|
adi ke eksiden?
alaaaaaa
suke wat ceni
momey |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir 10 minit Adi dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Ibu dan ayah Adi juga turut bersama di hospital tersebut termasuk Damia.
Kelihatan Fizo agak tergopoh gapah masuk ke kawasan wad kecemasan itu. Dia ternampak akan Damia namun dia tersenyum dan terus pergi ke arah ayah dan Ibu Adi.
"Assalammualaikum Dato..Datin.." ucap Fizo lalu bersalaman dengan ayah Adi.
"Waalaikummussalam." jawab Dato Jalaludin yang masih memegang erat tangan isterinya, Datin Sofea itu.
"Adi macam mana?"
"Tadi doktor ada ambil darah auntie sebab Adi memang kekurangan darah sekarang. Lagipun darah jenis 'O' kan susah kita nak dapat. Darah auntie tu pun entah lah cukup ke tidak.." jawab Dato Jalaludin dengan tenang.
Sesekali Fizo menoleh ke arah Damia yang duduk di penjuru keseorangan. Kemudian dia memandang ayah dan ibu Adi kembali. Fizo adalah bekas pekerja ayah Adi seuatu ketika dahulu. Sebab itu dia lebih selesa berbual bersama mereka.
"Siapa perempuan tu?" tanya Dato Jalaludin
"Sekejap ya, uncle.." Fizo minta diri lalu berjalan ke arah Damia.
Fizo duduk bersebelahan dengan Damia. Mereka berdua berbalas senyuman. Kelihatan mata Damia sedikit bengkak mungkin terlalu banyak airmata yang dicurahkan.
"Kalau tak salah saya awak Damia ke?"
Damia hanya mengangguk. Tiba-tiba Doktor pakar tersebut keluar lalu berjalan ke arah ibu dan ayah Adi. Dengan pantas Fizo bangun lalu berjalan laju ke arah doktor tersebut diikuti Damia.
"Adi masih perlukan darah. Darah yang ada masih belum cukup.."
Kata-kata doktor itu menyebabkan Datin Sofea hampir pengsan. Dengan cepat Damia menyambutnya dibantu Fizo juga.
"Kami perlukan darah lagi jenis 'O' untuk menyelamatkan Encik Adi."
Fizo mengeluarkan handphone dari poket seluarnya lalu berjalan agak sedikit jauh dari kawasan kecemasan itu.
Panggilannya dijawab.
"Kau kat mana? Cepat sikit!"
"Kejap! Lagi 5minit aku sampai. Tengah cari parking ni.."
"Kau je harapan terakhir.."
Aaron terdiam. Dia mematikan talian. Sepatutnya Aaron akan berlepas ke UK pada pukul 3.30 petang itu tetapi setelah mendapat panggilan kecemasan dari Fizo membuatkan Aaron rasa bertanggungjawab membalas budi baik Adi pada dirinya. Kebetulan juga darah Aaron sama jenis dengan darah Adi!
*******************
Semua berdoa semoga Adi dapat diselamatkan. Ditambah pula mereka dapat berita gembira kerana terdapat penderma darah jenis darah 'O' yang sanggup membantu Adi di saat terakhir. Namun, nama penderma darah itu dirahsiakan! Hanya Fizo sahaja yang tahu Aaron adalah penderma darah tersebut!
Damia yang baru selesai solat asar lewat petang itu berasa sedikit lapar. Dia bercadang mahu ke kedai berhampiran mungkin dapat beli roti untuk mengisi perut. Sebaik sahaja dia mahu membuka pintu kereta, dia ternampak akan Aaron yang sedang menghidupkan enjin kereta itu.
"Aaron?"
Belum sempat Aaron memulakan perjalanan, dia ternampak akan bayangan Damia sedang melambai ke arahnya. Memberi isyarat akan dia tunggu sebentar dan kelihatan Damia sedang berlari anak ke arahnya.
"U buat apa kat sini?" tanya Damia seolah tiada apa yang berlaku antara mereka.
Aaron hanya tersenyum.
"Jangan cakap yang U dermakan...." Belum sempat Damia menghabiskan ayatnya, Aaron keluar dari keretanya lalu berdiri dihadapannya.
"Semoga Allah panjangkan umur Adi dan dapat hidup bahagia bersama dengan perempuan sebaik dan secantik U.." kata Aaron sambil mengusap kepala Damia untuk beberapa saat.
"Syukur I diberi peluang untuk berbakti dengan orang yang terpenting dalam hidup I.." tambah Aaron lagi lalu masuk ke dalam kereta.
Aaron sempat mengukir senyuman sebelum dia terus berlalu pergi dari situ dan entah bila akan pulang lagi.
*******************
Seminggu telah pun berlalu. Adi yang masih koma semenjak kemalangan itu akhirnya tersedar dan orang pertama yang dilihatnya ialah Damia.
"Syukur alhamdulillah.." ucap Damia dan terus menangis tanda syukur Adi telah sedar.
Damia keluar dari bilik tersebut lalu memanggil doktor berdekatan. Sambil doktor memeriksa Adi, Damia menghubungi Datin Sofea yang ketika itu keluar makan bersama suaminya di kantin bawah hospital tersebut.
Ya! Sepanjang Adi berada di dalam koma, Damia dan Fizo lah yang menjaga Adi. Damia juga telah rapat dan mula mengenali keluarga Adi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Doktor memandang Damia.
"Syukur Encik Adi semakin pulih.."ucap Doktor Ashraf yang berkaca mata itu.
"Alhamdulillah.." ucap Dato Jalaludin dan Datin Sofea yang baru tiba di bilik khas kelas pertama di hospital itu.
Datin Sofea mendapatkan anak tunggalnya itu lalu dikucup berkali-kali pipi Adi.
"Allah perkenankan doa Ibu.."
Adi mengesat airmata ibunya itu. Kemudian dia tersenyum memandang ayah dan Damia. Fizo yang ketika itu terpaksa menghadiri kursus di luar ibu negara dan tidak dapat bersama berkongsi kegembiraan tersebut. Tetapi Damia juga tidak lupa memberitahu Fizo akan berita gembira itu!
*******************
Sementara Dato Jalaludin dan Datin Sofea keluar dari bilik khas itu, Damia mengambil peluang berborak dengan Adi. Dia mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Adi.
"Terima kasih kerana tolong jagakan saya.." ucap Adi dengan penuh lemah.
Damia menangis.
"Mia, kenapa ni?"
"Sepatutnya awak ucap terima kasih pada Aaron.."
"Aaron?"
"Dialah penyumbang darah yang terakhir untuk awak.."
Adi terdiam. Kemudian dia cuba mencari handphonenya.
"Mana handphone saya?" tanya Adi yang cuba bangun itu.
"Awak nak buat apa? Lebih baik awak baring. Awak belum sihat lagi ni.." Damia cuba membaringkan Adi semula.
"Saya nak call Aaron.."
Tiba-tiba Dato Jalaludin dan Datin Sofea masuk ke dalam bilik itu mengejutkan Damia dan Adi.
"Ini untuk Adi.." kata Datin Sofea sambil memberi sekotak kecil pada Adi.
"Kotak ape ni?" tanya Adi lalu membuka kotak tersebut.
Di dalam kotak tersebut terdapat jam tangan Aaron dan sekeping kertas kecil.
"Ini jam Aaron.."
"Aaron minta ibu bagi kotak ni pada Adi. Aaron sempat jumpa Ibu sebelum dia gerak ke UK.."
Adi membuka lipatan kertas kecil itu.
[ Aku tahu kau masih ingat jam tangan edisi khas ni. Kita sama-sama pernah berebut nak beli jam tangan ni dan aku akhirnya yang berjaya. Oleh itu, aku serahkan semula jam tangan ni kembali pada kau dan aku harap kau boleh simpan atau pakai dengan sebaiknya. Aku sayangkan kau, sahabat! Aku akan sentiasa bersama dengan kau kerana darah yang mengalir dalam tubuh kau juga adalah darah aku.. Dan aku juga doakan akan kebahagiaan kau bersama Damia.. Sekian. -Aaron- ]
Airmata jantan mula mengalir membasahi pipi. Dilipatnya kertas kecil itu semula lalu mengambil jam tangan di dalam kotak itu.
"Terima kasih, Aaron.." bisik Adi di dalam hatinya.
Sekian.
sehingga berjumpa lagi insyaallah di lain cerita
tataaaaa Last edited by momey on 25-9-2013 08:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
cemtu je..asal tak msk kan jer plot damia & adi kawen
apepon sgt best
thanks momey
new story jgn la ade ba2 rogol nie
huarghhhh |
|
|
|
|
|
|
|
...
Best..best...
tapi tak mo lah kena rogol berkali2...
dah kena bergilir2..
pastu tambah plak ngan gigolo aaron tu..
hish...cam senang2 je nak merogol si Damia tu...
camana pun...tahniah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|