CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2123|Reply: 0

Paparan Lutsinar Skrin Komputer Yang Membolehkan Anda Menyentuh Data Graphik

[Copy link]
Post time 13-4-2013 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Bagi anda yang meminati dunia IT dan sering membuat tugasan berbentuk model graphik 3D, kini anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat sebuah skrin komputer lutsinar yang boleh memudahkan tugasan anda di mana, anda sendiri boleh menyentuh dan membentuk model graphik anda dengan menggunakan tangan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..





Dalam filem, memanipulasi data digital sering kelihatan hebat berbanding dalam kehidupan sebenar, di mana terdapat paparan interaktif graphik dan bentuk 3D yang kelihatan terapung-apung dan boleh disentuh dengan tangan.


Dengan projek komputer seperti komputer desktop SpaceTop 3D ini mungkin akan merealisasikan kehidupan di dalam filem ke kehidupan sebenar. Sistem komputer ini akan membenarkan manusia untuk berinteraksi dengan kandungan digital dalam cara yang intuitif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


Ssitem ini akan mempunyai paparan LED yang telus dan beberapa jenis kamera yang akan mengikut pergerakan mata dan tangan. Pengguna hanya perlu menggunakan tangan seperti biasa untuk menggunakan papan kekunci. Namun, terima kasih pada kamera, pengguna juga boleh mencapai tahap di mana tangan boleh "memegang dan menyentuh" model graphik 3D yang ingin diperbetulkan.


Komputer yang dikenali sebagai The SpaceTop 3D ini telah dibangunkan oleh Lee Jinha, seorang penyelidik interaksi dan juga seorang calon PhD di MIT. Interaksi adalah novel tetapi intuitif, membenarkan pengguna untuk "mengambil" dan mengerakkan objek digital  di udara. Walaupun terdapat beberapa kesan ketara yang akan menimbulkan masalah pada pengguna, Lee dan penaja projek ini berharap akan menyelesaikan masalah tersebut sebelum komputer ini boleh dijual kepada umum.  











p/s: Nampak menarik, kalau dijual pun, harga pun mesti menarik jugak..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.152778 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list