View: 10705|Reply: 3
|
NIOSH-TNB Dan CIDB - Aspek Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja.
[Copy link]
|
|
Khusus untuk mereka yang sudah berkeluarga. Para isteri perlu tahu maklumat penting seperti ini supaya isteri tahu apa yang dia perlu lakukan bila waktunya.
Ramai yang tidak tahu mengenai keperluan membuat tuntutan dengan pihak CIDB dan NIOSH. Selalunya kita tahu mengenai tuntutan dengan pihak PERKESO sahaja.
Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO )
Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO. Kalau ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat, pekerja layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
Sekiranya pekerja mengalami hilangupaya kekal, dia akan mendapat faedah harian minimum RM 10.00 untuk pekerja yang bergaji dibawah RM 10.00 sehari atau maksimum RM 78.67 sehari untuk pekerja gaji melebihi RM 2900.00 sebulan.
Kalau Hilang upaya Kekal sebanyak 100% dan perlukan penjaga yang menjaga , bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan layak disyorkan oleh Jemaah Doktor untuk penjaga.
Construction Industry Development Board Malaysia ( CIDB )
Semua pekerja dalam sektor pembinaan sepatutnya mempunyai Kad Hijau CIDB. Kad Hijau CIDB ini seperti lesen untuk membolehkan pekerja memasuki mana-mana tapak pembinaan. Kad Hijau dikeluarkan selepas pekerja mengambil kursus mengenai aspek keselamatan di tapak binaan yang dipanggil Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan.
Bila dah ada Kad Hijau, secara automatik pemegangnya dilindungi di bawah Skim Takaful CIDB mengikut konsep hibah tertakluk kepada terma dan syarat perlindungan.
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)
Seorang suami yang bekerja di tapak projek dimiliki oleh TNB ( Tenaga Nasional Berhad ) perlu mempunyai lesen dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipanggil Pasport Keselamatan NIOSH – TNB .
Pasport Keselamatan NIOSH – TNB ini adalah satu program latihan khusus untuk pekerja-pekerja kontraktor TNB bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat meminimakan kemalangan di tempat kerja.
Selepas lulus penilaian kursus,barulah pekerja mendapat Pasport Keselamatan NIOSH- TNB yang secara automatik juga dilindungi di bawah pelan Takaful Keluarga Berkelompok.
Pasport Keselamatan NIOSH ini ada banyak kategori mengikut jenis pekerjaan , seperti Minyak & Gas, TM , Genting, Syabas, Maybank dan UiTM.
Para isteri kena tahu status program yang melindungi suami masing-masing kerana ini adalah perkara penting untuk dirinya dan keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada suami yang menjadi sumber nafkah keluarga.
Mesti ada yang akan komen, sebab itulah perempuan perlu bekerja supaya dia ada sumber pendapatan kalau suami dah tak ada. No komen. Rumahtangga masing-masing, keperluan dan keutamaan masing-masing menguruskan. Kalau suami cukup menyediakan sara hidup, cukuplah kalau isteri tak berkerja. Perlu tahu keperluan sara hidup atau memenuhi gaya hidup.
Kita tertekan dengan kos sara hidup atau kos gaya hidup?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
green card aku da mati bln lepas.bg kt safety officer byk plak kerenah.nk p renew sendiri xdak masa lg |
|
|
|
|
|
|
|
sama jgk, dah expired green card aku..
masa aku nk renew dgn safety officer kat opis aku ni,
dia kata dia dh hntr borang tu kat pej cidb..
so, nak tak nak kene pi renew sendiri, tp ntah bilalaa nak gi sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
xdak masalah xpe.lau ada masalah mampus kena.haha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|