|
NorAddin posted on 16-12-2013 11:55 AM 
salam
sekadar mintak pandangan ..
sALAM..
Sesungguhnya para Rasul termasuk Nabi Adam as telah beriman dengan Nabi Muhammad saw. Allah telah memberitahu kepada mereka tentang keujudan Nabi Muhammad saw contohnya Nabi Isa, di mana ayat Allah yang menceritakan akan hal ini ialah :
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (As-Saff : 6)
Dan sesungguhnya agama tauhid beriman kepada Allah ini sememangnya telah dinamakan dengan nama ISlam sejak keujudan Nabi Adam as bila Allah menyebutnya :
Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. (Al-Mu'minum : 52)
"Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu (agama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu." (Yunus : 19)
Maka kronologi tentang manusia dan Islam sejak Nabi Adam as diwujudkan di syurga dulu sehinggalah manusia berada dalam dalam syurga selepas berlakunya hari kiamat kelak ada tercatat dalam al-Quran... bila kita mengkaji, InsyaAllah akan bertemu apa yang mahu diketahui.. disitu ada semua jawapan untuk SEMUA masalah manusia... InsyaALLAH...
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 18-12-2013 04:23 PM 
salam
appreciate ..
Salam....
Sesungguhnya ajaran Allah berkesenambungan sepanjang zaman namun disempurnakan di dalam al-Quran melalui Nabi Muhammad saw. Maka untuk mencari mereka yang betul-betul mengikut ajaran para Rasul terdahulu dari baginda pada zaman kini memang dah tak ada lagi rasanya memandangkan panjangnya zaman yang telah berlalu dan terdapatnya ubahan kepada ajaran yang dibawa... contoh jelas kita boleh lihat pada mereka yang merujuk pada kitab Taurat dan Injil... Semoga kita hargai al-Quran yang diberi kepada kita... dia mukjizat yang merentas zaman... Syukur Alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|