CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2888|Reply: 1

'I'LL BE THERE' TERIMA KASIH ATAS KESETIAAN CASSIE MALAYSIA

[Copy link]
Post time 27-5-2013 01:12 PM | Show all posts |Read mode


Shah Alam, Mei 18, 2013 - Tamat saja sidang media kesemua para media bergegas pula ke tapak concert iaitu di Stadium Melawati. Kelihatan masih ramai lagi para Cassie beratur diluar stadium dan kounter pendaftaran media pula masih lagi sibuk dikurumuni oleh para media. Baik..baik untuk kali kedua sila abaikan juga..hehe.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah konsert yang selalunya dimulakan pada sekitar 7 atau 8 malam telah diawalkan kepada 6 petang. Kita patut mengucapkan terima kasih kepada penganjur iaitu JPM Music diatas keperihatinan mereka dengan keselamatan para peminat ini disebabkan Stadium Melawati Shah Alam ini terletak dikawasan yang agak sukar untuk mendapatkan kemudahan kenderaan awan malahan ianya jauh dari stesen LRT ataupun keretapi .

Tepat 6.15 petang concert bermula membuka tirainya. Apabila lampu dimalapkan kelihatan lautan merah memenuhi stadium. Gema lauangan 'fanchart' Cassiopeia Malaysia juga jelas kedengaran . HoMin muncul penuh bergaya sekali dengan sut gabungan putih dan emas dengan jaket panjang berwarnahitam terbang kearah peminat dengan lagu "Rising Sun" sebagai pembukaan diiringi dengan pancaran laser berwarna hijau dari badan mereka apatah lagi bila dentuman dari latusan api yang membuatkan peminat terperanjat tapi sudah tentu ianya sangat cantik kelihatan bila percikan anak api jatuh bagaikan hujan turun yang turun. Ya tidak boleh sangkal lagi bagi Cassiopeia Malaysia yang pernah hadir menyaksikan mereka dizaman menuju puncak pada tahun 2006 pasti ada yang menangis terharu. Kerana ianya mengimbau nostalgia kegemilangan semasa mereka masih masih lagi berlima.


Persembahan diteruskan lagi dengan lagu "Gateaway", "Hey,Don't Bring Me Down" dan "O Jung Ban Hap" dengan iringan 'fanchat' peminat.



Keadaan suasana yang rancak dipertahankan, kini pentas tiba-tiba bertukar dengan papan skrin besar mempaparkan halaman taman bunga yang indah sekali dengan beberapa mascot binatang comel berkeliaran diatas pentas seperti berada di taman 'Alice in Wonderland'. dengan lagu "Like A Soap" dan "How Are You", Yunho & Changmin muncul dengan kapal terbang comel kecil yang bergerak perlahan menuju kearah peminat. Namun tiba-tiba kapal terbang Yunho berhenti menghadapi masalah pendaratan dan apa yang mencemaskan peminat adalah bila tiba-tiba Yunho dengan tenang dan selambanya secara drastic melompat turun sambil terus menyanyi. Sabar-sabar semua sebab Yunho selamat mendarat di lantai secara manual..huhu..lega kan. Keberaniannya diatas tindakannya itu betul layak dia dipanggil 'Great Leader' oleh yang lain.

Semasa segmen solo mereka . Changmin tampil dengan lagu "Confession" dengan suara lunak dan nyaringnya itu. Lambaian dan senyumannya, apa lagi bila peminat memaparkan kain rentang kecil masing-masing dengan "Calling for Max Changmin". Sementara Yunho pula muncul dengan lagu rancak "Honey Funnu Bunny" sambil memaparkan kehandalan tariannya. Hmm.. tu lah yang dia katakan semasa sidang media sudut kebolehannya dan boleh kita tambahkan lagi dengan keberanianya terjun tadi?.

Ketika lagu "Wrong Number" set pentas bertukar. Ok apakah Changmin & Yunho telah mendail nombor salah sehingga tiba-tiba kita dibawa ke zaman kuno Greek? Para pahlawan Greek memenuhi pentas dan berlawan padang sesama mereka. Ah jadi ini la yang dikatakan oleh penganjur JPM Music  iaitu mereka akan menjemput 14 peminat untuk menari bersama TVXQ.  Sesudah itu disusuli pula dengan "I Dont Know", "Humanoids" dan "Purple Line" dengan lautan cahaya ungu menenuhi ruang stadium.



Lagu-lagu seterus mereka adalah antaranya "Here I Stand",  "Destiny", Catch Me", "Why", "Unforgettable" dan seterusnya semasa encore lagu "Mirotic", dan 3 buah lagu dari album Jepun iaitu "Hi Ya Ya", "Summer Dream" dan "Sky" kemudian diakhiri dengan "I'll Be There". Mendengar lagu ini yang mereka sampaikan dengan penuh perasaan sekali seperti ingin menyampaikan pesanan kepada Cassie bahawa mereka akan sentiasa bersama. Lambaian terakhir sambil mengunjungi setiap sudut pentas dan memberikan tunduk hormat 90 darjah kepada peminat. Ucapan terima kasih dengan 'wow...wow' Yunho berkata mereka sangat terhibur dan terharu dengan kehadiran dan kesetiaan peminat kepada mereka.

Paparan pesanan pada skrin besar dimana peminat menghantar pesanan gelakan kepada TVXQ, sesuatu yang istemwa adalah ianya diterjemahkan didalam bahasa Malaysia khas untuk peminat Malaysia. Interaksi mereka adalah lebih kepada nyanyian dan beraksi dengan secara dekat dihadapan peminat kerana itu yang dijanjikan mereka tampil 'eye to eye contact'. Sapaan dalam bahaa Malaysia 'Apa Khabar', 'Aku Cinta Pada mu" atau "Saya Cinta Kamu" juga "Saya Sayang Kamu" tentu saja membuatkan Cassiopeia Malaysia bersorak gembira. Disamping berulang melaungkan sambil dibalas oleh peminat 'We Are T'. Mereka juga menyampaikan pemintaan kemaafan kerena membuat Cassiopeia Malaysia menunggu mereka selama 6 tahun. Mereka juga berjanji untuk dimasa akan datang mereka tidak akan melupakan Malaysia dengan mengunjungi Malaysia pada tahun hadapan. Mari kita berharap agar dapat melihat mereka beraksi lagi pada tahun hadapan sebelum Yunho menyertai tentera selama 2 tahun sebelum umurnya mencapai 30 tahun.



Selama 3 jam berjalan, kos set pentas yang menelan belanja 1.5 juta kerana kesemuanya diterbangkan khas dari Korea juga pantas yang direka khas untuk peminat Malaysia. Untuk pengetahuan semua cuma di Malaysia saja set pentas dibina sangat dekat dengan peminat dan ini adalah hadiah balasan kesetian Cassiopeia Malaysia yang menanti mereka untuk sekian lama. Malahan kesetian peminat dapat dirasai ketika encore, dimana peminat mendendangkan fanchat "I Swear". Dihadiri oleh lebih dari 12 ribu peminat dari seluruh Asia, US dan Eropah. Ianya tentu saja memberikan memori yang indah untuk Cassiopeia.

Ribuan terima kasih lagi kepada JPM Music dengan kerjasama Magnum kerana telah menrealasikan impian dengan menghadiahkan TVXQ kepada Cassiopeia di Malaysia. Tidak dilupakan juga MediaBond Sdn Bhd yang bertanggungjawab didalam pengurusan media kerana sudi menjemput CARI Malaysia untuk berkongsi merasai keterujaan dan memori bersama 'TVXQ, CATCH ME CONCERT IN MALAYSIA'.


Artikel oleh : isabel
Editor oleh : isabel
Gambar oleh : isabel

Last edited by isabel on 27-5-2013 01:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2013 01:13 PM | Show all posts
reserve for photos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.328892 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list