CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6421|Reply: 12

tatacara bersuci setelah membuang air kecil

[Copy link]
Post time 22-12-2013 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)

Cuci kencing cara betul

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan. -fb



TT - tajuk diedit untuk konotasi yg sopan. Last edited by mbhcsf on 23-12-2013 02:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 02:50 PM | Show all posts
TQ cik lipas...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 11:54 PM | Show all posts
nasihat yang baik, ambillah perhatian....

cuma bab sunat mengurut, berdehen semua tu tidak ada dalam dalil....

maka tidak wajar mengatakan ia sunat.....

mungkin boleh katakan salah satu kaedah.....tetapi tak boleh jatuh hukum sunat...

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 02:37 AM | Show all posts
lagi satu , for ladies,

tandas di Malaysia ni rasanya tak ada disediakan toilet paper , so saya nak kongsi bahawa setelah qada' hajat elok  keringkan bebetul bahagian sulit anda, ya untu elak dari berbau, jangkitan kulat etc.

Ketika mengeringkan bahagian suit tersebut eloklah dimulakan dari  bahagian depan ke  belakang.

( sebab kalau songsang arah takut microb  yg dari bahagian belakang terbawa ke bhg hadapan dan  untuk elak jangkitan saluran air kecil /  urinary tract infection ( UTI ))
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 09:13 AM | Show all posts
aku biasa masuk toilet dlm masjid, kebanyakan mereka ni tak ikut sunah berdehem ni...ada sekali jumpa pak aji pakai jubah masuk kencing berdiri (tak tutup pintu toliet), camne lah agaknya, adakah dia yakin balance urine dia tu dah abis keluar?..lepas tu kencing plak berdiri, walopun ada riwayat mengatakan nabi pernah sekali kencing berdiri kat kawasan sampah, tapi percikan urine tu adakah tidak mengena kaki atau bahagian bawah jubah? Bagaimana dia solat, sahkah, sbb dah terkena najis?

@ussopp @mnm77  
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 09:27 AM | Show all posts
nakkenalesing? posted on 23-12-2013 09:13 AM
aku biasa masuk toilet dlm masjid, kebanyakan mereka ni tak ikut sunah berdehem ni...ada sekali jump ...

seharusnya dia perlu mengelak dr membawa najis dalam solat....
semoga kita termasuk dlm golongan org yg terpelihara dari masalah itu dgn mengamalkan sikap berhati2 ketika buang air kecil........

dan berdehem bukanlah sunnah khusus dr nabi.....ia hanya cadangan kaedah......

yg nabi ajar adalah supaya bersikap teliti ketika membuang air kecil.....secara umum.....terpulang....asalkan tidak ambil mudah, maka gunalah cara apa pun....

wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2013 10:08 AM | Show all posts
nakkenalesing? posted on 23-12-2013 09:13 AM
aku biasa masuk toilet dlm masjid, kebanyakan mereka ni tak ikut sunah berdehem ni...ada sekali jumpa pak aji pakai jubah masuk kencing berdiri (tak tutup pintu toliet), camne lah agaknya, adakah dia yakin balance urine dia tu dah abis keluar?..lepas tu kencing plak berdiri, walopun ada riwayat mengatakan nabi pernah sekali kencing berdiri kat kawasan sampah, tapi percikan urine tu adakah tidak mengena kaki atau bahagian bawah jubah? Bagaimana dia solat, sahkah, sbb dah terkena najis?

Salam...

Pasal kes kencing berdiri bagi lelaki, dalam keadaan tertentu dibolehkan (bukan digalakkan), dan yang sunnah ialah kencing duduk.

Pasal sah tak sah, kena najis tak kena najis, itu berbalik kepada toharah (kebersihan) diri sendiri, kita tak boleh hukum untuk orang lain, melainkan ia jelas dan nyata (contoh kelihatan kesan tompokan air kencing secara zahir, bukan air basuhan yang terpercik)

Pasal berdehem tu, sebabnya ialah nak habiskan saki-baki air kencing yang mungkin tertinggal dalam saluran kencing, maka tujuannya itu sebahagian dari toharah (kebersihan), maka anjuran berdehem itu anjuran yang baik. Kalau kita tak dengar orang berdehem ketika kencing atau selepas kencing, kita tak boleh hukum dia tak ikut sunnah berdehem, mungkin dia berdehem secara perlahan tak kedengaran, atau mungkin juga dia tiada masalah saluran kencing walaupun usianya dah lanjut.

Setiap yang sunnah tu dianjurkan untuk diri sendiri amalkan, dan secara hikmahnya kita boleh sampaikan kelebihan-kelebihan sunnah kepada orang lain.... Insya-Allah dakwah secara berhikmah lebih berkesan....


Last edited by mnm77 on 23-12-2013 10:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:51 PM | Show all posts
tentang membuang air kecil secara  berdiri ni , saya ada mendengar ceramah dari Ustaz Don , dan ustaz ini mmg strongly against amalan ini sebab katanya amat tidak elok , dan  ada dalil.

jadi saya nak tahu apa status ye , sebab kat tempat / tandas awam pun urinal mmg tak  begitu sesuai untuk  cara lain dan  kondusif , kan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 11:40 PM | Show all posts
tksh sdr ussopp & mnm77

Comments

you're welcome  Post time 24-12-2013 09:06 AM
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:15 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-12-2013 08:51 PM
tentang membuang air kecil secara  berdiri ni , saya ada mendengar ceramah dari Ustaz Don , dan ustaz ini mmg strongly against amalan ini sebab katanya amat tidak elok , dan  ada dalil.

Kalau ikut Ulama yang saya percayai, memang mereka pun strongly against amalan kencing berdiri, namun sebab ada dalil hadith sahih yang membuktikan Nabi pernah buat (bukan sebagai amalan kebiasaan), maka mereka 'relax' kan sikit hukum berkaitan kencing berdiri, tak jatuh haram tetapi bukan Sunnah (yang biasa dilakukan). Hadith tu juga menunjukkan dalam situasi tertentu, dibolehkan. Hadith sahih dari 'Aisyah RA pula memberikan penjelasan yang jelas tentang Sunnah Nabi, bahawa Nabi membuang air kecil secara duduk.

jadi saya nak tahu apa status ye , sebab kat tempat / tandas awam pun urinal mmg tak begitu sesuai untuk cara lain dan kondusif , kan ?

Itu lah.... hanya dalam keadaan tertentu.... bukan untuk kebiasaan.... sebaik-baiknya kencing duduk, banyak dalil yang menyokong hujjah kencing duduk.

Kalau kencing berdiri tu sesuatu yang dianjurkan, sudah tentu akan ada riwayat menyokong cara mebuang air kecil di beberapa tempat-tempat lain, namun riwwayat pasal kencing berdiri hanya diperolehi ketika Nabi berada di tempat pembuangan sampah.... bukan di rumah atau di tempat lain...

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:21 PM | Show all posts
noor2 posted on 22-12-2013 02:50 PM
TQ cik lipas...

Selama ini nko setakat tekap dengan toilet roll ka?



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:26 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-12-2013 08:51 PM
tentang membuang air kecil secara  berdiri ni , saya ada mendengar ceramah dari Ustaz Don , dan usta ...

Mungkin nko boleh ajar cara kepit yang most effective supaya boleh dapat tahan sehingga sampai rumah?














Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 04:33 PM | Show all posts
cuci sampai birsih
lap sampai kiring
rumbut gunding

                Last edited by nelayan on 27-12-2013 04:36 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053284 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list