View: 1800|Reply: 0
|
Kafa: Satu kehilangan besar
[Copy link]
|
|
Kamarudin Mohd Nor
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyifatkan pemergian Allahyarham Kamarudin Mohd Nor ke rahmatullah satu kehilangan besar buat industri bola sepak negeri tersebut.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham cukup besar termasuk membantu Kelantan menjuarai Liga FAM pada 2005 dan beraksi dalam saingan Liga Perdana tahun berikutnya.
“Secara peribadi, dia jurulatih pertama saya ketika mengemudi Kelantan beraksi dalam kancah Liga FAM pada 2005. Sebagai bekas pemain, jurulatih dan Pengarah Kejurulatihan Kafa, saya fikir sumbangan beliau cukup besar bagi negeri ini.
“Saya mengenali arwah lebih 20 tahun dan merupakan sahabat yang baik serta pandai bergaul meski pun menjadi pemain bola sepak ternama ketika itu. Bagi pihak Kafa, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah dengan pemergiannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Allahyarham Kamarudin, 56, yang merupakan Penolong Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghembuskan nafas terakhir jam 6.50 petang kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), akibat serangan jantung.
Beliau memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak seawal usia 17 tahun dengan menyarung jersi Kelantan pada 1974 hingga 1986 pada posisi pertahanan kiri dan pernah mewakili negara pada Kejohanan Remaja Asia Bawah 20 Tahun, pada 1976.
Jawatan terakhir beliau ialah selaku Pengarah Kejurulatihan Kafa (2009 hingga 2010) sebelum memilih berhijrah ke ATM sebagai pembantu jurulatih kepada B Sathianathan pada awal tahun lalu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|