nelayan posted on 7-2-2014 08:58 AM 
ada dua jenis manusia yg kita tak dibolehkan utk jeles
yg berilmu & memanfaatkan ilmu pada yg lai ...
Assallamualaikum....
Maaf...Uncle just mencelah sikit...untuk elak kekeliruan... (munkin "konteks ayat" boleh mengelirukan)..
Hadith..:
عن عبد الله بن مسعود قال، قال النبي صلى الله عليه وسلم : لا حسد إلا في اثنتين رجل اتاه الله مالا فسلط على هلكته في الحق ورجل اتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها
Daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak boleh dengki kecuali dalam dua perkara ; (terhadap) seseorang yang Allah berikan harta lalu dia gunakan harta tersebut ke jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain."
So.....apa yg uncle faham...hanya yg 2 ni yg kita BOLEH JELES...hehe 
|