lain, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk memasukkan sahaja dalam The Journey untuk menjadikan filem ini lebih unik dan menarik. Cara untuk membuat belon panas dengan menggunakan beg plastik terpakai seperti yang ditunjukkan dalam filem itu memang betul dan menjadi.

Apakah harapan anda untuk filem ini?

Saya berharap agar filem ini boleh pergi jauh. Saya ingin memperkenalkan budaya tempatan ke peringkat yang lebih tinggi dan dilihat oleh masyarakat seantero dunia. Last edited by chaoyunjie on 4-3-2014 04:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 04:21 PM | Show all posts
nak tengok lah filem nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 05:54 PM | Show all posts
baru lepas tgk td..sume cina..i sorg je melayu hehe...ahsoo lak tu yg ramai...tp serius mmg bes...gamba cantik..sedih ada kelaka ada..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 03:05 PM | Show all posts
bebaloi sesangat bajo sepoh hangget .... ade minah depan iolsss pon nak kuar denga dia cakap kat membe dia worth my money huhuh upastu ade pokcik cino dok sebelah iolssss nangess.. syanhdu teringat anak kot.....

tp sangat pueh ati...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 05:47 PM | Show all posts
ramai cakap cerita ni best. mmg kena tgk la ni. nak tau gak apa yg bestnye.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 11:29 AM | Show all posts
filem cintan cintun adaptasi novel haruslah dikurangkan.
filem pasal keluarga is the most sentimental and touching film. yang lebih dekat ngan kite sumer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2014 12:37 AM | Show all posts
Best la film ni....sempat jgk menonton sbb nak rasai sendiri Journey dalam filem The Journey...
Antara intipati filem ni sgt lah dkt dengan hati rakyat Malaysia...filem yang jujur dan inilah realiti kehidupan masyarakat kita...kisah kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya dlm meneruskan tradisi masayarakat Cina..kisah persahabatan dari kecil sehinggalah ke tua sgt seronok ditonton....yang best tu masing2 ada nama gelaran sendiri dalam zodiak 12 haiwan dalam kalendar lunar Cina...memang sedih dengan pengorbanan si ayah yang bersusah payah utk menghantar kad perkahwinan anaknye ke merata tempat dengan menaiki motosikal...pertembungan antara nilai tradisi dan kemodenan yang penuh dengan unsur kebudayaan dan kesenian...filem yang wajib ditonton oleh semua orang..tak kira kecil ke besar semua boleh menonton.....aku bagik 4.5/5 bintang...terbaik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 01:09 PM | Show all posts
Cite ni best. Tak de la 'Wow' mana, tapi unsur kekeluargaan & friendship sgt kuat. Diselitkan dgn unsur kelakar sikit, but to be honest mmg aku nanges part last even ending dia happy. Touching.

Sesiapa yg ada parents lagi, bersyukur laa Allah masih beri kesempatan, jgn sia-sia kn mereka. Mana yg tiada parents lagi doa kan laa mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kecewa,xde babak ranjang menunjukkan kasih suami isteri dlm filem nie..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:43 AM | Show all posts
biasa2 je. maybe sebab dah tgk banyak filem pasal kisah ayah dgn anak pompan yg lagi hebat dr citer ni..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066628 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list