|
malika.
MENGANGGAP India sebagai negara yang mengetepikan hak-hak wanita dalam apa jua isu, bintang Bollywood, Mallika Sherawat memilih Amerika Syarikat sebagai destinasinya.
Namun, menurut pelakon filem Khwahish ini, dia menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya bakal berpindah ke negara itu dan meninggalkan India.
"Saya ke Amerika Syarikat untuk tujuan bersosial sahaja kerana di India, kami tidak berpeluang untuk melakukan perkara itu.
"India bukanlah tempat untuk wanita kerana kami diletakkan di tahap paling bawah sekali," katanya yang sedang menjalani filem terbaru, Dirty Politics.
Last edited by Kittie on 19-6-2013 12:28 PM
|
|