View: 7811|Reply: 1
|
Rosman pertahan presiden
[Copy link]
|
|
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Selangor, Rosman Mohd Ibrahim menepis tanggapan segelintir peminat yang mendakwa Presidennya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jarang turun ke padang memberi sokongan kepada skuad Merah Kuning musim ini, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.
Jelasnya, walaupun Abdul Khalid boleh dikira berapa kali hadir ke Stadium Shah Alam, beliau tidak lupa bertanya khabar pemain dan membantu pihak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
"Sebagai Menteri Besar beliau banyak lagi perkara nak difikirkan. Tapi, sejak 2008 beliau menjadi presiden, FAS tidak pernah alami kesulitan dari segi kedudukan kewangan.
Rosman
"Biasalah, beliau merupakan orang politik yang bertanggungjawab menjaga negeri Selangor dan tidak hanya fokus kepada bola sepak sahaja. Bola sepak ini mungkin satu daripada 1000 acara dalam diarinya.
"Alhamdulillah. Beliau tetap membantu dalam segenap aspek," katanya.
Sementara itu, Rosman mengulangi keyakinan sasaran meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan boleh tercapai meskipun banyak pemain berpengalaman berhijrah.
"Memang kita kehilangan Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Amri Yahyah dan Norazlan Razali tapi jika lihat pada skuad Selangor yang dibentuk kali ini, saya fikir ia bukan satu masalah.
"Kemasukan Farizal Marlias, dan beberapa pemain tempatan lain serta tambahan empat awang import termasuk Andik Vermansyah di jangka mampu mengembalikan semula kegemilangan Selangor selepas ini," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|