View: 3993|Reply: 16
|
Sisi berbeza Leonardo DiCaprio
[Copy link]
|
|
SEJAK kecil lagi, aktor kelahiran Los Angeles, California ini telah memulakan karier dalam bidang lakonan dengan memegang watak dalam beberapa iklan dan filem pendidikan.
Penampilannya dalam beberapa siri televisyen termasuk, Parenthood, berjaya meletakkan sebagai Young Artist Award di Hollywood.
Tidak berakhir setakat itu, di usia 18 tahun, Leonardo DiCaprio terpilih membintangi filem arahan Robert De Niro yang berjudul This Boy’s Life yang turut dibintangi Ellen Barkin dan De Niro sendiri.
Nama DiCaprio terus menyerlah dan lakonannya menerusi Titanic pada 1997 mencipta kegemilangan tersendiri. Filem arahan James Cameron itu berjaya meraih kutipan box-office di seluruh dunia dan berjaya meletakkan DiCaprio sebagai artis kelas A di Hollywood.
Leonardo DiCaprio
Pakej lengkap yang dimiliki membuatkan DiCaprio menjadi kegilaan ramai wanita sekali gus mendapat jolokan ‘Leo-Mania’.
Masih mampu mengekalkan auranya sehingga kini, lakonannya menerusi Django Unchained arahan Quentin Tarantino turut mendapat sambutan dan tercalon untuk beberapa anugerah.
Terbaru, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran, The Great Gatsby, arahan Baz Luhrmann.
Atur pelbagai usaha
Jarang sekali seorang artis popular sepertinya begitu peka dengan masalah alam sekitar dan kebajikan manusia. Jika ada sekalipun hanyalah sebagai duta untuk sesebuah yayasan. Namun berbeza bagi DiCaprio yang sanggup menubuhkan yayasan sendiri.
Ditubuhkan pada tahun 1998 bersama keluarganya, yayasan itu menyokong segala usaha untuk menjamin masa depan yang mampan bagi bumi ini dan semua penduduknya.
Leonardo membetulkan perangkap kamera dengan kakitangan WWF, Pradeep Khanal di Bardia Taman Negara Nepal
Yayasan ini melakukan pelbagai kerja yang melibatkan isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan termasuk memberi perlindungan kepada hidupan liar, pemeliharaan hutan, kesejahteraan laut, akses kepada air, pembaharuan tenaga, bantuan bencana dan perubahan iklim.
Selain itu, DiCaprio turut berkhidmat dalam Lembaga Tabung Hidupan Liar Sedunia, Sumber Asli Majlis Pertahanan, Tabung Kebajikan Haiwan Antarabangsa dan Global Green Amerika Syarikat.
Antara projek-projek yang diterajui oleh yayasannya, termasuk Kempen Selamatkan Harimau Sekarang, membina laman web Leonardo dan platform media sosial serta sebuah filem dokumentari pendek yang bertajuk The 11th Hour.
Kempen Selamatkan Harimau itu turut mendapat kerjasama, World Wide Fund for Nature (WWF) dan dana yang di kumpul akan disalurkan terus kepada pemuliharaan harimau.
Leonardo ke Nepal untuk mempelajari teknik pemuliharaan
"Saya teruja untuk mengembangkan lagi peranan yayasan ini. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak, kita dapat membantu memelihara alam sekitar," katanya.
Yayasan Leonardo DiCaprio (LDP) juga merupakan satu komponen dana di Yayasan Komuniti California.
Watak orang kaya
Beralih mengenai filem terbarunya, The Great Gatsby, buat julung kalinya DiCaprio digandingkan bersama Tobey Maguire.
Filem yang berlatar tahun 1922 itu mengisahkan tentang perjalanan seorang penulis bernama Nick Carraway dari Midwest ke New York City.
"Dalam filem ini, saya membawa watak orang kaya dan ternama, Jay Gatsby. Ketika itu, New York, berada dalam era kejatuhan moral dan minuman keras menjadi kegilaan ramai.
"Populariti yang dimiliki Gatsby membuatkan ramai yang ingin mendampinginya, termasuk Nick Carraway (Tobey Maquire).
"Dengan sekelip mata, dia membawa penulis itu masuk dalam kehidupannya yang mewah, penuh ilustrasi, kegembiraan dan penipuan," kata DiCaprio yang menyifatkan watak itu memberi kelainan buat karier lakonannya.
Turut dibintangi Joel Edgerton, Isla Fisher, Jason Clarke, Carey Mulligan, pendatang baru Elizabeth Debicki serta legenda filem Bollywood, Amitabh Bachan, filem terbitan Warner Bros ini dijangka berada di pawagam pada 16 Mei ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang betul nak membaca hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
die ni gud actor.
tp xde luck utk menang award. |
|
|
|
|
|
|
|
oh encem... |
|
|
|
|
|
|
|
Leo masa muda ni kurus sikit now berisi |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu, filem Titanic, aku cam nyampah tengok lakonan dia..
Namun lepas pelbagai watak yg dia mainkan, terutama era pasca 2000 memperlihatkan dia mampu membawa pelbagai watak sehingga aku menjadi minat dgn aktor sorang nie..
Versatile....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula minat leo start dia jd guest kat sitcom growing pain apa tah....Masa kecik pun hensem
Paling suka cerita dia Catch Me If You Can, titanic...
|
|
|
|
|
|
|
|
luv you.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara filem di awal kemunculan Dicaprio yg aku suka..ada Johny Depp lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by annakaranina on 24-4-2013 03:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dicaprio cari calon isteri
Leonardo DiCaprio
PELAKON Titanic, Leonardo DiCaprio sebelum ini menganggap perkahwinan hanya akan menjejaskan karier seninya.
Bagaimanapun, menurut sumber, pendirian Dicaprio kini sudah berubah dan aktor itu mula memikirkan soal perkahwinan.
“Dia akan berkahwin tapi bukan dalam masa terdekat ini. Dia mahukan seorang isteri yang lemah lembut dan pandai menjaga hatinya serta memahami kariernya sebagai artis..
Teka siapa calaon leonardo ni?? hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|