LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta
SHAH ALAM 4 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM20.5 juta daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Kumpulan DRB Hicom bagi tahun kewangan berakhir 2013. LTH diwakili Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail menyerahkan cek berjumlah RM12.5 juga manakala DRB Hicom pula diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang menyerahkan cek berjumlah RM8 juta. http://bm.selangorku.com/
|