CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5377|Reply: 6

STATUS TANAH / BAHAN BINAAN MASJID LAMA

[Copy link]
Post time 28-1-2014 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Nak bertanya tentang status bahan binaan masjid lama.

Majikan saya sedang dalam pembinaan pembesaran masjid dan ubah suai masjid.
Yang mana banyaklah besi, kayu dan lain-lain dari masjid lama yang diruntuhkan.

Jadi nak tanya apa yang perlu/boleh dilakukan dengan sisa2 binaan nie.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Pandangan saya guna semula bahan binaan itu utk kemudahan masjid (jika perlu). Tgk term perjanjian antara masjid dan majikan. Selalunya sisa binaan lama menjadi hak majikan utk dibersihkan. Maka jika itu termnya, boleh buat apa pun kerana pihak khariah membenarkan. Akan tetapi lebih baik jika berbincang dgn pihak masjid sekurang2nya diakhirat kelak tidak dipersoal kerana melibatkan harta masjid (harta org yg bersedekah). jalan selamat, suruh pihak masjid clear semua sisa utk menghindar dosa dan syubahat. Sekurang2nya nampaklah akhlak org2 yg benar2 beriman kpdNya. Last edited by Abangcute on 28-1-2014 07:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 09:56 PM | Show all posts
Ikut SOP pembinaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 10:02 PM | Show all posts
Wa alaikum salam,

Untuk memastikan wakaf yang dahulu terus berjalan, sebaiknya guna semula mana yang boleh.  Yang mana tak boleh diguna, jualkan (macam besi-besi lama) dan wang tu dikembalikan ke tabung pembinaan masjid.  Cara ini, wakaf orang-orang yang terdahulu itu masih dapat pahala.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahan binaan dari masjid tak blh dilupuskan mcm kita lupuskan bahan binaan dari bangunan yg lain, ada procedurenya.......

Pertama hendaklah dibuat surau, klu tak buat surau blh buat sekolah tempat belajar, klu tak buat sekolah hendaklah buat balairaya, dan jika tak ada balairaya yg nak dibuat barulah blh digunakan utk membuat rumah.......


Sebaik2nya tt refer pejabat agama tentang hal ni.........wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:06 AM | Show all posts
jazaa posted on 29-1-2014 03:20 AM
Bahan binaan dari masjid tak blh dilupuskan mcm kita lupuskan bahan binaan dari bangunan yg lain, ad ...

waalaikumussalam

setuju....perlu dibincangkan dgn pejabat Agama dan Pengurusan Masjid tersebut.


sebagai rujukan, Uncle copypaste fatwa berkenaan...

Bahan masjid/surau yang diroboh


Tarikh Keputusan:
30 Jul, 2000


Huraian Tajuk/Isu:
Bahan masjid/surau yang diroboh : Apakah yang harus dilakukan



Keputusan:
Kertas disediakan oleh Y.Bhg. Dato" Dr. Saleh bin Ismail dan Y. Bhg. Ustaz Talib bin Abdul Rahman.
Setelah mengamati dan membahas dengan teliti kertas ini mesyuarat bersetuju dengan keputusan-keputusan berikut :
i.        Menerima kertas ini dengan beberapa pembetulan dan pindaan.
(lihat lampiran 'Ba').
ii.        Terima kasih dan tahniah kepada penulis.
Sehubungan dengan isu perobohan masjid/surau, mesyuarat turut membangkitkan tentang beberapa masalah yang sering timbul sekitar proses pembinaan masjid/surau dan perobohannya.
Dari segi pembinaan masjid/surau baru terdapat kes-kes masjid/surau dibina sebelum mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya.
Sungguhpun masalah ini telah cuba diatasi dengan memberi peringatan khusus kepada pihak-pihak yang terlibat dengan perancangan dan perancangan adan proses pembinaan masjid melalui Pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Bil.(92)JHEAT.01/-001/5 bertarikh 9 Jun 1991 bersamaan 26 Zulkaedah 1411 mengenai 'Meroboh/membina masjid baru (termasuk surau)', tetapi peringatan, seperti ini, ternyata tidak begitu berkesan.
Oleh itu bagi menghindari masalah ini dari terus berlaku dan juga bagi menjamin kelicinan proses pembinaan masjid/surau baru termasuk ditahap memerlukan kelulusan Pesuruhjaya, mesyuarata bersetuju memanjangkan cadangan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu supaya mewujudkan satu Jawatankuasa Perancang Pembangunan Masjid/Surau Peringkat Negeri.
Keanggotaan jawatankuasa ini membabitkan pihak kepimpinan tertinggi negeri dan agensi yang terlibat dengan proses perancangan pelaksanaan dan pembangunan masjid termasuk Jabatan Mufti.
Berhubung dengan perubahan dan perombakan masjid/surau, mesyuarat juga membincangkan tentang beberapa masalah hukum syarak yang timbul sekitar cara-cara mengurus bekas tapak dan bahan-bahan masjid/surau berkenaan. Biasanya bahan-bahan itu terdiri daripada berbagai jenis dan bentuk samada kayu, batu, kaca dan sebagainya termasuk perkakas atau peralatan tertentu samada masih boleh diguna pakai atau sebagainya.
Bagaimana dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil terhadap bahan-bahan itu mengikut hukum syarak. Samada dijual, disimpan, dipakai semula, diubahsuai, dipindah dan sebagainya.
Bagi mengatasi masalah ini, mesyuarat bersetuju supaya majlis mewujudkan satu jawatankuasa khas yang bertugas menilai bahan-bahan berkenaan secara khusus mengikut keadaan kes.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab memberi panduan kepada pihak-pihak tertentu supaya mengambil langkah-langkah atau tindakan sesuai degan hukum syarak yang berbangkit dari masa ke semasa.
Lampiran 'Ba'
Bahan masjid/surau yang diroboh : Apakah yang harus dilakukan?
Kertas disediakan oleh Y.Bhg. Dato" Dr. Saleh bin Ismail dan Y. Bhg. Ustaz Talib bin Abdul Rahman.
**************************************************************************************
Muqaddimah :
Masjid adalah termasuk di dalam kumpulan harta wakaf yang ditentukan untuk kegunaan kumpulan tertentu di dalam masyarakat. Ini bererti masjid adalah kepunyaan atau milik semua umat Islam.
Definisi Wakaf :
Wakaf adalah menahan suatu harta yang boleh/sah digunakan dari penguasaan pemilikan untuk tujuan menggunakannya di jalan yang diharuskan oleh syarak.
Jenis Wakaf :
Oleh kerana wakaf harta untuk dijadikan tempat ibadat menyebabkan harta-harta milik masjid tidak tentu pemiliknya. Sebarang urusan ke atas harta wakaf masjid hendaklah didasarkan kepada kepentingan umum dan maslahah mereka. Kecuali bagi harta wakaf yang sudah ditentukan pemiliknya, seperti ia diletakan di bawah nama-nama tertentu.
Pendapat ulama berhubung dengan harta Wakaf :
1.        Mazhab Hanafi berpendapat: Bahan-banah masjid ada sifat masjidiinya ia masih kekal sebagai masjid sekalipun tidak diperlukan lagi. Ia tidak boleh dipindah; samada ia dalam bentuk harga atau barang. Ia tidak boleh dipindah kepada masjid yang lain. Manakala Imam Abu Yusuf pula berpendapat : Barang-barang milik masjid berupa hamparan dan almpu-lampu boleh dipindah ke masjid yang lain,
Mengikut pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi pula : Runtuhan masjid yang tidak boleh sewakan lagi dan tidak boleh digunakan untuk dibangunkan semula samada digunakan untuk membuat binaan atau lain-lain, maka ia boleh dijualkan dengan perintah hakam. (pemerintah/pihakberkuasa). Harga dari barang yang dijualkan itu bolehlah dibeli harta wakaf yang lain menggantikan tempat wakaf yang telah dijualkan itu.
Jika harganya tidak digunakan untuk membeli barang-barang tersebut, maka ia bolehlah diserahkan kepada waris yang mewakafkan jika merekaj masih ada. Tetapi jika tidak ada waris yang boleh menerimanya, bolehlah dibahagikan kepada orang-orang fakir.
2.        Mazhab Maliki berpendapat : Harta masjid tidak boleh dijualkan berasaskan kepada ijmak ulama" demikian juga Mazhab Syafie berpendapat sepertimana Mazhab Maliki : Bahawa harta masjid tidak dijual. Hanya dalam keadaan perlu (mungkin terdesak) sahaja, harta tak alih (العقار) milik masjid boleh dijual ; seperti keperluan untuk membesarkan atau memperluaskan masjid.
3.        Mazhab Hanbali pula berpendapat : Apabila sesebuah masjid tidak diperlukan lagi atas sebab-sebab seperti ia digunakan lagi untuk ibadah sembahyang atau kerana ia sangat sempit unutk pada Jumaat, manakala ia tidak boleh diperbesarkan lagi, atau ianya telah berkecai serta tidak boleh dibangunkan lagi, melainkan dengan cara dijual sebahagian dari harta masjid tersebut. Untuk membangunkan bahagian yang baru pada masjid tersebut jika bahagian-bahagian masjid itu tidak boleh digunaka lagi, maka ia hendaklah dijual.
Apabila harta wakaf dijual, duitnya bolehlah dibeli sesuatu mengikut kehendak waris yang mewakafkannya, samada ia digunakan untuk membeli barang yang sejenis dengan harta yang dijual atau dibeli barang yang lain darinya tetapi kegunaannya samada sepertimana harta yang telah dijualkan itu, kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagimana masih boleh diambil faedah darinya.
Tukarganti harta masjid :
Dalam hal menukarganti harta masjid, Imam Ahmad dan lain berpendapat : Jika perlatan dari masjid yang pertama dijual dan pendapatan dari jualannya tersebut digunakan untuk membina masjid yang lebih baik atau selesa maka hukum menjualnya adalah harus. Imam Ahmad membawa hajat Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pernah menukarganti atau mengubahsuai masjid di zaman mereka.
Maka dengan ini harus pengubahsuai bangunan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana memenuhi keperluan yang jelas.
Ulasan dan pandangan :
Dari pembentangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat berhubung dengan penggunaan harta wakaf masjid.
Pertama : Sebahagian dari Mazhab Hanafi berpendapat bahawa bahan binaan masjid dalam apa keadaan sekalipun masih kekal sifat masjidinnya kerana itu ia tidak boleh dipindah dan ditukarganti. Pendapat ini selari dengan pendapat Mazhab Malikiah di mana meraka berpendapat :
Mengikut ijmak Ulama" bahawa harta wakaf tidak bleh dijual.
Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid tidak boleh dijual.
Kedua : Imam Ahmad dan lain-lain berpendapat : Bahawa harta masjid dalam keadaan tertentu seperti masjid tidak digunakan lagi kerana terlalu sempit dan tidak boleh diperbesarkan lagi, atau dalam keadaan masjid tersebut telah berkecai seperti tidak boleh dibangunkan lagi melainkan dengan dijual bahannya untuk dibeli dan dibangunkan masjid yang baru, maka ia harus dijual untuk tujuan tersebut, harta dari hualan tersebut boleh dibeli barang yang sama jenis mengikut kehendak waris yang mewakafkannya. Kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagi masih boleh diambil faedahnya.
Imam Ahmad berpendapat lagi : Bahawa pemindahan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain harus dan boleh dilakukan. Berdasarkan kepada ia pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Dalam keadaan tertentu (terdesak) harta tak alih (العقار) milik masjid boleh dijual seperti untuk membesarkan atau memperluaskan masjid.
Sebahagian dari Mazhab hanafi pula berpendapat : Bahawa runtukhan masjid boleh dijual dengan perintah hakam (pihak berkuasa). Harga dari bahan yang dijual itu dibeli peralatan baru dari jenis manfaat yang bersama, manakala harta wakaf masjid berupa hamparan dam lampu-lampu mengikut pendapat Abu Yusuf ia boleh dipindahkan ke masjid yang lain.
Masjid adalah maslahah umum :
Masjid adalah sesuatu keperluan dan berupa maslahah kepada masyarakat Islam seluruhnya. Tanpa masjid, maka hilanglah syiar Islam dari masyarakat setempat. Masjid dan segala peralatan menjadi hak bersama semua umat Islam. Masjid didirikan adalah untuk kegunaan, kepentingan dan maslahah umat Islam seluruhnya.
Oleh kerana setiap seorang Islam mempunyai hak dan kepentingan ke atas masjid dam hata miliknya. Maka apabila hak mereka terhalang, merekaa berhak mendapatkan semula hak tersebut selagi ada jalan. Beribadah di masjid adalah hak setiap orang yang beriman. Ia wajib diberi dan dibuka peluang kepada mereka yang berhak mendapatkannya.
Oleh itu apabila orang-orang Islam terhalang dari menunaikan sembahyang di masjid kerana sempit atau masjid itu uzur keadaannya sehingga membahayakan keselamatan pada jamaah, maka berusaha untuk membolehkan mereka menunaikan sembahyang berjamaah di masjid menjadi suatu keperluan yang wajib ditunaikan oleh mereka yang bertanggungjawab. Manakala mengabaikannya adalah suatu kesalahan di sisi syarak.
Sekiranya halangan sembahyang di masjid berlaku kerana masjid itu sempit, maka membesarkannya adalah suatu kemestian, sekalipun pembesarannya itu menuntut tukarganti dari yang lama kepada yang baru, dalam keadaan demikian menukarkannya sudah menjadi suatu keperluan yang wajib ditunaikan, kerana ia termasuk di dalam kaedah yang berbunyi 'ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب" . Ia juga termasuk di dalam kaedah " لا ضرر ولا ضرار" dan kaedah "الضرورات تبيح المحظورات".
Kesimpulan :
Setelah dilihat pendapat Ulama" berhubung dengan pengendalian harta wakaf masjid serta alasan-alasan yang dibawa oleh mereka, maka kami berpendapat : Bahawa pendapat yang kedua iaitu pendapat Imam Ahmad yang mewakili Mazhab Hanbali dan pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi merupakan pendapat yang lebih jelas dan lebih menepati kepentingan, maslahah dan keperluan umat Islam. Pendapat dan alasan mereka disokong oleh contoh serta amalan yang pernah dilaksanakan oleh dua Sahabat Baginda s.a.w iaitu Saidina Umar r.a dan Saidina Uthman r.a.
Amalan ini diterima dan tidak dibantah oleh para sahabat yang lain. Ia menggambarkan persetujuan pada sahabat di atas tindakan tersebut. Dengan itu kami berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid boleh dijual jika perlu dan keadaan mendesak untuk keperluan membesar, memperbaharui dan menyelesaikan sesebuah masjid atas sebab maslahah umat Islam di tempat yang tersebut.
والله اعلم بالصواب۔







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2014 07:43 PM | Show all posts
burungantu posted on 29-1-2014 09:06 AM
waalaikumussalam

setuju....perlu dibincangkan dgn pejabat Agama dan Pengurusan Masjid tersebut. ...

Salam uncle

Kalo mcm kes Raja Abdullah yg bg authority kpd imam As-Sudais
dgn beri kontrak expansion Masjid Al-Haram kpd Binladin Group tu cmne plk?
- fiqih mana yg diguna agaknya...?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.257613 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list