|
Pique yakin status pasukan pilihan tidak mengganggu rentak Sepanyol.
STATUS pasukan pilihan menjuarai Piala Konfederasi sedikit pun tidak mengganggu persiapan La Roja bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan B, Ahad ini.
Sepanyol akan memulakan kempen memburu gelaran baru menentang Uruguay di Recife, Brazil.
Pemain pertahanan, Gerard Pique berkata, bagaimanapun dia mengakui Sepanyol mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan tersebut.
“Kami tidak fikirkan yang kami merupakan pasukan pilihan atau pasukan nombor satu tetapi yang kami tahu, kami mempunyai peluang terbaik dalam Piala Dunia dan Piala Konfederasi,” katanya.
Dalam pada itu katanya, beliau turut mengakui kejohanan kali ini amat mencabar kerana banyak pasukan ingin mengalahkan Sepanyol selepas mereka berjaya meraih Piala Dunia 2010 dan Piala Euro 2012.
|
|