CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 1

Kenyataan Khairy berat sebelah

[Copy link]
Post time 6-6-2013 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai PBNP menghulurkan sumbangan untuk tabung denda FAM yang dilancarkan
baru-baru ini.

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang membayangkan persatuan itu mahu mengambil keuntungan berikutan insiden yang berlaku pada 28 Mei lalu.

Sebelum ini, menteri terbabit membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PBNP yang disifatkan tidak profesional dan dikatakan tidak adil apabila FAM memperuntukkan 60,000 keping tiket kepada PBNP.

Selain itu, Khairy juga menyifatkan PBNP gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur hingga terpaksa dibatalkan dan diadakan semula, 1 Jun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Presiden PBNP, Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan menteri itu bukan sahaja mempertikai integriti persatuan tetapi seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.

“Kami berpendapat kenyataan itu tidak seharusnya keluar dari seorang menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia boleh menjatuhkan semangat peminat Pahang.

“PBNP dapat merasakan kekecewaan peminat terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PBNP, Rizal Chek Hashim, semalam.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim dan ahli majlis, turut berlangsung penyerahan tabung kutipan denda yang dilancarkan sejak Khamis lalu hasil inisiatif Majlis Belia Pahang, Elephant Army dan Persatuan Anak Muda Pahang.

Menurutnya, tindakan FAM memperuntukkan 60,000 keping tiket kepada persatuan itu seharusnya tidak dipersoalkan kerana ia dianggap wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah.

“Persatuan bukan organisasi yang bertujuan mengaut keuntungan, sebaliknya matlamat utama membangunkan sukan bola sepak negeri selain bertanggungjawab menggalakkan pembangunan dan memartabatkan sukan bola sepak negeri.

“Kami berharap semua pihak lebih peka dengan perasaan peminat yang bersusah payah datang beramai-ramai ke Bukit Jalil, Sabtu lalu, mengorbankan masa dan wang ringgit demi pasukan tersayang,” katanya.

Menurutnya, persatuan itu menerima dengan hati terbuka, akur dan menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM yang mendenda PBNP sebanyak RM100,000 ekoran insiden pada 28 Mei lalu.

“Kami percaya FAM buat keputusan itu selepas pertimbangan sewajar dan seadil-adilnya tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, PBNP percaya kemungkinan kenyataan itu dibuat kerana ketidakpekaan atau terlepas pandang oleh Khairy terhadap fakta semasa dan perasaan peminat Pahang.

“Beliau (Khairy) seharusnya memberikan kritikan, cadangan dan buah fikiran positif supaya insiden itu tidak berulang ketika negara menyaksikan kebangkitan hebat peminat pasukan bola sepak tempatan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Abdul Rahman menghargai dan terharu dengan sumbangan penyokong Pahang yang bersusah payah membantu PBNP membayar denda.

“Ia membuktikan kehendak, semangat dan sokongan padu peminat dan ini adalah fenomena baru iaitu mereka (peminat) berasa bertanggungjawab bantu persatuan melunaskan denda,”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 06:19 PM | Show all posts
Hahaha....
Sama naik je persatuan negeri dgn FAM....
Ngong tak sudah2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 1.412809 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list