CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4291|Reply: 1

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (rmr1m) - Permohonan Melalui Online.

[Copy link]
Post time 2-12-2013 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Saya pasti ramai antara kita yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi seandainya anda sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Rumah kediaman merupakan keperluan asas yang diperlukan, dan sepatutnya memiliki rumah bukan menjadi satu bebanan. Alhamdulillah, ada program pemilikan rumah yang mampu milik boleh anda dapatkan. Anda kini boleh membuat permohonan secara online untuk rumah mesra rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai RMR1M.



Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M (klik) yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M di sini (klik).




Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.




Quote:Syarat AM RMR1M
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
Tapak keluasan minimum 7,500kps.
Tertakluk kepada pinjaman bank.





Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank.

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini.



Cara Memohon RMR1M

*Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
*Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
*Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.






Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini - Manual Pengguna RMR

Bagaimana rupa bentuk rumah RMR1M ini? Ok, saya kongsikan kepada anda beberapa illustrasi mengenai rumah konsep yang telah disediakan oleh SPNB.





Rekabentuk Rumah RMR1M





Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 603 – 26185555

p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.

p.s: Segala jawapan kepada persoalan adalah sekadar pengetahuan dari penulis dan bukan kata muktamad atau rasmi yang dikeluarkan oleh SPNB






Komen
- komen

http://wangolds.com/Thread-Rumah ... Online#.Upv9ESdgQiw

Last edited by BelovedTaeyeon on 2-12-2013 11:35 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 07:00 AM | Show all posts
Aku x layak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061655 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list