|
Pada usia 70 tahun, Amitabh Bachchan masih segak, bergaya, menjadi pujaan dan sanjungan jutaan peminat di seluruh dunia. Dia adalah pencetus fenomena kepada filem Bollywood. Berpuluh tahun dalam industri, Amitabh masih gagah meneruskan kerjaya seninya.
Peminat amat menyayanginya. Pada era 60-an dan 70-an, Amitabh terkenal dengan seluar kaki kembangnya dan ia menjadi ikutan anak muda zaman itu. Potongan rambutnya turut menjadi kegilaan peminat fanatik.
Kehadirannya di mana-mana majlis menjadi tumpuan lensa kamera, maka tidak hairanlah pada undian yang diadakan baru-baru ini, Amitabh terus kekal aktor nombor satu kesayangan peminat dengan mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, diikuti Salmah Khan, Datuk Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Rajesh Khanna.
Kini anak lelakinya Abhishek Bachchan meneruskan legasinya. Abhishek berkahwin dengan Ratu Filem Bollywood, Aishwarya Rai dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Abhishek bekerja keras untuk melarikan diri daripada terus dibayangi kehebatan bapanya itu.
|
|