CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3189|Reply: 7

Bahagiakan Kita? (U)

[Copy link]
Post time 20-2-2014 11:27 AM | Show all posts |Read mode
“Isha macam mana preparation semua? Okey tak? Esok kita pergi butik tu pilih baju pengantin ye?”soal Firash sambil menatap wajah mata tunang kesayangannya yang redup itu.Wajah yang selalu dia gilakan ketika di universiti dulu.

Senyap. Tiada jawapan.

“Isha.. do you hear me?”Firash bersuara lagi. Sejak tarikh pernikahan mereka semakin dekat, Isha kelihatanselalu termenung dan hilang fokus.
Isha terkejut darilamunannya. Jauh sungguh lamunannya sehingga tunang ada di depan pun dia takperasan.

“Sorry Firash. Isha takdengar tadi. Firash tanya apa ye?”

“Isha fikirkan apa ni sayang? Could you please tell me dear?” soal Firsah lembut. Dah faham benar diadengan perangai Alya Arisha kalau ada masalah.

“Firash yakin ke dengan semua ni? Sejak Isha datang jumpa mummy haritu dia nampak tak berkenan denganIsha.” luah Isha sayu. Memang ketara kebencian mummy Firash kepadanya walaupun perkahwinan mereka dipersetujui oleh bakal mertuanya itu.

Firash terdiam. Diatahu itu semua. Mummynya memang sudah ada pilihan untuk dirinya cuma dia saje yang berdegil mahu meneruskan perkahwinannya dengan wanita pilihannya.

“Don’t worry ye sayang.Perasaan Isha je tu. Nanti bila kita dah kahwin everything will be alright.”


Kedengaran bunyi pintudikuak. Mungkin suaminya sudah pulang dari kerja. Lamunan Isha terhenti. Itusemua dah tiga tahun berlalu. Dalam tempoh itu, ibu mertuanya masih belummenerima dirinya sebagai menantu dalam keluarga itu. Nasib seorang anak yatimpiatu memang begitu agaknya apabila dapat bernikah dengan orang kaya sepertiFirash Akmal. Air mata yang mengalir diseka cepat-cepat.

“Sayang miss you so much. Sayang abang ni buat apa je harini?” ujar Firash sambil mengucup lembut dahi Isha apabila wanita itu menyambutnya pulang dari kerja.

“Over laa abang ni tau.Baru 8 jam tak jumpa dah rindu. Tipu je tau” Isha berkata sambil melangkahberiringan dengan Firash masuk ke bilik mereka.

“Sumpah sayang. Kalau 5minit abang tak tengok muka sayang ni pon abang dah rasa rindu sesangat tau”Firash merebahkan dirinya di atas katil. Penat seharian bekerja mencari rezekiuntuk keluarganya.

Isha tersenyum lebar.Memang usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 3 tahun tapi sikap romantiksuaminya itu tak pernah berubah malah makin bertambah. Dalam hatinya berdoaagar bahagianya yang dirasa kini berkekalan.



Respon dari anda sume sy amat2 hargai. Thanks. Selamat membace

Last edited by indah91 on 20-2-2014 11:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 06:58 PM | Show all posts
Dear why not you continue jer cerita u ni,...

kalau sekerat macam ni susah nak bagi feedback..

by the way novel ke cerpen ke or cerPAN ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 09:57 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 21-2-2014 06:58 PM
Dear why not you continue jer cerita u ni,...

kalau sekerat macam ni susah nak bagi feedback..
...

Oppss sorry lupe pulak nak update. Hehe. Maybe cerpen kott
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 10:32 PM | Show all posts
Usai menunaikan solat isyak berjemaah bersama isterinya, dia ke ruang tamu untuk beristirehat sambil menonton tv. Drama Diandra yang sedang ditayangkan di tv3 menarik minatnya untuk terus duduk di situ selepas selesai mendengar isu-isu semasa di buletin utama. Isha pula seperti biasa ke dapur untuk menyiapkan secawan kopi pekat untuk Farish. Setiap malam memang itulah rutin Isha. Memang feveret dari zaman u lagi. Isha tersenyum mengenangkan gelagat suaminya itu.

"Khusyuknya suami sayang nii. Best ke cite ni abang?" Isha menepuk lembut peha kiri suaminya itu. Secawan kopi yang masih lagi hangat dihulurkan kepada si suami.

"Ntah la sayang. Abang layan je cite ni. Thank you sayang. Sedap kopi isteri abang buat. Sampai nak menjilat jari dibuatnya. Hahaha.. Ouchhhh" cubitan manja Isha hinggap di peha Firash.

"Abang ni kan kalau bercakap asyik over je kan. Eh tadi masa beli barang dapur sayang jumpa Zara dengan Aiman, tak sangka lagi 2 bulan je lagi diorang nak dapat baby.." ujar Isha ketika terserempak dengan dua orang sahabat baik mereka ketika belajar di u dulu.

"Rumah kita ni sunyi je kan abang.. Almost 3 years tapii..."

Air mata Isha yang mahu mengalir sempat diseka oleh Firash. Dia faham akan perasaan isterinya itu. Yelah perempuan mana yang tak teringin hendak melahirkan zuriat dari suami sendiri.

"Sayang..kita dah bincangkan pasal hal ni. Rezeki kita belum ada lagi sayang. InsyaAllah masanya akan tiba nantii" ujar Firash lembut. Dia tak mahu isterinya dibebani dengan perkara ini. Baginya itu semua urusan Allah. Sebagai manusia mereka hanya mampu berusaha dan berdoa kepada tuhan.

Isha hanya menangguk. Dalam hatinya tak henti-henti berdoa agar mereka dikurniakan anak. Dia meletakkan kepalanya di bahu Firash. Air mata yang mahu mengalir ditahan. Dia harus bersabar. Mujur suaminya faham dan bersabar cuma permintaan ibu mertuanya saja yang dirunsingkan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 04:12 PM | Show all posts
"Isha ! Isha ! Bukak pintu ni cepat" Mummy Firash, Puan Soraya memanggil nama Isha dari luar. Ketukan di pintu dikuatkan lagi.


Sedang asyik mengemas dapur, Isha terdengar suara yang amat dikenalinya. Terkocoh-kocoh dia berlari ke pintu depan untuk menjemput mertuanya masuk. Komfem kena marah sebab lambat buka pintu. Gumam Isha sendirian.


"Sorry Mummy. Isha kemas dapur tadi. Jemput masuk mummy" Isha mempelawa mertuanya itu masuk. Tangan dihulur untuk bersalam tanda hormat ditepis kasar oleh Puan Soraya. Isha mengeluh perlahan.


Puan Soraya terus berlalu ke ruang tamu tanpa mempedulikan gadis itu. Dia melabuhkan punggungya ke sofa dan wajahnya tegang dan tanpa senyuman langsung.


"Mummy duduk dulu ya. Isha buatkan air kejap"


"Tak payah ! Aku datang ni pun sekejap je" bantah Puan Soraya.


Isha yang baru saja mahu melangkah ke dapur kembali semula menghadap wanita tua itu. Isha menghela nafas panjang. Bersedia dengan apa saja yang bakal didengarinya. Bukan dia tidak faham dengan perangai mertuanya yang asyik marah-marah, tak pernah ada satu pun yang menyenangkan.


"Perut kau tuu bila nak berisi hah? Dah tiga tahun tak lekat satu pun. Jangan-jangan kau ni tak boleh beranak kot" tengking Puan Soraya sambil menuding jari ke arah perut gadis di depannya.


Isha terdiam. Tidak tahu apa yang patut dijawab bila disoal begitu.


"Aku bagi kau masa lagi sebulan. Kalau takde tanda tanda kau nak mengandung, aku akan suruh Firash kahwin dengan menantu pilihan aku, Linda. Faham?" tengking wanita tua itu lagi sebelum beredar dari rumah itu. Malas dia hendak lama-lama disitu. Bukan dia berselera pun tengok muka perempuan yang bernama Isha itu.


Isha tergamam. Tak sangka mertuanya akan berkata sebegitu. Bukan dia taknak melahirkan zuriat untuk keluarga itu cuma dia belum dikurniakan rezeki oleh Allah untuk merasa semua itu. Air mata laju mengalir bila mengenangkan suaminya akan berkahwin satu lagi jika dia tak dapat mengandung dalam tempoh sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 02:47 PM | Show all posts
Sementara menunggu si suami pulang dari pejabat, Isha pergi ke taman permainan berdekatan dengan rumah mereka untuk menenangkan fikiran yang bercelaru. Sengaja dia duduk di situ melihat pelbagai ragam kanak-kanak dan kegembiraan yang tergambar pada wajah mereka apabila dapat bermain di situ. Pedih hatinya apabila terkenangkan peristiwa semalam. Dia tak tahu pada siapa dia patut luahkan semua itu. Isha tak mahu perkara itu diketahui Firash. Malas hendak menambah bebanan lelaki itu.


Sorang budak perempuan berusia 3 tahun yang sedang dipimpin ayahnya menarik perhatian Isha. Isha tersenyum sendirian. Jika mereka sudah mempunyai anak, tentu comel dan seusia seperti kanak-kanak itu. Tangan Isha mengusap lembut perutnya berkali-kali.


Ya Allah hadirkanlah zuriat untuk kami sekeluarga. Amin.


Sedang Isha ashik memerhatikan gelagat kanak-kanak itu, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Isha menoleh dan kelihatan seorang wanita sarat mengandung duduk disebelahnya.


"Bella. Selalu datang sini kan?" sapa wanita itu sambil tersenyum manis ke arah Isha.


"Selalu jugak. Seronok tengok budak-budak main"


"Anak awak yang mana? Mesti comel macam mak dia" Bella berkata lagi sambil matanya meliar ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di situ.


Isha terdiam dengan pertanyaan itu. Tiba-tiba hatinya jadi sebak. Hal semalam mula bermain di fikirannya.


"Saya...belum ada rezeki lagi" jawab Isha pendek. Sempat dia merenung keadaan wanita disebelahnya itu. Mungkin usia kandungganya sudah mencecah 6 bulan. Cemburu terbit dari hati Isha kerana dia masih belum mengandung.


"Ouh sorry saya tak tahu. Saya faham perasaan awak...sebelum ni 5 tahun saya menunggu tapi takde rezeki jugak. Give up jugak saya dibuatnya tapi last sekali saya ambil anak angkat dan tak sampai 3 bulan saya disahkan hamil" Bella menceritakan segala yang dialaminya. Apa yang Isha rasakan sekarang dia juga pernah mengalaminya.


Isha bersyukur sekurang-kurangnya dia baru saja 3 tahun menunggu jika dibandingkan dengan Bella yang sudah hampir 5 tahun menunggu. Bukan dia sorang saja yang kurang bernasib baik malah ramai lagi di luar sana.


"Why not awak ambil anak angkat? InsyaAllah mana tahu lepas tu awak boleh mengandung ke?" cadang Bella. Dia mencadangan apa yang pernah dilakukannya dulu. Orang kata tuah anak angkat yang kita jaga mungkin.


Isha terdiam sejenak. Mungkin ada betullnya cadangan wanita ini. Siapa tahu rezeki akan menyebelahi dirinya jika dia mengambil anak angkat.


"Emm saya fikirkan dulu.. Eh husband saya dah nak balik..saya balik rumah dulu ye. Saya Isha..nanti senang-senang kita jumpa lagi ye" Isha meminta diri. Baru dia tersedar yang sudah sejam dia duduk disitu. Leka berborak dengan teman baru. Selesai bertukar nombor telefon, Isha puang ke rumahnya.


p/s: So far macam mana cite ni kawan2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2014 11:49 AM | Show all posts
indah91 posted on 23-2-2014 09:57 PM
Oppss sorry lupe pulak nak update. Hehe. Maybe cerpen kott

Okay... Kalau boleh biara ada penamat ea...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 12:05 PM | Show all posts
indah91....
kena top up n3 byk2 baru boleh komen k...  
so... mana sambungannya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151769 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list