|
Satu orang yang ikhlas terhadap dirinya, adalah seorang yang tidak khianat/menipu dirinya sendiri. Dia tidak berpuas hati selagi apa yang bermain dalam fikiran dan perasaannya tidak terjawab. Walau ada yang mengatakan ini betul dan ini salah. Tapi adakah ini satu kebenaran. Kadang -kadang kita akan lihat banyak perkara atau tanda bahawa alam ini ada penciptanya. Pasti ada, itulah sebabnya kebenaran ini dicari. Kebenaran adalah satu topik yang besar dalam persoalan manusia. Manusia memang diciptakan oleh tuhan untuk mencari tuhannya. Namun dimanakah tuhan. Dapatkah kita mengenalinya dan berhubung dengannya. Sebenarnya tuhan telah memberi isyarat/message/petunjuk/clue yang jelas melalui alam ciptaannya ini.
Kita perlu perhatikan alam ini sambil berfikir, dari sudut sistemnya yang seimbang, iaitu perbezaan antara baik dan buruk. Kebaikan adalah satu perkara yang manusia suka kepadanya, sedang kejahatan satu perkara yang manusia tidak suka. Digambarkan pada alam ini bahawa ada kuasa jahat tetapi ada kuasa baik lawannya. Bila sampai masa kedua-duanya lenyap tinggal sejarah. Kemudian lahir pula generasi yang lain, tetap akan ada pihak yang menjadi baik dan jahat. Definasi kepada kejahatan ialah membuat sesuatu yang tidak betul tempatnya. Definasi kepada kebaikan ialah membuat sesuatu sesuai dengan tempatnya. Dari perkara yang kecil hingga perkara besar.
Sebenarnya dunia ini hanyalah tempat manusia akan diuji, adakah mereka benar-benar mahu tunduk kepada matlamat ia diciptakan. Matlamat manusia dicipta adalah untuk mencari tuhannya dan setelah jumpa jalannya dia akan menyerahkan dirinya kepada apa yang diperintahkan oleh tuhannya. Didalam islam, jalan untuk mencari kebenaran bermula dari memikirkan alam ini untuk mencari tanda-tanda ujudnya tuhan itu. Bila telah ditemui tanda-tanda adanya pencipta, maka bermulalah satu perjalanan yang panjang untuk terus mencari cahaya petunjuk yang lebih jelas.
Manusia akan terus merasa resah dan tidak tenteram jiwanya selagi tidak berada dalam kebenaran, jika ia telah menemui kebenaran. Dalam keadaan apapun dia akan tenang, meskipun berada dalam situasi panic. Dia tetap tenang. Sebab dia tahu Tuhan itu ada, dan tuhan itulah yang lebih tahu semua perkara dan maha bijaksana.
Agama yang benar adalah agama yang ada ketenangan, agama yang salah membuat pengganutnya resah gelisah dan bingung. Agama yang benar adalah satu anugerah, mengamalkan agama ada satu nikmat. Mendapat makrifatnya adalah satu tanda " Connection successful, You Are On-Line".
Last edited by zamkumis on 17-10-2013 10:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alam ini adalah ayat-ayat Allah tapi ramai manusia tidak dapat memahami...
Lantas Allah turunkan ayat-ayat Allah dalam al-Quran supaya manusia mengerti...
Tapi masih ramai juga manusia tidak mengerti.....
Bagaimana mahu mengerti...
Bila al-Quran dan Nabi Muhammad saw itu dinafi...
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya). Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu." (Al-Hadid : 1-9) |
|
|
|
|
|
|
|
Chari menchari
warna di ilusi
namun maseh
tiada di kenyataan..
Langkah pesona
kabor di mata
arah tak pasti
ku-belenggu..
Chari jangan tak chari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yang pasal tarekat tuh ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|