View: 3080|Reply: 10
|
Enam terkorban kemalangan
[Copy link]
|
|
SIBU: Seorang bayi berusia sembilan bulan antara enam mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di KM113 Jalan Sibu-Bintulu pada kira-kira jam 8 pagi semalam.
Kejadian yang melibatkan dua buah kenderaan itu turut mengorbankan seorang kanak-kanak berusia dua tahun serta empat orang dewasa masing-masing berusia 61, 35, 30 dan 23 tahun.
Bayi dan kanak-kanak terbabit yang dikenal pasti sebagai Muhammad Danish Nurhan Mohd Serhan dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri menaiki kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh ayah Muhammad Danish, Mohd Serhan Suaib, 35.
Dua lagi penumpang kereta malang itu dikenal pasti sebagai Dayang Norhayati Tusin, 30, dan Norafizah Tusin, 23.
Salah seorang adik-beradik itu iaitu Dayang Norhayati dikatakan mengandung sembilan bulan dan dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bersalin.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Omar Bakhtiar Yaacob yang mengesahkan kejadian itu berkata, kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Mukah.
“Kenderaan mereka dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan,” katanya sambil menjelaskan kenderaan itu dinaiki oleh sepasang suami isteri, Ali Kamat, 59, dan Napsiah Hassan, 61, serta seorang cucu lelaki berusia empat tahun.
Napsiah dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala Ali dan cucu lelakinya mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.
Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... ngan/#ixzz2Y3ZkFkuK
• Petikan Berita Online • 4/7/2013
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalo x sabar ni la jadinya...takot btl bila dorang dok potong2...
sian la ada baby bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
bayi tak berdosa.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...
masa kejadian tok aku cun juak lalu di jeraya tok...dari bintulu tempat @Muntz bertendang nak ke mukah...
berterabur jak barang2 di jeraya....
proton saga tok hilang kawalan merempuh motor hilux... |
|
|
|
|
|
|
|
oo, kmk otw ke mukah ada nemu lori berlanggar dengan lori. mati. hancur teruk palak lori. kemek.. |
|
|
|
|
|
|
|
berhati-hati di jeraya
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 12-7-2013 07:57 PM
Famous juak cerita accident tok sitok....
mun sik mabuk, layap,
mun sik pun tergesa2 nak laju~
|
|
|
|
|
|
|
|
tauk kmk jalan nang sik bagus. raya tok kmk dari kuching ke mukah~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|