CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14306|Reply: 4

Bagaimana Hendak Ke......?

[Copy link]
Post time 12-4-2013 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Baiklah semua kawan2, thread ni khas untuk kita senaraikan cara-cara untuk ke pergi ke sesuatu tempat di Sabah dan W. P. Labuan ni. Setiap penyertaan akan diberikan +tashang yang boleh dikatakan lumayan jugalah.



Indeks

1. Wilayah Persekutuan Labuan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2013 11:10 AM | Show all posts
Bagaimana Hendak Ke Wilayah Persekutuan Labuan?

Jika anda dari Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur)?

Dengan menaiki kapal terbang, anda mempunyai 2 pilihan samada AirAsia ataupun MAS. AirAsia menawarkan tambang serendah dari RM134.00 dan mempunyai 2 masa penerbangan iaitu 0735 dan 1350 pada hari-hari tertentu tetapi penerbangan sebelah pagi adalah dibuka setiap hari. Manakala MAS pula menawarkan tambang serendah RM289 dan mempunyai 6 sehingga 9 masa penerbangan pada setiap hari.


Jika Anda Dari Kota Kinabalu?

Ada 3 jalan pilihan anda untuk pergi ke Wilayah Persekutuan Labuan, iaitu ;

1. Menggunakan Jalan Air.




Anda akan menaiki Feri Ekspress terus dari Pelabuhan Jesselton Point ke W. P. Labuan selama 3 jamdengan kadar harga tiket RM44.60 (Kelas Pertama) dan RM39.60 (Kelas Kedua) yang mana ada 2 trip iaitu pada jam 8.00 pagi dan 1.30 petang. Jika anda seorang yang "mabuk laut", saya syorkan anda gunalah alternatif lain.

2. Menggunakan Jalan Udara
Dengan tambang serendah RM119, anda boleh menaiki pesawat MAS ke Labuan yang akan mengambil masa selama 35 min untuk boeing dan 55 minit untuk pesawat ATR

3. Menggunakan Jalan Darat
Sekiranya anda bercadang untuk melihat-lihat pemandangan sekitar perjalanan dari Kota Kinabalu ke Labuan, saya syorkan anda menggunakan jalan darat. Dengan tambang RM14-25, anda boleh menaiki Bas Ekspress yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit ke Pelabuhan di Kampung Menumbok Daerah Kuala Penyu, Sabah. Kawasan Bas Express di Kota Kinabalu boleh didapati di Kawasan Hadapan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan di Area Bandaran. Anda juga mempunyai cara yang lain iaitu menaiki teksi. Saya kurang pasti harga untuk seorang tetapi dianggarkan lebih kurang RM25 - 40 seorang.


Bot Ekspress


Ro-Ro Feri @ Feri Lambat

Setelah anda tiba di Pelabuhan Menumbok, anda boleh menaiki Bot Express (RM12.00) (35 minit perjalanan) atau Ro-Ro Feri(RM5/penumpang) (2 jam perjalanan) untuk pergi ke W. P. Labuan

Last edited by kuppit on 12-4-2013 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 07:54 PM | Show all posts
kalau bawa keta naik feri berapa caj dia sekarang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 08:48 AM | Show all posts
zi_nan posted on 12-4-2013 07:54 PM
kalau bawa keta naik feri berapa caj dia sekarang...

nda pasti aku tp aku dengar dah naik. dulu, dalam tahun 2006, RM40.00 kereta sedan pergi sahaja..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:08 AM | Show all posts
zi_nan posted on 12-4-2013 07:54 PM
kalau bawa keta naik feri berapa caj dia sekarang...

na bro, tambahlah, camana mo p kota belud

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059070 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list