ARSENAL berdepan cabaran bagi menghalang penyerang sensasi mereka, Lukas Podolski daripada berhijrah ke Borussia Dortmund.
Dortmund dikatakan berminat membeli pemain Jerman itu selepas memperoleh wang daripada penjualan Mario Gotze.
Sebelum ini, Podolski menyatakan kegusarannya bersama The Gunners selepas sering kali tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Nasib pemain itu bagaimanapun masih tidak diketahui kerana Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang mendapat peruntukan lebih RM300 juta lebih berminat membentuk pasukan daripada menjual pemain.
Podolski dikhabarkan akan meninggalkan Arsenal untuk bersama Dortmund, musim hadapan.