View: 69401|Reply: 0
|
RAWATAN LEMAH TENAGA BATIN ATAU MATI PUCUK
[Copy link]
|
|
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotensi” dalam istilah perubatan
Sebab Dan Punca:
Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Tanda Tanda Awal Masalah:
Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalaminya :
1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
Rawatan:
Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:
Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum eks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.
Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.
Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.
Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.
Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.
Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.
Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalui pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur selain mahal kosnya. Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri. Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.
* Sumber dari Wikipedia.
Kaedah perawatan oral tradisional penyakit mati pucuk atau lemah tenaga batin ini juga telah terbukti dapat menyembuh ribuan kes berkenaan. Herba herba alami anugerah alam seperti Maca, Tongkat Ali, Panax Radix Ginseng, Tribulus Terrestris, Cordyseps Sinensis dan digabungkan dengan bahan bahan lain didapati berupaya membantu merawat penderita mati pucuk atau lemah tenaga batin. BioTech Global Sdn Bhd melalui pengeluaran teknologi bio terkini telah berupaya menghasilkan produk produk alternatif untuk perawatan sebahagian lelaki yang menderita masalah ini. Teknolologi bio termoden ini berupaya menggabungkan tumbuhan sumber alam utama tadi serta mengekalkan khasiat optima dalam bentuk yang paling natural (asli) tanpa kesan sampingan memudarat. Dengan terhasilnya produk teknologi SWISS ini, ternyata Maca Tongkat Ali Extra Normal dan Maca Tongkat Ali Extra Superyang diedarkan oleg BioTech Global telah banyak membantu para lelaki yang memerlukan bantuan kerana harganya yang serba mampu berbanding produk produk oral lain yang banyak terdapat di pasaran.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|