View: 5509|Reply: 13
|
Pesanan Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Tayar 4!
[Copy link]
|
|
Dari :
Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Tuan/Puan
Saya mewakili penunggang motorsikal
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang
motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi
kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.
3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.
4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.
6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.
Sekian.
Yang menunggang motorsikal..
p/s : Anda yang mana satu? Yang Menunggang @ Yang Memandu?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
no. 1 kot? tak setuju bagi penunggang motosikal yang ber CC rendah. bukankah jalan motor dibina khas untuk penunggang motosikal? memang penunggang berhak melalui jalan utama dan risikonya adalah sangat merbahaya. dan jangan disebabkan kedegilan penunggang2 ini bila terjadinya kemalangan, satu kampung turun dan membelasah pemandu kereta yang terbabit. konon2nya penunggang itu tak bersalah dan pengikut peraturan?!
cadangan pembaikan: pertingkatkan keselamatan di lorong motosikal terutama sekali di waktu malam dengan memasang cctv, menambah jumlah lampu dan sebagainya.
2) setuju. pemandu ini patut dihukum.
3) setuju. pemandu yang suka potong jalan. konon2nya depa dah tersalah masuk lorong. walhal hari2 lalu jalan tersebut untuk pi kerja. hmm..pemandu2 yang mcm ni patut dihukum. orang lain boleh beratur dan tunggu giliran, mengapa mereka tidak?!
4) setuju tapi penunggang2 motosikal yang tidak sependapat dengan mat rempit patut mengutuk perbuatan mereka. tegur sekiranya perlu. dan bagitahu mereka jika bukan sebab perbuatan mereka, kami kena 'pukul rata'.
5) sangat2 setuju. bukan sahaja putung rokok malah sampah2 yang dibuang dari dalam kereta. takde sivik dan dapat bayangkan keadaan di rumah mereka.
6) jangan merasa merendah diri dan menganggap mereka hina kamu. adakah penunggang2 ini tergolong dalam 'inferiority complex' ? ada dintara mereka mungkin cemburu dengan penunggang motosikal disebabkan:
6.1) mereka tidak tahu bawa motosikal
6.2) menjaga status mereka
6.3) tidak mahu 'menjilat ludah sendiri'.
sekian:
dari pemandu kereta, pembonceng dan penunggang motosikal.
ps: zaman sekarang ni kalau tegur perkara yang salah kita kena maki balik. semoga mereka diberikan petunjuk. InsyaAllah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi SBK plak.....kalau x silap aku road tax dan insuran motor mereka adalah tinggi dan adakalanya melebihi kereta....dan hati ekcik aku berkata bahawa mereka ni sebenarnya boleh berada di lane laju sbb kalau nak ikutkan Ferrari pun tak mampu nak kejar keajuan mereka ni..,,,,cuma perangai angkuh segelintir dari mereka ( bukan semua ok....) yg buat pemandu kereta tak puas hati...memotong dengan kkelajuan tinggi dan hampir melanggar kereta..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sesaper ader pengalaman berlanggor dengan Mat Motor... Pemandu tayar 4 juga akan disalahkan kan... |
|
|
|
|
|
|
|
medangmru posted on 6-4-2013 04:14 PM
bagi SBK plak.....kalau x silap aku road tax dan insuran motor mereka adalah tinggi dan adakalanya m ...
betul.. betul.. betul..
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 8-4-2013 02:03 PM
betul.. betul.. betul..
just nak tanya ni Ryo...biasanya kalau R1 tu biasanya berapa insuran dan road tax tahun pertama ???
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 8-4-2013 05:34 PM
Road tax RM350.. .lebih mahal dari keta honda civic tawww
insurance kalu takde NCD dan takde l ...
Umang aihhhhhhhhhhh.......mahei nyer.,....so SBK ni bg baku adalah selayak2nya duk kat lane kanan...
|
|
|
|
|
|
|
|
medangmru posted on 8-4-2013 07:02 PM
Umang aihhhhhhhhhhh.......mahei nyer.,....so SBK ni bg baku adalah selayak2nya duk kat lane kanan. ...
tak semestinya lane kanan med... tapi kebiasaannya cenggitu le SBK ni takleh bawak selow melow
camne pun kena bawa dgn berhemah....
tapi aku notis yg bawak SBK kat laluan sikal mmg amat merbahaya....
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 9-4-2013 08:10 AM
tak semestinya lane kanan med... tapi kebiasaannya cenggitu le SBK ni takleh bawak selow melow :l ...
mana nak sama dgn kelajuan dan pikap SBK ngan kapchai ken...tak boleh nak agak.....mcm moto kapchai dengan basikal la kekdahnya kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memandu ikut level class kenderaan ...
Aku menunggang jugak ikut level class motorsikal ...
Selalunya aku seorang penunggang dan pemandu yang berhemah ...
Aku selalu ikut arus kelajuan kenderaan yang ada ... yang selamat ...
Jika aku tunggang kap cai , aku ikut lorong kiri dalam 80 km/j ~ 100 km/j
Jika aku tunggang level SBK , aku ikut lorong kanan sekali atau laluan kedua ( jika ada 3 laluan ) Tidak memotong jika di jalan persekutuan kecuali hampir dengan lampu isyarat atau garisan berhenti ..
Jika aku pandu kereta , aku ikut maximum speed limit yang dibenarkan ... sesapa yang kurang ikut speed tersebut dengan memandu di lorong kanan , memang kena high beam ngan aku ...
Selalunya aku merancang lorong laluan terlebih dahulu, walaupun aku terlewat kerana bagi aku ini adalah sebahagian dari perjalanan destinasi jadi mengapa hendak terburu buru ...
Lepas parking kereta , berlari masuk pejabat adalah lebih cepat dari memandu laju ...
|
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 12-4-2013 12:45 AM
Aku memandu ikut level class kenderaan ...
Aku menunggang jugak ikut level class motorsikal ...
...
Berlari masuk pejabat lebih laju dari pandu kereta ok bro... atleast "accident" kurang sikit risikonya.. lebih2 lagi kalau terlanggar aweks...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya lah ... macam tu , lagipun awex sekarang ni besar atas , lebar di bawah .... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|