CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: alisyadania

JOM GUGEL V209 [Selesai]

[Copy link]
Post time 31-7-2013 02:54 PM | Show all posts
alisyadania posted on 31-7-2013 02:43 PM
pan ko buat conclusion ek



KUANTAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Sungai Kuantan berhampiran Medan Feri dekat Tanah Putih, di sini, semalam.

Mayat mangsa berasal dari Kampung Tanah Putih, Pekan, itu ditemui seorang pekerja pembersihan yang kebetulan sedang mengutip sampah menggunakan sebuah bot di kawasan berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, penemuan mayat mangsa yang hanya memakai seluar jeans hitam tidak berbaju dimaklumkan kepada sekumpulan lelaki termasuk ahli keluarga mangsa yang berada di kawasan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan pengecaman salah seorang ahli keluarganya,  mangsa disahkan sebagai lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai itu bersama seorang rakan petang 2 April lalu.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, mangsa bersama rakannya dipercayai terjun ke dalam sungai itu kira-kira jam 2 petang, 2 April lalu kerana terkejut selepas menyedari sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menyerbu ‘port’ penagih di kawasan Lorong Lengkok Kanan.

“Mangsa bersama rakannya yang  berada di kawasan tidak jauh dari lokasi serbuan dipercayai bertindak terjun ke dalam sungai sebelum tenggelam.

“Rakannya terselamat dan memaklumkan kejadian menimpa mangsa kepada ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat berhubung kehilangan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan yang dibuat, usaha mencari digerakkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuantan, petang kelmarin.

“Operasi dihentikan kira-kira jam 8.30 malam kelmarin dan diteruskan pagi semalam sebelum ditamatkan berikutan penemuan mayat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, hasil operasi di kawasan berkenaan, polis berjaya menahan beberapa penagih, bagaimanapun kejadian yang menimpa mangsa tidak disedari anggota terlibat kerana berlaku bukan di kawasan serbuan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2013 02:59 PM | Show all posts
ciksurie posted on 31-7-2013 02:54 PM


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.037237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list