CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 7

Tips Cara Memikat Lelaki

[Copy link]
Post time 19-9-2013 08:28 AM | Show all posts |Read mode
  • 1) Jadi Seperti Perempuan

    Duhai kaum Hawa sekalian, jika anda ingin menawan hati lelaki, jadilah seperti wanita! Kebanyakkan orang lelaki tidak akan tertarik dengan orang perempuan yang tidak seperti perempuan. Gaya lenggang anda ketika berjalan, tutur bicara anda, gerak-geri anda, adab sopan anda, pakaian anda, adakah semuanya seperti seorang perempuan? Anda harus sedar bahawa kami lelaki, menganggap wanita itu lembut, halus, tertib, penuh kesantunan dan sebagainya. Jika perwatakan anda kasar, berjalan seperti kaki pukul, orang lelaki pun takut. Pendek kata, jadi feminin, bukan maskulin!

    2) Jangan Terlalu Tunjuk Pandai

    Bukannya lelaki benci atau tak suka wanita yang cerdik dan bijak. Namun jika anda menunjukkan seolah-olah anda lebih bijak dari lelaki, ini akan menimbulkan perasaan yang agak tidak selesa bagi lelaki tersebut. Kalau anda nak tahu, lelaki suka jika pasangannya memujinya kerana kepintaran dan kecerdikannya. Ingat, walaupun mungkin anda tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menrendah-rendahkannya, jangan sampai anda calarkan egonya dengan menunjukkan anda terlalu bijak untuk dirinya. Beri peluang untuk dia mempamerkan kebijaksanaannya dan bakat kepimpinannya yang ada. Minta darinya pendapat atau cadangan kerana tidak secara langsung anda telah mengiktiraf dan mengakui kehebatannya dan mereka juga akan berasa bangga. Ingat, tiada halangan untuk anda menjadi genius sekalipun, namun, bila bersama dengan lelaki kesayangan anda, pandai-pandailah kawal diri.

    3) Ambil dan Jaga Hatinya

    Jika anda ingin menawan hati lelaki, anda juga perlu pandai mengambil hatinya. SMS lah padanya bertanyakan sudah makan atau belum, bagaimana dengan kerjanya di pejabat dan sebagainya. Dengan kata lain, jadilah seorang yang caring! Tapi nasihat saya, janganlah terlalu sibuk bertanya itu dan ini padanya kerana takut-takut rimas pula jadinya nanti. Asalkan si dia tahu bahawa anda mengambil berat tentang dirinya cukuplah. Selain itu, anda juga boleh masak masakan kegemarannya untuk mengambil hatinya. Tak tau masak? Tiada masalah. Anda boleh mengambil hatinya walaupun apa yang anda berikan padanya hanyalah sebungkus kerepek ubi pedas.

    4) Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Kewanitaan





    Percaya atau tidak, walaupun memasak, menjahit, mengemas, menghias dan sebagainya bukanlah kemahiran wajib yang perlu anda tahu, namun memiliki kemahiran tersebut merupakan bonus buat anda. Orang lelaki akan lebih tertarik jika mereka tahu anda pandai memasak, menjahit, rajin mengemas dan sebagainya. Jika anda ada kemahiran memasak contohnya, tunjukkan kehebatan anda. Biarkan si dia rasa masakan anda yang paling special ataupun buat kejutan dengan menyediakan menu kegemarannya. Jangan pandang rendah pasa kuasa masakan. Dalam rumahtangga, masakan adalah rahsia isteri memikat hati suamimereka! Sebenarnya, selain menaikkan saham anda, ilmu dan kemahiran-kemahiran ini menonjolkan lagi nilai keibuan yang ada pada diri anda. Mereka pasti cair!

    5) Berikan Dirinya Peluang

    Jangan lakukan segalanya seorang diri, tetapi berilah dia peluang untuk mengurat atau memikat anda pula. Kalau difikir-fikirkan, rata-rata bagi orang perempuan, lelaki lah yang patut memulakan, betul tak? Ciptalah peluang agar dirinya dekat dengan anda. Berikan dia ruang agar dia dapat melihat anda atau menghampiri anda tanpa sebarang halangan. Lelaki ini ramai yang pemalu. Jika anda sering berada dalam kelompok kawan wanita anda, mungkin dia malu untuk menghampiri. Sekali-sekala, tak salah untuk berada di luar kelompok tersebut untuk memberi ruang padanya.

    6) Cari Persamaan

    Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam. Mungkin anda boleh berkongsi hobi, makanan kegemaran, warna kesukaan dan model kereta yang sama. Tetapi ingat, jangan sampai anda terpaksa menipu dengan mewujudkan persamaan ciptaan anda sendiri. Sebaiknya, cuba cari persamaan yang benar-benar wujud antara anda dan dirinya.

    7) Hampir Dengannya

    Orang yang paling hampir dengan kita, yang selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir degan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya. Cara yang paling mudah ialah menjadi kawannya. Berkawanlah dengannya dahulu. Lagipun anda perlu mengenali hati budinya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengannya, apatah lagi menjadikannya sebagai teman hidup.


    Bagaimana dengan kecantikan? Tak dinafikan, lelaki mudah tertarik dengan kecantikan raut wajah dan tubuh badan. Tapi, bukankah kecantikan itu subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain. Percayalah, setiap insan diciptakan berpasangan. Apapun, sebagai wanita, anda perlu pandai menghias diri. Janganlah dibiarkan diri nampak selekeh dan tidak terurus. Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak lagi ingin saya kongsikan. Namun, cukuplah dengan apa yang telah saya sajikan. Sedikit ilmu dan pandangan ini harap bukan sekadar jadi renungan, tapi biarlah diamalkan.


Last edited by babyridz on 19-9-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm......patut laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:44 PM | Show all posts
Yayayayaya ...Lox setuju, tapi berape kerat yang buat .. yang muncung banyak la ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:30 AM | Show all posts
Ni tips masa mula2 nk memikat.. kalau dah lama cam ner nk kekal kan keharmonian dalam perhubungan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:16 AM | Show all posts
gud info nih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:28 PM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2013 04:27 PM | Show all posts
ilmu kewanitaan tu kalau xde lagi boleh belajar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:29 AM | Show all posts
thanks , good infoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047432 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list