CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3065|Reply: 2

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?

[Copy link]
Post time 23-12-2013 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
samada anda pernah bersalin sebelum ini;
bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.
Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:
air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.
Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.
Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.
Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Tanda-tanda pelahiran termasuk:
Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
Pembuangan najis lebih mudah.

Bakal-bakal ibu yang lain juga memikirkan tentang proses kelahiran dan bersalin. Temui mereka dalam forum Komuniti kami. Anda juga boleh mendapatkan beberapa tip kelahiran dan bersalin atau kongsi pengalaman anda sendiri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 07:02 PM | Show all posts
pada masa ni la suami kena lebih memberi tumpuan pada isteri. teman isteri sentiasa. urutkan badan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 01:16 PM | Show all posts
yang perut rasa ringan atau org cakap kosong di bahagian diaphragm tu..sumpah aku takleh nk rasa..rasa sama aje..tp tau dekat nk bersalin sbb doktor scan ckp kepala dah engage..kalau ada blood show, or watershow, or contraction yang sakit yahamat(not brixton hicks)..cepat2 g wad bersalin..masa engage tu dah 34 weeks camtuh..tunggu punya tunggu..dua minggu lepas tu baru bersalin...no watershow..no blood show..cuma contraction

contraction tu pulak selama 2 hari...jarak dia makin lama makin rapat..mula every 3 hours..then every two hours..then every one hour..sampai la jadi every 5 minutes..terus g hosp...baru 3 cm pun..tp sakit gile kot rasa cam nyawa dah nk putus sikitt je lg..

bagi yag bayi kurang bergerak tu..mak2 kena peka...aku kan..biarla org nk kata over pun..tp aku mmg selalu turun naik klinik...sbb aku takut jadi pape..maklumlah..bukan kita nampak pon baby dlm perut..aku pernah gak pergi klinik..sbb anak aku stop bergerak kol 1 pm..aku tunggu punya tunggu..makan coklat..baring mengiring..semua takde respon..kol 7 lebih g klinik..doktor check alhamdulillah ok..doktor kata baby ni kadang2 mls nk bergerak..mcm kita jugak...ada hari2 dia nk dok diam...tp doktor puji la ckp bagus aku datang cepat2..sbb patient sebelum aku..anak dia dah berhenti bergerak..dia biar je..sehari lebih ..next next day baru g scan...anak dia dah meninggal..at 36weeks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035911 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list